Monday, July 30, 2007
Ada seorang John selalu mengejek jirannya Mark seperti monyek kerana kecacatan kakinya sejak lahir (takdir Tuhan). John juga menambah Mark tidak patut duduk sekampung kerana tidak produktif dalam pekerjaan. Menurut John, adalah lebih baik Mark dikutuk dan dihalau keluar dari kampong halaman.
Tambahan John, monyek selalunya tidak produktif, hanya pandai mencuri makanan yang membebankan masyarakat.
Sejak beberapa bulan ejekan John, tiba-tiba bapa mertua John diserang oleh kerbau mengamuk milikan sendiri. Akibat daripada kemalangan itu, salah sebelah kaki bapa mertua John terpaksa dibuangkan kerana cedera parah.
Selepas kejadian itu, mulut John seperti tersumbat tahi kerana kini bapa mertuanya juga menghadapi masalah yang sama seperti Mark, malahan lebih teruk lagi tidak boleh jalan tanpa kerusi roda.
Pengajaran:
Perpatah Melayu: Meludah ke langit, akhirnya kena hidung sendiri. Kita perlu selalu bersikap prihatin dan jangan bertindak agresif kerana kepentingan diri maka menghina orang lain.
Perpatah Cina: Nasib manusia ada turun-naik, jangan sombang menghina orang sebelum ditimpa malang. Suatu hari nanti, malang itu tidak berbau mungkin akan menimpa sesiapa juga. Hanya Tuhan boleh tentukan.
Apa pendapat anda?
Ong Ka Ting tanding Bukit Bintang (Lim Guan Eng)
Adullah Badawi tanding Permatang Pauh (Wan Azizah)
Najib Razak tanding Maran (Hadi Awang)
Samy Vellu tanding Teluk Intan (Kula)
Khor Tsu Koon tanding Ipoh Timur (Lim Kit Siang)
Chan Kong Chye tanding Cheras (Tan Kok Wai)
Taib Mohamad tanding Shah Alam (Anwar Ibrahim)
Semalam ada laporan menyatakan Ong Ka Ting mungkin akan tanding di Bukit Bintang untuk menawan kubu DAP.
Saya amat setuju dengan cadangan itu, tetapi bukan President MCA sahaja bertindak; sekiranya semua ketua parti BN boleh sekaligus menawan pempimpin-pemimpin parti lawan seperti tersebut di atas pasti lebih memeriahkan suasana.
Selain daripada suasana, pasti peruntukan berlambak-lambak akan diturunkan, pembinaan infrastruktur akan berjalan 36 jam setiap hari, semua rungutan rakyat selesai dalam 24 jam. Dengan itu, barulah rakyat dapat menikmati manfaat pilihanraya paling efektif diseluruh dunia.
Tetapi yang lebih penting adalah BN boleh membuktikan kepada dunia bahawa semua pemimpin bukan komponen kerajaan ditawan sekaligus.
Ini macamlah baru siok tengok……….
Sunday, July 29, 2007
Untuk pembaca bukan aliran Mandarin, ini adalah petikan laporan akhbar tentang laporan polis oleh ahli MPT PKR dan bekas Naib Ketua Angkatanmuda, Manikawasagam.
Ia berkisar tentang kematian seorang artis pada minggu lalu. Menurut Manikawasagam, beliau menerima kiriman menuduh bahawa kematian gadis tersebut mungkin berhubung kait dengan anak seorang Menteri Kanan kerajaan.
Saya pun pening kepala, Altantuya belum selesai, bertambah pula puluhan kes bunuh yang baru. Apa nak jadi dengan masyarakat kita kalau kerajaan tidak berikhtiar membina sebuah negara yang prihatin.
Sin Chew Jit Poh hari juga memetik gambar anti-war Korea yang pernah saya bicarakan sebelum ini kerana melibatk 2 orang warga Malaysia secara aktif. Namun kerajaan Korea tidak mengugut untuk menghalau mereka keluar negeri atau ditahan atas kesalahan mencampur-tangan urusan dalam negeri ataupun menghasut rakyatnya membantah kerajaan.
Rujuk kepada http://maibincang.blogspot.com/2007/06/amaran-kepada-amin-dan-cikgu-bad-pada.html dan
http://maibincang.blogspot.com/2007/06/demokrasi-yang-tulin-di-korea-gambar.html
Secara bandingan, ada Menteri mengugut untuk membatalkan kewarganegaraan blogger dengan alasan kononnya menyiarkan tulisan yang tidak benar.
Yang teramat aneh bagi saya adalah cabaran Pengerusi GERAK, Ezam semalam mencabar kerajaan mendakwa beliau membuat laporan palsu yang melibatkan Ketua Pengarah BPR.
Begitu juga dengan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa ada Menteri menerima komisen ratusan juta ringgit. Tetapi yang dituduh pilih untuk memdiamkan diri, enggan mempertahankan diri melalui proses perundangan.
Dalam kedua-dua contoh ini, jelas Anwar dan Ezam tidak membuat tuduhan melalui blog sepertimana dilaung-laungkan oleh pihak tertentu.
Secara peribadi, saya setuju dan sokong sepnuhnya pihak dituduh ambil tindakan mahkamah segera ke atas Anwar dan Ezam, sebab kita adalah golongan anti-fitnah dalam sebarang bentuk, tanpa mengira parti politik, kedudukan dan sebagainya.
Dukacitanya, jikalau mereka terus membisu walaupun telah puluhan kali dicabar, adakah ini juga merupakan kesalahan blogger?
yang membimbangkan saya adalah isu blooger hanya digunakan oleh orang tertentu untuk mengalir perhatian masyarakat dalam isu-isu tertentu. Bagi saya adalah lebih penting kesahihan isi kandungan mana-mana karangan. Dengan itu barulah keadilan boleh diketengahkansepertimana dituntut oleh semua agama termasuk Islam, Buddha, Hindu, Kristian.......
Kesimpulannya, orang yang dituduh sendiri WAJIB berani ke depan mengambil tindakan, sebaliknya masyarakat mungkin menganggap tuduhan itu memang benar! Setuju tak?
Kita bersyukur dan merasa riang atas kepulangan Perdana Menteri kita berbulan madu di Australia selama 10 hari.
Barangkali atas sebab keselamatan, percutian PM tidak diumumkan dengan rasmi. Begitu juga dengan kepulangannya. Saya percaya dengan itu, PM mempunyai ruang keluarga sendiri.
Semoga dengan keriangan PM kita akan diberkati ilham dan pedoman daripada Tuhan agar lebih tegas melaksanakan tugas yang diamanahkan seperti benar-benar memerangi rasuah.
Demi memelihara kewibawaan dan menyakinkan kerajaan Islam Hadhari, adalah lebih baik mengumumkan hasil siasatan kes yang dilaporkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Saya yakin dengan mpengumuman ini pasti akan dapat menyumbat mulut parti pembangkang menggunakan isu-isu ini untuk mencari publisiti.
Pada pandangan saya, ini adalah satu langkah yang perlu dan boleh dilaksanakan dengan segera sebelum membebankan BN khasnya pada PR-12 akan datang.
Tambahan pula, Malasysia sebagai Pengerusi Negara-negara Islam, nampaknya masih banyak keganasan yang timbul seperti di Iraq, Ahanistan dan Pakistan. Pengeboman bunuh diri sedikit sebanyak telah memberikan imej negetif ke atas nama agama.
Dengan itu, OIC wajar memainkan peranan yang lebih aktif untuk memperbetulkan keadaan ini. Setuju?
Semalam laporan media melaporkan satu lagi bukti ketegasan kerajaan China memerangi barah rasuah. Tan yang bertaraf ketua Setiausaha Bandaraya Shanghai telah dipecat dari jawatan dan keanggotaan sebagai ahli Parti Komunis China.
Tan dituduh dan disabitkan kesalah 6 perkara:
1. Salahguna dana awam dalam urusan syarikat.
2. Sengaja merugikan dana syarikat milikan kerajaan.
3. Salahguna kuasa jawatan dalam kerajaan untuk keuntungan keluarga sendiri.
4. Memberikan kelonggaran ahli keluarga dalam urusan kerajaan.
5. Tidak beretika, terlibat dengan pelacuran dan perempuan.
6. Melindungi penyokong yang berlanggar undang-undang.
Menurut laporan juga, bahawa anak Tan telah ditahan oleh Polis Malaysia untuk siasatan lanjut yang melibatkan ayatnya.
Sebelum ini, saya juga telah membicarakan kerajaan China dalam tahun ini telah menghukum tembak mati ramai perasuah.
