Tuesday, August 30, 2011

BN Kelam-kabutkan SJK(C) Tun Tan Siew Sin

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, MCA baik daripada Presidentnya, Ketua Pemudanya merangkap Timbalan Menteri Pelajaran dan peringkat Bahagian telah melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Majlis Perbandaran Subang Jaya dan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut tuduhan MCA, kononnya pemimpin Pakatan Rakyat dan MPSJ telah sengaja menyusahkan atau sabotaj kelulusan Pelan Bangunan dan Kelulusan Merancang membina SJK(C) Tun Tan Siew Sin di Putra Height, Subang Jaya.

Selain daripada itu, MCA juga menuduh pemimpin Pakatan Rakyat berpeluk-tubuh kerana tidak ingin melihat sekolah ini berjaya dibina untuk penggunaan mulai tahun 2012.

Berikut adalah dokumen didedahkan sebagai bukti untuk tatapan semua. Di bawah adalah surat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran kepada Ketua Bahagian UMNO Kota Raja merangkap Penyelaras Barisan Nasional Kota Raja.

Ini adalah pemohonan daripada Lembaga Pengarah SJK(C) Tun Tan Siew Sin kepada Kementerian. Ia dipohon daripada Lembaga Pengarah, kenapa kelulusan diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Raja? MCA merstui tindakan untuk mempolitikan soal pendidikan ini? Jika tidak, kenapa MCA tidak berani menegur Kementerian untuk memperbetulkan kesilapan ini ?

Ini merupakan lokasi sebahagian daripada rezab sekolah yang dipohon. Persoalannya, adakah Kementerian telah merestui bahagian ini? Jika ia, MCA hanya perlu tunjukkan surat kelulusan kepada MPSJ, selesai masalah.

Sebaliknya jika bahagian ini belum memperolehi kelulusan daripada Kementerian, bagaimana MCA boleh melakukan Acara Rasmi Pecah Tanah oleh Presidentnya?

lebih daripada itu, jika ia belum memperolehi kelulusan, bagaimana MCA boleh menuduh pemimpin Pakatan Rakyat sabotaj dan MPSJ sengaja "cari pasai"?

Ini merupakan Pelan Susunatur yang dikemukakan kepada OSC MPSJ. Isu pokok di sini adalah soal hakmilik tanah tersebut!!!!

Dalam surat di atas, jelas ia telah diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, kenapa bukan Lembaga Pengarah SJK(C) Tun Tan Siew Sin sebagai pemohon rasmi?

Kenapa MCA tidak berani menegur betulkan keadaan ini, sebaliknya menuduh jari kepada Pakatan Rakyat? Ingin, MCA merupakan parti pemerintah kerajaan pusat danmempunyai jawatan Timbalan Menteri I dalam Kementerian Pelajaran.


Barisan Nasional telah membuat pengumuman meluluskan pembinaan sekolah ini pada 29/06/2006, 5 tahun dahulu; dukacitanya sampai hari 5 tahun berlalu soal pemilikan tanah masih tidak mampu diselesaikan?

Jika ini bukan "gula politik sebelum pilihanraya", kenapa ia tidak boleh diselesaikan serta-merta sebaik sahaja pengumuman, jika mereka ikhlas?


Surat kelulusan OSC MPSJ ini jelas membuktikan MPSJ tidak pernah menahan, pemimpin Pakatan Rakyat tidak terfikir dalam fikiran untuk sabotaj dan sebagainya. Kaji diri-sendiri dahulu kenapa selalu takut-takutkan bayang sendiri?

Apa yang diminta oleh MPSJ adalah dalam Perkara 2(b) dokumen pengesah hakmilik tanah. Terbukti, tanah seluas 5 ekar ini adalah di bawah hak kawalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.



Tanpa mengira bagaimana pun sekolah ini akan siap nanti, jasa UMNO pastinya paling besar, sebaliknya MCA tiada habuan jasa kerana mereka tanah ini pun bukan miliknya.

Insaflah apabila menunjuk jari kepada orang lain, sebenarnya 3 jari tunjuk balik kepada diri sendiri. Beranikan diri untuk menegur rakan seperjuangannya, iaitu UMNO untuk serahkan hakmilik tanah ini semula kepada Lembaga Pengarah SJK(C) Tun Tan Siew Sin.

Ingat, ada Ahli Lembaga Pengarah sekolah ini juga menduduki Lembaga Pengarah SJK(C) Khe Beng, Jalan Bukit Kemuning; di mana mereka GAGAL membuat pemohonan untuk merebut tanah 4 ekar rezab sekolah di Sekeyn 32, Shah Alam yang hanya 1 kilometer daripada sekolah asal yang kini mempunyai 1,300 orang pelajar atas tapak hanya 0.95 ekar sahaja. Bila masa sesuai akan saya bongkarkan perkara ini.

Selain daripada itu, dalam aspek memperjuangkan rezab sekolah; telah berlaku juga dimana kerajaan dahulu merstui UMNO menumpang hakmilik tanah atas nama Majlis Bandaraya Shah Alam seluas 4 ekar untuk membolehkan UMNO Kota Raja memiliki tanah tersebut TANPA membayar premium dan cukai pintu sampai hari ini.

Kenapa MCA tidak perjuangkan 4 ekar ini yang terletak di Seksyen 25 ini untuk gunaan awam seperti membina sekolah? Sebaliknya diberikan PERCUMA kepada rakan seperjuangannya?

Sunday, August 28, 2011

Pemilihan Ketua Kampong Pandamaran

Pemilihan Ketua Kampong Pandamaran , Klang merupakan Ketua Kampong ke-3 yang dipilih oleh penduduk kampong di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Ia merupakan satu proses demokrasi yang memberikan Rakyat kuasa mengundi ke-3, iaitu selain daripada Parlimen dan DUN.

Ia berjalan pada 07/08/2011 dengan aman dan penuh tertib walaupun ia ditandingi oleh 6 calon.






















Sunday, August 21, 2011

Penyampaian Sumbang Kerajaan Negeri &
Penubuhan J/K Perolehan Tapak SJK(C) Khe Beng (B)

Majlis ini berlangusng pada 06/07/2011 di Pejabat MPP Zon 12, Kota Kemuning.









Konvensyen PKR - 19/06/2011

Sempena menyahut pilihanraya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pilihanraya pada 19/06/2011 di SACC, Shah Alam. Kehadiran dari seluruh negara amat memberangsangkan melebihi 5,000 peserta.