Atas kesedaran serangan politik oleh Barisan Nasional menerusi salah-guna agensi-agensi perundangan seperti Peguam Negara telah sekali lagi mengiknsafkan golongan reformis untuk bangkit semula menentang kezaliman demi tegakkan kebenaran.
Lantaran itu, dengan daya-usaha golongan reformis telah berjaya mengumpulkan ratusan pendokong reformasi yang telah berkorban pada 10 tahun yang lalu. Barangkali ada yang telah letih, ada yang pencen, ada yang telah usia tinggi, ada yang telah tukar haluan dan dokongan; semua ini adalah amalan biasa perjuangan politik.
Satu majlis "re-uninite reformist" telah berlangsung di ibu pejabat PKR yang terletak di Tropicana. Dari situ, bertemulah ratusan kawan-kawan seperjuangan yang mungkin jarang berjumpa kebelakangan ini.
Kumpulan reformis yang terhempas-pulas sejak 10 tahun lalu masih konsisten dengan pendirian dan harapan. Ia termasuklah yang telah dimandatkan menjadi YB seperti Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, ADUN Rawang YB Gan Pei Nie, ADUN Kajang YB Cikgu Lee dan ramai lagi yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dalam negeri Selangor.
Puteri Reformasi dahulu hari sudah berumah-tangga. Dari kiri Ahli Parlimen Pantai YB Nurul Izzah, Ahli Majlis MBSA En. Adzhar Maluddin dan En. Tan AK. Orang yang telah dipopularkan oleh SPRM atas tahanan yang katakan terlibat dengan sindiket curi pasir dalam Selangor En. Hussein merangkap Setiausaha kepada Exco kerajaan Selangor.
Dari kiri Ahli Majlis MPSJ En. Cheah Sang Soon, bekas Ahli Majlis MDKL En. David Cheong, Ahli Majlis MPK En. Azmizam, Ahli Majlis MBSA En. Tan AK & Ahli Majlis MBPJ En. Tang FK.
Sukarelawan yang bertugas pada malam tersebut, kanan adalah Ahli Majlis MPS En. Chee Chu Sang.
Pemilik MediaRakyat merangkap Ahli Majlis MBPJ En. Chan Chee Kong sedang membuat rakaman untuk MediaRakyat.
Walaupun dalam kesibukan, Ketua Pembangkang Kerajaan Persekutuan YB Dato Seri Anwar Ibrahim turut singgah untuk bertemu golongan reformis sambil berikan kata-kata semangat.
Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua sedang berikan penerangan, manakala Ahli Parlimen Kapar YB Manikawasagam di sebelahnya.
Ketua Angkatanmuda Pusat PKR En. Shamsul Iskandar berikan ucapan dengan penuh semangat.
Ketua dan Timbalan Angkatanmuda PUsat PKR mempamerkan baju khas lawan "Fitnah II".
Reformis terkenal En Puspa Lingam dan En Harris Bakar, kedua-duanya berasal dari Shah Alam menyahut laungan Reformasi dengan penuh nada.
Beginilah reformis-reformis yang tegas bukan seperti segelintir katak-katak lain yang menyertai parti hanya untuk mencari keuntungan diri.
No comments:
Post a Comment