Dalam fikiran saya seperti kita selalu menonton dalam wayang, pentadbiran komunis sentiasa dipenuhi misteri dan kekejaman, birokrasi dan tidak ketinggalan juga rasuah.
Saya tidak tahu bagaimana agensi anti rasuah China beroperasi?
Bagaimana pula Peguam Negara China tidak bertolak ansur atas tekanan politik?
Kagum sekali komunis nampaknya jauh lebih sungguh-sungguh lawan rasuah berbanding dengan negara demokrasi dan maju. Setuju dengan pandangan ini?
Semalam PKR Selangor telah menyempurnakan konvensen peringkat negeri Selangor. Di antara pembentang kertas kerja termasuklah tokoh pusat dan negeri seperti Saifudin Nasution, Zainal Abidin, Ketua Wanita Pusat, Naib AMK Pusat dan Anwar Ibrahim sendiri.
Konvensen ini dihadiri oleh perwakilan dari semua bahagian dari Selangor dengan sambutan yang amat meriah dan luar biasa. Tajuk perbahasan utama adalah persediaan pilihanray ke-12, perancangan strategi, kerjasama dengan rakan parti seperjuangan dan sebagainya.
Yang lebih lanjut, tidak sesuai dibincangkan secara terbuka di sini walaupun saya memperolehi maklumat penuh agar tidak diputar-belikan oleh orang yang ingin jahanamkan PKR.
Sementara kita panas membincangkan beberapa khabar angina berhubung-kait dengan Ketua Polis Negara serta lanjutan perkhidmatannya. Berikut adalah sedikit maklumat yang sempat saya perolehi untuk perbincangan secara konstruktif.
Akta Polis 1967
Perkara 5(1) Maka hendaklah dilantik seorang Ketua Polis Negara, seorang Timbalan Ketua Polis Negara dan beberapa Pusuruhjaya-pesuruhjaya dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan pegawai-pegawai kanan polis dan pegawai-pegawai rendah polis dan konstabel-konstable sebagaimana disifatkan peril bagi maksud melaksanakan Akta ini.
Perkara 5(2) Pangkat-pangkat bagi Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Pegawai-pegawai Rendah Polis adalah seperti disenaraikan di dalam Jadual Pertama.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Article 140 Police Force Commission
140(4) The Yang di-Pertuan Agong may designate as special posts the posts of Inspector General of Police, Deputy Inspector of Police and any other posts in the police force which in his opinion are of similar or superior status; and the appointment of any post do designated shall not be made in accordance with Clause (1) but shall be made by the Yang di-Pertuan Agong on the recommendation of the Police Force Commission.
140(5) Before acting in accordance with Clause (4) on the recommendation of the Police Force Commission, the Yang di-Pertuan Agong shall consider the advise of the Prime Minister, and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.
Pada kefahaman saya, sungguhpun Perdana Menteri dan Suruhanjaya Plois mempunyai kuasa mencadangkan calon Ketua Polis Negara, namun Yangdi-Pertuan Agong boleh rujuk balik cadangan itu kepada Suruhanjaya sebelum diperkenankan. Adakah tafsiran saya benar kerana saya jahil dalam bidang perundangan?
a. Dalam perkara yang sama, adakah sebarang peruntukan menjelaskan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima cadangan daripada Perdana Menteri dan Suruhanjaya selepas penolakan kali pertama? Ini bermaksud berapa kalikah Yang di-Pertuan Agong boleh menolak cadangan sekiranya calon kali ke-2 atau ke-3 juga tidak memuaskan Yang di-Pertuan Agong?
b. Apa pula implikasi perundangan sekiranya Perdana Menteri dan Suruhanjaya bertegas kepada calon asal sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan, bolehkah lantikan caldangan Perdana Menteri dan Suruhanjaya diteruskan bertugas?
Perlu saya TEGASKAN DI SINI PERBINCANGAN HANYA KADAR perbincangan ilmiah, TIDAK SAMA SEKALI mana-mana pihak cuba mentafsirkan perbincangan ini sebagai menghasut perselisihan mana-mana agensi atau jabatan. Kita wajar melihat perara ini dari sudut perundangan yang mungkin kabur dalam sudut-sudut tertentu.
Perkara ini mungkin mirip dengan pertikaian bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah. Umpamanya dalam isu perkahwin biasa bukan Melayu. Pasangan kelamin mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta Perkahiwnan. Sekiranya ada satu pihak bertukar menganut Islam, dalam pertikaian penceraian, peragihan nafkah dan sebagai wajar ikut sistem svil atau Syariah?
