Sunday, April 19, 2009

Kualiti Turap Jalan Mencurigakan - MPSP

Sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, mendapati 2 bukti kerja menampal jalan di Pekan Bukit Selambau oleh jabatan kerajaan yang mencurigakan.

Pertama, kerja membaiki jalan memang curang kerana 4 gambar berikut membuktikan:

1. Kontraktor tidak membuang tanak lumpur di bawah tapak tampal dan diisi dengan pasir kasar atau batu halus untuk mengukurkan dasar jalan.

2. Ketebalan tar yang diturap yang amat nipis memang tidak mematuhi piawaian turap jalan. Daripada gambar jelas kelihatan tar hanya kurang daripada 10 milimeter.

3. Akibatnya, jalan ini kembali becak sebaik saja diturap semula. Nyata permukaan jalan ini pecah semula serta-merta.


Kedua, bersebelahan dengan kes pertama di atas didapati turapan jalan masih mempunyai bocoran mata air mengalir keluar dari bawah jalan.
1. Sekiranya bocoran paip air telah diperbaiki sebelum turapan, bagaimana masih ada mata air?
2. Kualiti turapan diragui kerana tidak dihempat (pressure) dengan baik kerana permukaan jalan yang kasar.


Siapakah yang patut bertanggungjawab atas kualiti turap jalan yang berkualiti "Tau-Fu" di bawah Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah?
Adakah sebarang kaedah pemantauan agak kecurangan sedemikian tidak berulang lagi?
Siapakah yang mengetahui permasalahan demikian? Majlis kerajaan tempatan? YB-YB? Ahli Majlis PBT? Ketua Kampong? Orang Awam? Semua orang terus biarkannya berlarutan?
Yang pasti, jika gejala ini tidak dibendung, pastinya wang rakyat yang akan terus doboroskan!!!

No comments: