Monday, March 03, 2008

Sikap Pihak Lawan Menghasut

Panorama hari pencalon di Bukit Naga bagi Parlimen Kota Raja (P111), DUN Sri Muda (N50) dan DUN Sri Andalas N49) Selangor.

Gambar berikut membuktikan bagaimana kepimpinan BN menempur pecah barisan bentang pegawai keselamatan memasuki kawasan penyokong BA.

Sungguhpun beliau disekat dan diheret balik namun beberapa kali cubaan kembali masih diteruskan.

Selepas itu, kumpulan penyokong BA telah hujani dengan botol air minuman dan tiang kayu.

Insaflah tuan-tuan dan puan-puan, adalah tanggungjawab kita hanya memilih wakil rakyat yang berprinsip, jujur dan ikhlas.









Sokongan Rakyat Kepada Calon Sri Muda

Semua mereka adalah sukarelawan yang tidak dijanjikan pulangan, kontrak, tender mahupun gaji yang lumayan seperti BN.

Namun, atas kesedaran dan keinsafan akan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara; mereka telah banyak korbankan tenaga, masa dan wang ringgit semata-mata untuk menegakkkan keadilan dan kebenaran.

Sambutan rakyat semua lapisan, keturunan, agama, jantina dan bangsa amat menggalakkan. Sungguhpun sedemikian, kita jangan lupa tugas kita pada 08/03/08 memberikan satu undi kepada calon BA setiap orang.

















Wajah-wajah Calon di Kota Raja

Awal pagi hari pencalonan, semua petugas-petugas siap sedia menemani calon Parlimen Kota Raja (P111), DUN Sri Muda (N50) dan DUN Sri Andalas (N49) untuk berarak ke pusat pencalonan di Bukit Naga.


















Dokongan Kepada Calon Sri Muda N50

Demikianlah semangat calon Barisan Alternatif bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke-12, dan seterusnya memberikan perkhidmatan kepada semua masyarakat umum.