Adakah contoh ini mempunyai prinsip yang serupa? Misalnya Ah Chong dan Awang adalah warganegara Malaysia. Ah Chong menandatangan satu perjanjian pinjam wang daripada Awang di Kuala Lumpur sebanyak RM100,000.00. Satu tahun kemudian, Ah Chong mendapat kewarganegaraan Thailand sambil melepaskan warganegara Malaysia tetapi masih menetap di Kuala Lumpur.
Persoalan timbul:
1. Adakah perjanjian pinjaman wang dengan Awang itu tidak sah lagi?
2. Sekiranya Awang cuba mengambil tindakan mahkamah, Awang perlu pergi Thailand sebab Ah Chong waganegara Thailand sekarang; atau terus di Malaysia kerana perjanjian asal pinjaman dibuat di Malaysia?
3. Bolehkah Awang membekukan harta Ah Chong yang ada Malaysia sekiranya Ah Chong meninggal dunia dan hutangnya masih belum jelas? Pakai Mahkamah Thailand atau Malaysia? Adakah pertukaran kewarganegaraan Ah Chong menjejaskan perjanjian pinjaman? Kenapa?
Saturday, July 28, 2007
Gambarajah di bawah membawa perbualan seorang wartawan dengan seorang suri-rumahtangga. Ia lebih kurang bermaksud berikut:
Wartawan: 'Adik, semperna meraikan Kemerdekaan 50 tahun, ke manakah anda minat untuk ibu bawa?’
Budak: ‘Pergi ke Parlimen bermian air’.
Sambil mendukung budak melarikan diri Ibu menjawab: ‘Minta maaf, budak kecil masih jahil tidak faham apa-apa’.
Pandai budak kecil tahupun Parlimen Malaysia boleh main air (Bahasa orang Kedah kata - pi main aiyiak).
Pertama sekali WAJIB saya jelaskan terlebih dahulu saya tiak minat untuk mengajak saudara/I mengkaji atau cuba menyebarkan fahaman komunis (Komunis sekarang hebat lawan RASUAH, banyak pegawai tinggi bertaraf Menteri telah dihukum tembak mati, rujuk kepada karangan sebelum ini). Ia penting untuk mempeertahankan saya tidak dimanipulsikan sebagai pemnyebar fahaman komunis di sini.
Sebaliknya, kepada sesiapa yang faham Bahasa Mandarin (tidak pasti ada edisi penterjemahan belum), anatara perbincangan saya atas buku ini adalah untuk bersama merenung semangat perjuang (bukan semangat komunis) yang ada pada mereka seperti Teng Siau Peng. Di antara semangat utama membawa kemenangan Teng adalah:
1. Mereka ikhlas memperjuangkan hak asasi rakyat dan pertahankan golongan ditindas.
Pada zaman tersebut, peragihan hak tanah hanya tertumpu pada golongan bangsawan. Bangsawan telah mengawal hamper sepenuh kekayaan negara. Orang miskin terpaksa menyewe bendang / sawah padi / sawah penanaman dengan sewa yang amat menindas. Selain daripada itu, golongan miskin juga selalu dihina, ditindas, diseksa, dimalukan….
Atas kesedaran ini Teng telah membuat pembaharuan untuk mengagihkan kekayaan dan tanah kepada golongan miskin yang sudah lama ditindas dan amat memerlukan.
Dengan itu, Teng memperolehi sokongan yang padu daripada seluruh negara China kerana bangsawan hanya beberapa orang sahaja.
Pembelajaran: Orang kaya yang menindas orang miskin akan membawa pemberontakan, walaupun mereka adalah satu keturunan warga China yang berbahasa, agama, budaya dan keturunan yang sama.
2. Mereka tunjukan keteladanan dan korban bersama rakyat.
Faktor ke-2 kejayaan Teng adalah keteladanan yang bagus. Semasa dalam perjuang `Long March’ (Bahasa Mandirin – Chang Chen), pemimpin korban bersama rakyat. Rakan karib Teng dan isterinya juga tidak menerima layanan istimewa, seperti peragihan makanan [masa itu ada kebuluran], gaji malahan perkdimatan kesihatan [rumah sakit] benar-benar Diri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah.
