Sunday, August 15, 2010

Malis Penerangan Kota Raja

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja telah menganjurkan Majlis Penerangan Isu Semasa pada 08/08/10 di Dewan MPK, Sri Andalas. Penceramah utama majlis ini termasuklah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor YB Azmin Ali, YB Shuhaimi Shafiei, YB Dr. Xavier Jayakumar, YB Dr. Siti Mariah & YB Ng Swee Lin.

Antara isu-isu semasa yang diterangkan termasuk isu yang diputar-belitkan oleh pemimpin Barisan Nasional tentang masalah kecurian pasir yang memang sudah puluh tahun berlaku sejak zaman BN dahulu.

Adalah difahamkan terdapat blog yang tidak kenalkan diri sengaja menggunakan gambar tipu untuk salah-pandu pembacanya bahawa majli ini hanya mempunyai 3 orang penuntun sahaja.

Adalah tidak beretika dengan memetik gambar daripada blog ini untuk melakukan fitnah sambil mengedit gambar untuk melakukan tohmahan.

Barisan penjeramag yang berani hadapan dengan rakyat sepanjang masa untuk berita benar.

YB Azmin Ali sedang berucap.

YB Dr. Xavier Jayakumar memberikan penerangan kepada para hadirin.

YB Shuhaimi Shafiei yang dituduh sebagai Raja Pasir menerangkan Dasar Kerajaan Negeri Selangor yang telus telah mengancam sumber pendapatan pihak-pihak tertentu yang sebelum ini menikmati hasil tidak legal yang amat lumayan. Ini telah mendesak pihak berkenaan melakukan tohmahan yang pelbagai ke atas kerajaan Selangor.

YB Ng Swee Lin turut hadir berucap dengan penuh semangat.


Sambutan dan penghormatan yang diberikan oleh penduduk tempatan.


Kehadiran yang membanjir dewan terbukti blog yang menyatakan hanya ada 3 pendengar adalah sengaja untuk berputar-belik atau takut dengan kenyataan.


Sunday, July 25, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat Di Sek 18

Pada malam 06/04/2010 Jawatankuasa Pas Kawasan Shah Alam telah menganjurkan satu majlis penerangan politik di Dewan MBSA Seksyen 18. Majlis ini turut dihadiri oleh tuan rumah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Tumpat YB Kamaruddin & Ahli Parlimen Machang YB Saifuddin Nasution.

Tujuan majlis penerangan ini adalah untuk memberi keterangan banyak perkara terkini kepada warga Shah Alam.













Friday, July 23, 2010

Pengusaha Pasir Sokong Kerajaan Selangor

Pada 19/07/210 pagi, sekumpulan pengusaha pasir telah datang ke SUK Selangor menghantar memorandum menyokong usaha kerajaan negeri menangani penstrukturan semula kawalan industri pasir dalam negeri Selangor.





Protest Jajaran LRT Tmn Subang Alam

Pada pagi 17/07/2010, penduduk taman ini telah mengadakan satu sidang akhbar untuk membantah jajaran LRT ke Putra Height yang terlalu hampir dengan rumah kediaman mereka. Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Kerajaan Pusat.

Turut hadir meninjau kawasan termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei yang simpati dengan penduduk sambil merayu kepada Kementerian Pengangkutan kaji semula jajaran cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam, iaitu melalui Sek 27 & Sek 28.





Sunday, July 18, 2010

Wanita Kota Raja Bersama Rakyat

Wanita Kota Raja Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menganjurkan Majlis Mesra Rakyat pada 10/07/2010 di Dewan MBSA Sungai Kandis.

Yang turut hadir meraikan majlis termasuklah YB Zuraida Ahli Parlimen Ampang Jaya, YB Dr. Xavier ADUN Sri Andalas, YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda, Ahli Majlis Perbandaran Klang E. Azmizam & En. PS Rajoo serta Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.