Tuesday, March 11, 2008

Laporan Keputusan Sri Muda

Berikut adalah keratan akhbar daripada Sin Chew Daily 10/03/08 melaporkan keputusan Parlimen Kota Raja, DUN Sri Muda dan DUN Sri Andalas.

Tajuk: Semua penyandang wakil rakyat ditewaskan oleh calon Barisan Alternatif.


Pertukaran Web

Kepada pendokong Mai Bincang-bincang, kami telah berubah hidupkan satu blog baru sejajar dengan keputusan pilihanraya pada 08/03/08. Sila layari

http://srimuda.blogspot.com/

Sokongan semua pihak amat dialu-alukan dan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Sunday, March 09, 2008

Hari Keramat 08/03/08

Pada hari mengundi pilihanraya ke-12, ramai pengundi pelbagai lapisan masyarakat telah keluar membuat pilihan kerajaan baru.

Berikut adalah beberapa sedutan hari mengundi pada 08/03/08 bagi Yang Berhormat Shuhaimi Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda ( N50).

Baner Kempen Pilihanraya Bagi Calon Sri Muda di Lebuhraya Kesas.


Di antara satu banner perkenalkan calon di Bukit Naga.


Calon Sri Muda disambut meriahkan oleh ramai pengundi-pengudi tempatan.



Ratusan sukarelawan menawarkan tenaga diri kepada calon Keadilan demi menegakkan kebenaran dan keadilan.



Pengumuman penting pada pukul 4.30 pagi 09/03/08 selepas SPR negeri Selangor melarang Pengurus Pilihanraya Parlimen Kota Raja membuat pengumuman rasi selama lebih-kurang 5 jam. Motif jahat Suruhanjaya Pilihanraya tidak dijelaskan, tetapi mala-fidenya kita faham sama-sama.



Kemenangan rasmi calon Keadilan di Sri Muda (N50) Selangor disambut dengan laungan reformasi berkumandang dan wakil rakyat batu dijunjungi tinggi oleh penyokong-penyokongnya.

Detik ini akan termaktub dalam sejarah Selangor kerana YB Shuhaimi Shafiei merupakan calon pertama menawan calon Barisan Nasional di kawasan ini. Justeru itu, ia juga turut menyumbang pembentukkan kerajaan Keadilan baru bagi menggantikan pemerintahan Barisan Nasional pada 50 tahun yang lalu.

Monday, March 03, 2008

Pengenalan Calon DUN Sri Muda (N50)

Kepada semua pengundi-pengudi danb penghuni-penghuni DUN Sri Muda, Selangor; dengan perasaan besar hati dan rendah diri, saya dengan ini menawarkan diri sebagai calon di DUN Sri Muda untuk pilihanraya ke-12 yang akan berlangsung pada 08-03-2008 akan datang.

Ini saya lampirkan sedikit latar belakang dan menifesto Barisan Alternatif untuk bacaan tuan-tuan dan puan-puan.

Keluarlah beramai pada 08-03-08 dan berikan satu kali peluang kepada barisan calon BA untuk berkhidmat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.







Inilah Polisi Barisan Nasional

Tuan-tuan dan puan-puan pengundi budiman, bandingkanlah manifesto dan tingkah-laku calon-calon antara BN dan BA sebelum anda membuang undi pada 08/03/08 sabtu ini.
















Sikap Pihak Lawan Menghasut

Panorama hari pencalon di Bukit Naga bagi Parlimen Kota Raja (P111), DUN Sri Muda (N50) dan DUN Sri Andalas N49) Selangor.

Gambar berikut membuktikan bagaimana kepimpinan BN menempur pecah barisan bentang pegawai keselamatan memasuki kawasan penyokong BA.

Sungguhpun beliau disekat dan diheret balik namun beberapa kali cubaan kembali masih diteruskan.

Selepas itu, kumpulan penyokong BA telah hujani dengan botol air minuman dan tiang kayu.

Insaflah tuan-tuan dan puan-puan, adalah tanggungjawab kita hanya memilih wakil rakyat yang berprinsip, jujur dan ikhlas.









Sokongan Rakyat Kepada Calon Sri Muda

Semua mereka adalah sukarelawan yang tidak dijanjikan pulangan, kontrak, tender mahupun gaji yang lumayan seperti BN.

Namun, atas kesedaran dan keinsafan akan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara; mereka telah banyak korbankan tenaga, masa dan wang ringgit semata-mata untuk menegakkkan keadilan dan kebenaran.

Sambutan rakyat semua lapisan, keturunan, agama, jantina dan bangsa amat menggalakkan. Sungguhpun sedemikian, kita jangan lupa tugas kita pada 08/03/08 memberikan satu undi kepada calon BA setiap orang.

















Wajah-wajah Calon di Kota Raja

Awal pagi hari pencalonan, semua petugas-petugas siap sedia menemani calon Parlimen Kota Raja (P111), DUN Sri Muda (N50) dan DUN Sri Andalas (N49) untuk berarak ke pusat pencalonan di Bukit Naga.