Dalam buku tersebut menyatakan pemimpin seperti Teng sendiri bersama-sama mengharungi Sungai Kuning, mendaki gunung salji, merempuh paya, merangkak dalam gua bukit serta berjalan kaki menerusi padang rumput. Keseluruhan Long March berjalan sejauh puluhan batu jaraknya.
Teng suatu ketika bersama rakan hanya memakan daun pokok masak bersama air (tanpa garam atau gula), makan bangkai kuda yang mati akibat peperangan atau kelaparan, makan akar rumput kerana kebuluran.
Dengan semangat berjuang tulin, akhirnya Teng dan rakan-rakan berjaya merais sokongan padu seleruh negara.
Pembelajaran: Hanya pemimpin yang membuktikan keteladanan, keihlasan, tidak berkepentingan diri dan pilih-kasi akan berjaya sebagai tokoh negarawan.
Kepada sesiap yang berminat boleh membacanya.
Nota: Buku ini dikarang oleh anak perempuan Teng bernama Miao Miao.
Laporan gambar ini amat menarik perhatian saya, tetapi atas ugutan pihak tertentu saya juga mahu jelaskan SAYA TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENCABAR Perkara 11(4) Perlembagaan.
Gambar ini luar biasa kerana China sebagai sebuah negara Kerajaan Komunis yang tidak percayakan sebarang agama telah membuka dada yang lebih mempelopori banyak kerajaan lain yang mengelar diri sebagai negara demokrasi.
Jelas kita melihat, sebagai tempat ibadat suci sewajarnya penghormatan sentiasa diutamakan kepada mana-mana agama pun. Namun di sini, ratu cantik yang berpakaian ikut cara barat (dari pandangan orang timur mungkin tidak secocok ke rumah ibadat), tetapi pengawal rumah ibadat ini masih menyambut kunjungan romobngan ini dengan penuh kesabaran.
Dengan keikhlasan dan kesucian sanubari pengamal agama bersebut, beliau tidak sama sekali dipengaruhi atau diancam kemurnian dia sebagai seorang pengamal.
Sekiranya semua pemimpin dalam dunia ini mempunyai kelapangan dada untuk menerima orang yang berbeza pendapat, menyahut teguran membena dan jujur, ikhlas; maka pasti dunia ini akan lebih selesa dan aman untuk manusia sejagat di bumi ini.
Bagaimana pandangan anda? Mungkin kerana saya telah menahan komen orang luar agar tidak dikambing-hitamkan orang yang bermotif jahat, maka sebarang pandangan boleh hantar kepada email dalam link di sebelah kanan laman.
Thursday, July 26, 2007
Kepada saudara/I budiman, saya akui saya hanya seorang yang kerdil dan daif seperti Taufu yang memang fragile serta tidak berdaya tahan kuat seperti penulis blogger yang lain.
Memandangkan perkembangan terkini mempunyai Kuasa Ajaib
Dengan cara ini, kita boleh terus bersuara dan menggagalkan Penyerang Siber bermotif politik jahat itu. Segala pandangan boleh dihantarkan terus kepada saya melalui email: maibincang@gmail.com sebelum dipaparkan dengan rasmi.
Kesulitan amat dikesali, namun ketulusan kita tepat tidak beranjak sambil bersuara atas prinsip kebenaran dan keadilan. Kita memang sekeras-kerasnya MENGUTUK sebarang cuba yang mengapi-apikan sentiment perkauman, khasnya parti politik yang berasaskan perkauman harus diharamkan, tanpa mengira ia parti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan……
Dukacitanya landskap politik pemerintah sendirilah yang berasaskan parti perkauman, bagaimana mereka layak mengelar diri sebagai Pemimpin
Sunday, July 22, 2007
Ini adalah suasana sebenar konvensen yang berlangsung pada hari Jumaat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Rakyat pelbagai lapisan, keturunan, parti politik dan pertubuhan sosial (NGO) telah sebulat suara mendesak Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tugasan mereka dengan tulus dan ikhlas.
Segala kepincangan, penipuan, ketidakadilan, kemusykilan, undi pos, senarai pengundi yang bersih dan sebagainya WAJIB diketengahkan pada pilihanraya ke-12. Konvensen juga telah menetapkan untuk mengadakan perhimpunan rakyat pada bulan akan datang untuk mendesak SPR beranjak, henti bertindak seperti agen BN.
Kumpulan Black & Geng juga menghiburkan kehadiran dengan 3 lagu yang penuh bermakna tersurat dan tersirat.
