Thursday, February 10, 2011

Hari Sejarah 08/03/2008


Inilah detik-detik bersejarah Kota Raja pada hari pilihanraya umum ke-12 pada 08/03/2011. Calon-calon pakatan Rakyat YB Dr. Siti Mariah Mahmood telah dipilihan sebagai Ahli Parlimen Kota Raja, manakala YB Shuhaimi Shafiei telah dipilih sebagai ADUN Sri Muda (N50) dan YB Dr. Xavier Jayakumar pula dipilih sebagai ADUN Sri Andalas (N49).


Hari paling bersejarah di mana Pakatan Rakyat memenangi semua kerusi di Kota Raja dengan majoriti yang amat membanggakan kemenangan rakyat.

















































Detik Mahkamah Majistret Shah Alam

Menjelang 07/02/2011 pukul 9.00 pagi, YB Shuhaimi Shafiei telah menghadirkan diri di Mahkamah Majistret Shah Alam berhadapan dengan dakwaan di bawah Akta Hasutan Seksyen 4 kerana ulasan dalam blog berkaitan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru.

Turut hadir di mahkamah berikan sokongan termasuklah YB Nurul Izzah, YB Ronnie Liu, YB Yakob Sapali, YB Loh Gua Burn, YB Manikawasagam, YB Dr. Xavier Jayakumar, Datin Paduka Tan, YB Azmin Ali, YB Yusmadi selaku pembela, aktivist peguam Ganapati Rao, Ahli Majlis MBSA En. Kamarudzaman Sanusi dan lain-lain lagi.

Sementara menunggu pembicaraan, YB Shuhaimi diikat jamin RM8,000 sebelum sebutan kedua pada 28/03/2011.

























Sokong Pindaan Perlembagaan Negeri

Pada 21/02/2011 sekumpulan rakyat Selangor telah berkumpul selepas sembahyang Jumaat untuk menyokong cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24/02/2011.

Kumpulan ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad sambil menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Klang.