Pagi tadi apabila kempen merayu undi saat terakhir berlangsung di SJK(T) Palanisamy Kumaran, tiba-tiba seorang petugas ternampak seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah menyorok sebilah parang dalam pegangan tangan kirinya.
Perjumpaan ini telah dilaporkan oleh petugas kepada ADUN Sri Muda, Selangor YB Shuhaimi Shafiei kebetulan berada di situ melakukan lawatan. Atas kesedaran bahawa sorokan parang sudah diketahui orang ramai termasuk polis yang sedang bertugas, orang tersebut bergegas ke dalam sebuah van MPSPK yang letak di tepi jalan besar berhampiran.
Parang besar melebihi 1 kaki panjang jelas kelihatan dalam genggaman tangan kiri apabila bergegas ke dalam van berhampiran.
Kenderaan MPSPK yang tersebut di atas di mana pembawa parang ini masuk sembunyi.
Kemudian, dimaklumkan bahawa orang tersebut menjelaskan beliau membawa parang tersebut adalah untuk memotong banner yang menimbulkan kacau-ganggu.
Persoalan: Adakah benar parang yang disorok itu benar-benar hanya untuk memotong banner?
Adakah terdapat banner yang timblkan kacau-ganggu di situ?
Kenapakah beliau menyorok parang dalam tangan? Apa motifnya jika bukan untuk memotong banner yang dimaksudkan?
Adakah potong tadi banner perlukan parang yang bersize begitu panjang TANPA sarung pisau?
Orang itu saja mengetahuinya!
No comments:
Post a Comment