Telah dilaporkan Tun Mahathir telah menyatakan memang beliau pasti Johari Baharom tidak rasuah sebelum ini. Maka, Tun dilaporkan berkata: Jangkaan Saya Tepat, Johari Tidak Rasuah.
Saya kurang faham kenapa Tun boleh tahu dia tidak rasuah?
Adakah Johari sudah beritahu Tun tetapi kurang mungkin kerana Johari disifatkan oleh Tun sebagai salah seorang konspirator mengalahkan dia dalam pertandingan perwakilan bahagain Kubang Pasu.
Adakah Tun memang sendiri tidak percaya dengan sistem dan siasatan ACA yang dipimpini oleh beliau sendiri hampir 20 tahun?
Ataupun Tun sudah membaca laporan siasatan yang memang SULIT / Rasiah Rasmi sebelum pengumuman dilakukan?
Kenapa Tun tahu?
Adalah satu kemaluan ke atas kerajaan Barisan Nasional di mana YB Parlimen Cheras terpaksa menunggu 6 bulan untuk mendapatkan temujanji jumpaYang DiPertua Ampang Jaya. Kemudian, perjumpaan itu hanya diberikan 10 minit sahaja.
Kalau Ahli Parlimen juga menghadapi masalah untuk berjumpa pegawai majlis, bagaimana pula dengan orang awam seperti kita? Apa kerajaan negeri dan persekutuan hendak jelaskan?
Memang Polis adalah rakan rakyat dan rakyat juga rakan polis. Minggu lalu, sempat hadiri satu majlis polis bersama rakyat; seperti biasa polis menyeru rakyat kerjasama dan berikan maklumat kepada polis untuk memerangi jenayah.
Tetapi, kita sebagai rakyat biasa yang daif jemu selalu membaca berita bahawa polis dituduh salahguna kuasa dan berat tulang bertindak.
Berita berikut menceritakan seorang warga dari Kepong telah ditahan polis dan diseksa sehingga cedera teruk, lebam, bengkak, berdarah dan tidak patuhi arahan Majistrate membenarkan lawatan perubatan. Beliau mengadu digertak, dipukul dengan paip getah, ditumbuk dan sebagainya.
Seatu lagi cerita pula polis Daerah Sentul segan bertindak dalam isu "Ah Long" kerana peminjam selalu menggunakan aduan polis sebagai satu kesempatan untuk melarikan diri dari bayar hutang.
Dengan itu, nampaknya PDRM masih lembap untuk membersihkan Epal Yang Rosak (kata bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar) demi menjaga kewibawaan polis.
Menyedari berita bahawa kerajaan (rakyat) terpaksa menanggung kos pembaikan kapal terbang yang rosak selepas disewakan kepada FAX sejumlah RM40,000,000.00.
Saya kurang faham kenapa rakyat terpaksa menanggung kos ini sekiranya kapal terbang akibat masalah penyelenggaraan FAX. Kalau FAX tidak selenggara, kenapa tidak minta FAX tanggung kos ini?
Tambahan pula, Pengarah Ursuan MAS menyatakan 50% daripada (6 daripada 12 buah) kapal terbang diuruskan oleh FAX itu tidak selamat untuk penerbangan. Ini satu kenyataan yang serius kerana ia mungkin membawa padah yang seruis.
Siapakah yang patut membuat penjelasan dalam perkara ini? MAS? FAX? Kementeri Pengangkutan? Kalau tidak kenapa bisu?
Dengan penuh kesedaran dan insafan membincangkan isu ini mungkin boleh dikenakan Akta Hasutan kerana memang semua orang sudah diharamkan membuat kenyataan akhbar, kecuali PM dan TPM.
Dengan kerana itu, saya tidak akan terperangkap dengan BN membincangkan isi kandungan Negara Islam, samada dari UMNO mahupun PAS.
