Monday, July 02, 2007

Thailand Bukan Negara Buddha

Selepas membaca berita ini bahawa Suruhanjaya Perlembagaan Baru Thailand telah membuat keputusan tidak memasukkan Buddha sabagai agama negaranya. Ini bermakna, dari segi Perlembagaan, Thailand bukan Negara Buddha.

Saya memikirkan Suruhanjayanya memutuskan sedemikian mungkin kerana:

1. Cuba mengasingkan soal agama dengan politik.

2. Ingin menghormati kebebasan beragama oleh semua Rakyat Thailand.

3. Cuba mengelak orang politik menangguk ikan di air keroh atas isu agama.

4. Percaya dan yakin bahawa kepercayaan agama adalah keputusan individual, tidak perlu
paksaan Perlembagaan.

5. Walaupun hampir 95% rakyatnya beragama Buddha, mereka yakin agama Buddha tidak akan terancam kerana yakin dengan kepercayaan penganutnya; dengan itu "Tongkat" tidak diperlukan.

6. Cuba menonjolkan toleransi budaya agama Buddha.

7. Mereka yakin penyerapan nilai-nilai murni lebih penting dan bermakna dari melaung-laungkan menjadi wira perjuang mana-mana agama pun. Contohnya, rasuah adalah terkutuk oleh semua agama; dengan itu pelaksanaan membanteras rasuah adalah lebih bererti daripada mengelar diri sebagai Agama Buddha.

Saya melihat ini adalah satu keputusan yang wajar kerana atas dasar kebebasan beragama sudah cukup untuk sesiapa cuba mengagamakan mana-mana kerajaan. Cuba saudara/i bayang sekiranya (andaian) kerajaan Thailand menetapkan peraturan yang boleh menyebabkan:

1. Keluarga bahagia tercerai atau kucar-kacir semata-mata hanya perbezaan kepercayaan. Suami-isteri diceraikan tanpa rundingan, sebaliknya penahan paksaan dikenakan.

2. Sesiapa yang menganut Buddha tidak boleh tukar agamanya tanpa kelulusan orang politik.

3. Penganut agama lain sentiasa disekat atau diganggu untuk mengamalkan kepercayaan individual, contohnya di Selatan Thailand.

4. Semua warga tanpa mengira apa agamanya dipaksa untuk pelejari agama Buddha dan menjadi Sami sementara atau berpakaian Sami.

5. Pegawai Jabatan Agama Buddha melarang rundingan antara agama.

6. Semua keturunan Siam diwajibkan beragama Buddha sahaja, keturunan lain boleh mengamalkan agama masih-masih; tetapi mereka tidak boleh bertukar agama selepas mereka menganut agama Buddha.

7. Menetapkan wasiat penganut Buddha tidak boleh diwarisi oleh keluarganya kecuali keluarganya turut menganut Buddha.

8. Menetapkan penukaran menganut agama Buddha akan membatalkan sebarang Pendaftaran Perkahwinan yang dibuat sebelum itu.

Adakah saudara/i percaya seandainya beberapa contoh di atas berlaku, keseluruhan Thailand akan aman dan sentosa?

Apakah yang mungkin akan terjadi dengan Narathiwat da mungkin beberapa daerah lain?

Adakah anda sanggup melihat kehuru-haraan / pergaduhan agama berlaku akibat daripada penentuan Thailand sebagai Negara Buddha?

No comments: