Monday, June 23, 2008

Penubuhan JDM Berkeley, Shah Alam

Pada 10.00 pagi 22/06/08, telah menyaksikan satu lagi kejayaan Parti Keadilan Rakyat mendapat sokongan awam di Taman Berkeley, Klang. Ia adalah hasil daya usaha Sdr. Richard Oh berasal dari Taman Berkeley, Klang merupakan seorang veteren politik tempatan merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian Shah Alam, Parti Keadilan Rakyat.

Majlis Penubuhan JDM Berkeley telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Yang Berhormat Hee LH merangkap Ahli Parlimen PJS. Turut hadir bersama termasuklah YB Eli Wong merangkap EXCO Kerajaan Selangor, Ketua Bahagian Yb Mulia Sdr Harris Bakar, Ketua JDM Berkeley Sdr. Cheah Sang Soong merangkap Naib Ketua Bahagian Shah Alam.

Pada majlis tersebut, melebih 100 orang ahli telah mohon untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat, di mana termasuk sebilangan besar daripada bekas Ahli Parti Komponen Barisan Nasional.

Di sinilah majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan JDM diadakan.





Penyerahan Borang Ahli Baru oleh Sdr. Ong kepada Sdr. Harris Ketua Bahagian Shah Alam; sambil disaksikan oleh YB Hee LH, YB Eli Wong dan Sdr. Cheah SS.



Sambutan meriah oleh penduduk Taman Berkeley.




Ucapan YB Hee untuk merasmikan penubuhan JDM Berkeley.


Ucapan kata-kata aluan oleh Sdr. Harris Bakar.




Barisan kepimpian Parti Keadilan Rakyat sedang ditemubual oleh para wartawan.






Penduduk Taman Berkeley gambar bersama dengan EXCO Kerajaan Negeri YB Eli Wong.

Sambutan 100 Hari Kerajaan Selangor

Hari 20/06/08 telah diadakan program menyambut kejayaan kerajaan negeri Selangor mentadbir 100 hari pertama.

Proram ini telah diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 9.00 malam yang dihadiri hampir 35,000 penyokong.















Wednesday, June 11, 2008

Majlis Jamuan Bersama Menteri Besar

Pada 10 Jun 2008, Menteri Besar Selangor telah mengadakan jamuan makan malam bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk meraikan kejayaan kerajaan mentadbir Selangor sambil menghargai sumbangan semua pihak.


























Wednesday, May 28, 2008

Budaya Malaysia Baru?





Sunday, May 11, 2008

Suara Rakyat dan Meriam Air

Semalam semua lairan media cetak dan pandang-dengar melaporkan kerajaan pusat Barisan Nasional sudah sudi berunding dengan semua syarikat konsesi lebuhraya meliputi 22 lebuhraya pada keseluruhannya.

Kenang kembali bekas Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Sungai Siput dahulu setiap kali mengulas, dengan nada yang angkuh berdolak-dalih bahawa "Kontrek Sudah Sign" tidak boleh buat apa-apa. Jika harga tol tidak naik, kerajaan wajib bayar ratusan juta ringgit sebagai pampasan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya yang baru pula menyatakan harga tol syarikat konsesi juga tertakluk kepada "vulume aliran kenderaan".

Nyata kenyataan 2 orang Menteri sama-sama dari Barisan Nasional terbukti bercanggah. Nescaya, rakyat ingin tahu kenapakah menteri dahulu saban tahun memberikan alasan yang salahpandukan rakyat?

Sungguhpun Menteri Kerja Raya baru membuat kenyataan sedikit lebih munasabah; namun demikian, tetapi tingkah-laku kerajaan pusat dalam menangani masalah penutupan jalan di Cheras amat mendukacitakan.

Daripada kejadian minggu ini, di mana seorang Ahli Parlimen Segambut telah dibelasah dan dipukul oleh pasukan keselamatan berunifom yang sepatutnya menjaga keselamatan masyarakat.

Dukacitanya, sekali lagi kerajaan pusat Barisan Nasional masih mengulang memperalatkan pasukan berunifom untuk menindas suara rakyat.



Perlu diingatkan kepada kepimpinan semua kerajaan pusat mahupun negeri, keputusan pilihanraya ke-12 jelas berikan isyarat bahawa Rakyat Sudah Insaf dan Bangun. Rakyat akan menolak mana-mana kerajaan yang zalim, yang menggadai kepentingan awam melalui kertas undi pada waktu pilihanraya.

Rumusan yang boleh diringkaskan di sini adalah, nyata Barisan Nasional masih kekal dengan budaya sombong mereka tanpa memperhiraukan rintihan dan kesusahan rakyat. Pemimpin Barisan Nasional perlu ingat dan kaji diri:

a. Kenapakah mereka tidak mahu selesaikan masalah ini melalui meja rundingan? Adakah mereka takutkan bayang sendiri?

b. Kenapakah memperalatkan pasukan berunifom untuk bertindak ganas ke atas anak rakyat sendiri, termasuk ahli Parlimen? Bagaimanakah mereka boleh jelaskan mereka tidak berat-sebelah?

c. Yang penting adalah sejauhmanakah pemimpin Barisan Nasional sudah insaf akan kesilapan mereka yang mengakibatkan mereka kalah di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan? Jika mereka insaf, mengapakah masih bersikap seperti dahulu (tidak berubah)?

Lantaran itu, wajib untuk semua pemimpin kerajaan menjawab:


Adakah Meriam Air boleh menutup ketidakpuasan rakyat? Tembakan Meriam Air merupakah saluran penyelesaian yang terbijak?

Tuesday, May 06, 2008

Perasmian Pusat Khidmat Rakyat PJS

Pada 03/05/08 pukul 5.00 petang, satu lagi pusat khidmat rakyat wakil Parti Keadilan telah dirasmikan.

Hari ini, pejabat ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan YB Hee Loy Hian telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Yang Berbahagia Tuan Syed Hussin Ali.

Majlis meriah ini juga turut dihadiri oleh ramai rakan-rakan dan penyokong-penyokong PKR, termasuk wakil media.