Akan tetapi kita boleh membicarakan perkara ini dari sudut kerjasama dan budaya BN. Ekoran daripada pengharaman orang lain membuat kenyataan termasuk Menteri Kerajaan Persekutuan, maka kita tidak samar-samar:
a. Adakah pengumuman Negara Islam ini adalah keputusan kerajaan? Atau pendirian UMNO?
b. Apa pula pendirian parti komponen BN lain seperti PBB, SUPP, MCA, Gerakan, MIC, PBS dan sebagainya? Kenapa mereka tidak dibenarkan cakap? Termasuk untuk menyokong kenyataan TPM?
c. Kenapakah perkara ini tidak dibahas dalam Parlimen sekiranya ia adalah ketetapan kerajaan?
d. Seandainya Malaysia memang tidak pernah menjadi negara sekular sejak merdeka 50 tahun dahulu, kenapa pula SEMUA PARTI BN SELALU MENGECAM PAS ingin membina negara Islam di Malaysia? PKR dan DAP juga difitnah bersubahat dalam perkara ini? Dimanakah kedudukan etika agama orang yang membuat fitnah / tohmahan ini berpuluh tahun sebelum ini? BN akui mereka 'Lempar Batu Sembunyi Tangan' dan menfitnah PAS pula berniat jahat untuk membentuk negara Islam?
Apa pandangan anda?
Semalam Pengerusi Kovensen Rakyat (Bersih) Mohamad Sabu menyebut: "Negara China dahulu takutkan serangan Mongolia, maka terbina Great Wall sepanjang 2000 batu sebagai benteng. Tetapi, hari ini rakyat Malaysia lebih berani daripada China kerana berani membunuh warga Mongolia pula".
Berita beberapa hari yang lalu menceritakan seorang pegawai tertinggi kerajaan China telah mengebom "Isteri Simpanan" - membunuh. Akibat daripada itu, semua pegawai kerajaan yang terlibat telah dibawa ke muka pengadilan dengan transparen.
Renung kembali, pegawai China itu mungkin mempelajari daripada ilham Malaysia?
Gambar ini adalah petikan daripada satu iklan syarikat tempatan.
Daripada gambar ini, saya mendapati ia menepati suasana politik tempatan kerana ada pemimpin yang selalu kata dia TAK TAU.
Cuba saudara/i melihat, ayam jantan ini masih tidur pada hal matahari sudah terbit tinggi. Saya rasa ayam ini cuba selambakan diri dengan menutup mata dan telinganya, maka ia TAK TAU matahari sudah terbit. Akibatnya, ia juga leka untuk berkokok masa fajar.
Ramaikah pemimpin kita yang bersikapkan ayam jantan?
Di sini saya bukan untuk membela MCA, mahupun menyokong keangkuhan UMNO agar kita tidak terperangkap bahawa kita cuba menangguk ikan di air keruh sambil menghasut permusuhan antara parti komponen BN.
Tetapi, satu kenyataan yang tidak dapat tidak mereka akui adalah bahawasanya 'kekeruhan air' itu pun dicetuskan oleh pemimpin mereka sendiri. Perpatah falsafah Cina menyebut: "Kalau lembu enggan minum air, takkan kamu boleh tundukkan kepalanya".
Apa yang cuba saya bincangkan di sini adalah: sejauhmanakah keikhlasan silaturahim kompenen BN?
Sekiranya persaudaraan mereka rapat, kenapa kedudukan Negara Islam itu tidak dibincangkan dalaman sebelum membuat pengumuman?
Adakah corak kerjasama BN ini bersiratkan bahawa semua komponen BN hanya bagaikan "Pak Turut" kerana mereka tidak ada ruangan sama sekali untuk bersuara?
Kalau bukan, kenapa kenyataan Menteri BN sendiri juga diharamkan daripada membuat kenyataan akhbar?
Kalau tanggapan saya salah, mengapakah hanya kenyataan PM dan TPM sahaja diBENARkan terpapar dalam dada akhbar tempatan? Sekiranya begini, Menteri Kerajaan Persekutuan malangnya juga menjadi boneka kini?
Saya pernah menghadiri:
a. Mesyuarat Barisan Nasional Peringkat Bahagian - terbukti komponen BN hanya menyahut segala seruan / kenyataan dan pendirian dalam semua urusan kerajaan.
b. Selepas itu, Mesyuarat Barisan Alternatif Peringkat Negeri dan Bahagian, sungguhpun mungkin ada perbedaan pendapat, TETAPI tidak pernah berlaku mana-mana parti MENGERTAK RAKANNYA tutup mulut seperti berlaku dalam BN. Semangat saling hormat-menghormat itu jauh lebih matang berbanding dengan BN.
Adakah anda setuju?
Wednesday, July 18, 2007
Merenung kenyataan kenyataan Timbalan PM semalam menyebut Malaysia TIDAK PERNAH menjadi negara sekular, sebaliknya Malaysia sejak merdeka adalah NEGARA ISLAM.
