Penubuhan Ranting Baru Di Cabang Kota Raja
Pada 10/08/2010, bekas Ahli Majlis MBSA En. Sabatine Rao & rakan-rakan telah berjaya menubuhkan 2 ranting baru di bawah Cabang Kota Raja, Parti Keadilan Rakyat.
Dengan penubuhan ini, sudah pasti akan lebih mengukurkan kedudukan dan sokongan rakyat kepada PKR sebagai tunjang pemerintah kerajaan negeri Selangor. Walaupun berbagai-bagai serangan dan tohmahan dilemparkan melalui media cetak, pandang-dengar dan internet, dengan kebijaksanaan rakyat, sokong ke atas PKR kian meningkat atas prinsip kebenaran dan keadilan.
Kedua-dua ranting ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Cabang Kota Raja selaku Ahli Majlis MBSA Tuan Kamarudzaman Sanusi dengan diiringi oleh En. Tan AK.
No comments:
Post a Comment