Thursday, April 10, 2008

YB Berkhidmat Untuk Rakyat

Sejak kemenangan pada 08/03/08 pilihanraya yang lalu, wakil rakyat DUN Sri Muda (N50) Selangor memang masih tidak ada peluang untuk berehat. Saban hari....

















Wednesday, April 09, 2008

Arahan SPR Tidak

Berikut adalah salinan surat arahan SPR tidak membenarkan Pengurus Pilihanraya Parlimen mengumumkan keputusan pilihanraya tanpa diperkenan oleh "Pihak Atasan".

Walaupun surat ini berikan alasan untuk mempercepatkan proses pengiraan, namun akhirnya sengaja menanggungkan pengumuman keputusan DUN Sri Muda dan DUN Sri Andalas lebih daripada 6 jam.

Akibat daripada itu, keputusan DUN hanya disahkan pada pukul 4.30 pagi 09/04/08, walaupun semua pengiraan sudah siap lebih kurang 10.00 malam 08/04/08.

Daripada maklumat yang diperolehi, inilah arahan SPR melarang Pengurus menjalankan tugasnya demi untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak.

Sila klik gambar untuk pembesaran memudahkan pembacaan.
















Taklimat Majlis Perbandaran Subang Jaya

Pada pukul 8.00pagi 07/04/08 MPSJ telah mengadakan mesyuarat kakitangan bulanan sambil berikrar perkhidmatan serta taklimat kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan EXCO Selangor, ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya serta wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei; iaitu Pegawai Khas En. shaari Abdul Malik, En. Kamarulzaman dan En. Tan AK.

Talimat Yang DiPertua MPSJ berikan taklimat khas kepada YB dan wakil YB bersama EXCO YB Ronnie Liu.


Wakil YB Sri Muda En. Tan mengadakan perbincangan dengan YDP MPSJ


Suasana pemandangan perhimpunan bulanan pegawai MPSJ pada hari tersebut.





Tuesday, April 08, 2008

Wajah Keriangan Calon PJS

Ini adalah satu keping gambar yang ambil di luar Pusat Mengundi Sek 17, Petaling Jaya pukul 9.00 pagi.

Kebetulan calon Parlimen PJU berada di situ, maka gambar ini telah diambil. Daripada wajahnya, jelas terpahat keriangan sambil senyuman menampakkan gigi dan gusi.

Saya juga menerima sekeping gambar merupakan gubahan komputer kertas undi pilihanraya menunjukkan kekalahan Barisan Nasional.







Wednesday, April 02, 2008

Majlis Kesyukuran Menteri Besar Selangor

Satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Selangor pada petang 22/03/08 di Bukit Badong. Majlis tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pegawai Daerahnya.

Ini merupakan satu program yang berjaya merapakan pertalian antara pemimpin dan rakyat; oleh kerana itu ribuan pendudk Kampong Bukit Badong telah berhimpit di dewan orang ramai kampong untuk menyambut ketibaan ADUN Ijok merangkap Menteri Besar Selangor baru iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.






















Suasana Malam Kira Undi

Ini merupakan detik-detik bersejarah pada tangga 08/03/08 hari pilihanraya umum ke-12 di Parlimen Kota Raja, Dewan Orang Ramai Bukit Naga, Selangor.

Ribuan kertas-kertas undi inilah yang membuktikan hasrat rakyat mahukan satu perubahan melalui penubuhan sebuah kerajaan baru di Selangor.






















Friday, March 28, 2008

Terima kasih dan sokongan anda amat dihargai.



Daripada
Yang Berkhidmat Shuhaimi Shafiei.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda (N50), Selangor.



Sunday, March 23, 2008

Wajah Ahli Parlimen PJU

Hari 08/03/08 adalah hari keramat kerana ia merupakan satu kemenangan semangat MAKKAL SAKTI berjaya diketengahkan oleh rakyat sekalian.

Memilihan rakyat pada pilihanraya umum ke-11 telah membuktikan ketegasan rakyat untuk membawa Malaysia yang tercinta ini menuju ke wadah baru di mana parti politik yang sentiasa memainkan perasaan perkauman telah terkubur di banyak kawasan. lantaran itu, 5 kerajaan negeri telah diterajui oleh Barisan Rakyat pada 09/03/08.

Di antara satu kawasan yang tidak kurang penting adalah Petaling Jaya Utara dimana penyandang meruapakan seorang berpangkat Timbalan Menteri merangkap Naib President MCA yang memang terkenal.

Namun sedemikian, caln Parti Keadilan Rakyat berpangkat Naib Ketua Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Sdr. Hee LH berjaya menawan kawasan Parlimen PJU dengan majoriti yang besar.

Semalam 22/03/08 melebihi seramai 1,000 jentera / sukarelawan / pembantu pilihanraya telah menghadiri majlis jamuan di Dewan Orang Ramai Sek. 17 Petaling Jaya.

Banner ucapkan terima kasih kepada rakyat oleh wakil rakyat.


Sebahagian pembantu pilihanraya bergambar dengan wakil rakyat baru PJU.



Salah seorang penyokong Keadilan berikan ucapan bersemangat kepada rakan-rakannya.



Kemeriahan memang terpapar diwajah wakil rakyat dan kawan-kawannya dari semua keturunana.



Inilah kelebihan Parti Keadilan Rakyat yang memang mencorakkan kepelbagaian menentang politik perkauman yang sentiasa diapi-apikan oleh Barisan Nasional.