Dengan penuh kesedaran bahawa pilihanraya umum akan tiba dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan akan datang dan perdebatan isu negara Islam amatlah sensitif dari apa jua sudut.
Isu negara Islam adalah isu perlawanan di antara PAS-UMNO; lantaran daripada polisi PECAH dan Perintah Barisan Nasional, MCA pula sentiasa mengapi-apikan isu PAS akan menegara-islamkan Malaysia.
Akibat daripada serangan-demi-serangan, tohmahan dan tuduhan yang bertubi-tubi, kononnya DAP serta Parti Keadilan Rakyat sedang bermuslihat untuk membantu PAS mencapai matlamat tersebut.
Dalam ertikata lain, DAP dan PKR telah menderhaka terhadap masyarakat Cina. Serangan MCA memang mujarab pada pilihanraya 1999 di mana DAP telah mengalami satu kekalahan yang amat luar biasa. Ekoran itu, DAP terpaksa menarik diri daripada gabungan BA.
Dengan penuh kesedaran bahawa pembabitan isu Negara Islam yang kurang bijak akan memberikan tamparan yang besar ke atas semua komponen BN kecuali UMNO.
Oleh yang sedemikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menganalisa kenapa TPM sanggup membuat kenyataan tersebut. Apakah undang di sebalik batu membawa beliau sanggup menafi pendirian ayat beliau sendiri.
Ia berkemungiknan:
a. Untuk mengalih tumpuan masyarakat ke atas isu-isu yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim, iaitu proses pembelian Shukoi, kapal seream dan warga mongolia.
b. Baliau sedar akan ancaman PAS pada pilihanraya yang akan datang menggugat kekuatan UMNO, serentak itu dia juga cuba melemahkan kekuatan MCA kerana tidak sanggup menerima hakikat MCA menang besar tetapi UMNO kalah dengan PKR / PAS. Dengan itu, bonus isu negara Islam akan memanfaatkan DAP, tetapi beliau sanggup meninggalkan rakan BN sendiri.
c. Beliau telah cukup yakin UMNO akan terus memerintah tanpa keperluan kerjasama dengan MCA. Untuk membuktikan teori ini, belaiu sanggup mencetuskan isu yang memudaratkan MCA.
'Tepuk Air Kena Muka Sendiri' kerana rakan sejawat MCA telah mulai 'Membedil Kebelakang'; maka jawablah apakah pendirian MCA?
Apa rancangan selanjutnya MCA akan serang UMNO sepertimana MCA serang PKR, DAP dan PAS?
Tuesday, July 17, 2007
Ini adalah laporan bahawa Angkatanmuda Parti Keadilan Rakyat membuat Laporan Polis mendesak kerajaan:
1. menjelaskan kenapa rekod kemasukan warga Mongolia terpadam oleh Imigresen.
2. menjelaskan tuduhan saksi ke-7 (juga anggota polis) bahawa beliau telah diseksa dan dikurung semasa tahanan.
3. menjelaskan kesahihan saksi memberitahu mahkamah kewujudan sekeping gambar yang bernama xxx Razak.
Dalam menangani isu penahanan Nat. Tan, melalui gambar-gambar berikut, terbukti bahawa pembangkang memang mempunyai perpaduan tulin antara semua kaum dan agama.
36 keping gambar berikut menerangkan apa yang sebenar berlaku di mana walaupun Nat Tan seorang keturunan Cina; namun sedemikian keprihatinankke atas Nat Tan terdiri daripada:
a. Semua jantina: lelaki dan perempuan.
b. Semua keturunan: Melayu, Cina, India dan semua warganegara.
c. Semua agama: Islam, Buddha, Kristian, Tao, Hindu .........
d. Segenap lapisan: muda, dewasa dan veteran.
e. Semua parti: PKR, PAS & DAP.
f. NGO: Suaram, MTUC, Dema........
g. Latar belakang: ahli parti politik, orang awam, pelajar, wartawan & Pegawai Cawangan Khas (di Bahagian III)......
Menerusi gambar-gambar ini, tafsirlah sendiri sejauhmanakah semangat Rakyat Malaysia itu memang wujud di pihak pembangkang kerana mereka tidak pernah mengamalkan 'devide and rule'.
Sebaliknya, lebih tumpukan kepada prinsip keadilan, hak asasi manusia dan kebebasan yang terjamin dalam Perlembagaan serta Rukunegara.