Tuesday, July 10, 2007

Propaganda dan Kelakuan BN

Saya ingin menari perhatian dan membincangkan perkara ini dalam kontek politik tempatan, bukan dari sudut perundangan mahupun kepercayaan agama.

Lumrahnya BN dan komponennya selalu mengheboh-hebohkan Pas dan PKR itu parti politik ekstrim. Contohnya MCA selalu menyebut: "jika undi Pas dan Keadilan, orang Cina tidak boleh makan daging babi lagi."

Kini, merujuk kepada kejadian di Ipoh ini apakah dan bagaimanakah BN dan MCA boleh menerangkan mereka lebih toleransi berbanding dengan Pas dan Keadilan?

Yang menyindirkan perkara ini bukan berlaku di Kelantan yang ditadbir oleh Pas, sebaliknya oleh rakan kongsi MCA.

Lanutan daripada itu, seandainya sesungguhnya pakaian tersebut tidak mematuhi peraturan undang-undang, saya ingin mengajak rakan-rakan memikirkan:

Adakah soal pakaian ini lebih serius dan penting daripada kejadian membunuh dan rasuah melibatkan wang rakyat ratursan juta?

Hari ini kita telah memperlihatkan pertarungan di antara Timbalan Menteri Dalam Negeri dengan Ketua Polis Negara; kerana mereka masing-masing menuduh pihak lain rasuah. Kenapa perkara ini tidak dihebohkan sepertimana soal remeh-temah pakaian?

Susahlah saya cuba ingin faham apa yang dilakukan oleh kerajaan BN. Dengan itu terpaksan saya akui lembap kecerdasan otak saya lah.



Pas : Jaga Masa Depan Rakyat
Sin Chew Jit Poh (09/07/07)

Ahli Jawatankusa Pas Pusat Khalid Samad berpendirian, penyelesaian masalah penggunaan Bahasa English dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan kadar mengumumkan beberapa perangkaan, laporan dan pandangan intelektual; sebaliknya misi dan konsep masyarakat hadapan yang jelas untuk warganegara adalah lebih penting.

Beliau juga merupakan salah seorang pengucap menyifatkan, seandainya rakyat tidak mempunyai kebebasan dalam hal-hal yang disebutkan sebagai ‘sensitif’, bagaimana kita boleh membicarakan masa depan negara?

Beliau menambah, sewajarnya masyarakat Melayu sepatutnya lebih agresif daripada keturunan lain dalam masalah penggunaan Bahasa English dalam Sains dan Matematik. Sebenarnya dasar ini telah membantutkan pembanguan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah dan perantara, lantaran itu Bahasa Melayu menjadi Bahasa Pasar sahaja.

Dia menegaskan, Pas menolak langsung dasar yang tidak rational dan fikiran cetek ini. Sebenarnya, dasar ini jelas menonjolkan kesangsian dan keyakinan untuk Bahasa Melayu sebagai bahsa pembangunan negara. Serentak dengan itu, ia juga telah merampas hak orang Melayu untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda.

Khalid berkata, Pas melihat Bahasa Kebangsaan sebagai keperluan sesebuah negara, ia tidak boleh ditafsirkan sebagai satu keturunan mengatasi satu keturunan lain dalam proses pelaksanaan.


Gambar berikut adalah antara PAS Shah Alam tegas mempertahankan hak perumahan kampung Remba Jaya, Klang. Antara yang ditahan oleh polis termasuklah Khalid Samad dan orang kampung akibat daripada keganasan kerajaan BN / UMNO – kononnya pertahankan hak orang Melayu – tetapi Kampung Remba Jaya dan Berembangg tidak ada bayang wakil UMNO melawat pun: kata Amin Iskandar (http://www.malaysiakini.com/columns/69476) di ruang `Borak-borak – Malaysiakini` Berikut adalah bukti keganasan BN:

Friday, July 06, 2007

Angkatanmuda Keadilan Buang Masa Lagi

Saya rasa kesal tetapi ‘tabit’ kepada barisan kepimpinan Exco Angktanmuda Keadilan (AMK).

Saya kesal dengan AMK kerana mereka sekali lagi membazir masa pegawai polis dan sumber kerajaan (rakyat) dengan membuat 2 lagi laporan polis mendesak siasatan atas prasangkan SMART Tunnel dan tragedy 513.

Saya berpendapat tersebut kerana saya penuh yakin laporan mereka hanya sia-sia sahaja kerana pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan susulan; sungguhpun janji-demi-janji telah diluahkan bahawa semua laporan akan disiasat sepenuhnya.

Atas sebab itulah saya kesal, tindakan mereka hanya takat menambah 2 lagi kes TERGANTUNG dan menyibukan pihak Cawangan Khas untuk membuat risikan politik untuk jaga kepentingan BN.

Sebaliknya, saya kagum dengan semangatnya kerana dengan penuh kesedaran akan tanggungjawab seorang rakyat wajib sentiasa menenghakan keadilan dan kebenara. Atas dorongan semangat ini, mereka telah dan akan terus berhempas-pulas untuk lakukan pendedahan-demi-pendedahan walaupn tidak ada tindakan susulan polis.

Kita sering dengar seruan minta rakyat bekerjasama dengan polis, berikan maklumat dan sebagainya, tetapi kedukacitaan sedemikian berterusan.

Kenapa? Bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan ini? Sampai bilakah kepekakan dan kebisuan ini akan berlarutan? Tolonglah ada sesiapa yang boleh kongsi bersama pandangannya?......
BN Ikhlas Bangunkan Pendidikan?

Timbalan Menteri Pendidikan telah menyatakan Menterinya adalah ikhlas dalam menangani masalah dan pembangunan pendidikan, ia termasuk membantu SRJK(C). Oleh yang sedemikian, peruntukan bantuan kewangan telah bertambah daripada RM50juta kepada RM100juta dalam RM9.

Dalam soal ini, adakah dengan sedikit penambahan peruntukan itu menjadi kayu pengukur tunggal menilai keikhlasan BN dalam pembangunan SRJKC? Adakah anda sedar jumlah RM100juta itu hanya meliputi kurang daripada 5% daripada jumlah peruntukan kementerian?

Apa pula faktor lain dalam membuat penilaian selain daripada sedikit peruntukan?

Apa yang cuba saya bicarakan di sini adalah sekiranya BN ikhlas, kenapa sekolah SRJK Damansara (lihat gambar) yang mempunyai bangunan yang lengkap, cakap dan kukuh (tidak seperti bangunan Mahkamah yang bocor dan runtuh sini-sana) tidak boleh dibuka untuk gunaan pendidikan?

Ia sudah ditutup selama 7 tahun dan sekolah tersebut telah berada di sini selama 80 tahun, adakah dengan pembukaan sekolah tersebut akan mengancam kekuatan BN?

Kalau tidak, apakah sebabnya sekolah yang baik dipaksa terbengkalai menjadi semak-samun?

Hanya BN sanggup membengkalaikan sebuah sekolah yang sihat selama 7 tahun yang masih belum tahu nasib masa depanya. Setuju atau tidak?
Masalah “Dinner di Paris”

Blog Tian Chua telah menghebohkan BN dan banyak ahli Parlimen BN. Hampir kesemua mereka mengutuk Tian Chua melakukan fitnah ke atas DS Naxxx.

Saya memang takut dituduh fitnah, oleh itu saya kaburkan muka gambar khayalan Tian di sini. Selepas mukanya dikaburkan, adakah anda merasakan gambar itu tercacat? Itu terpulang kepada tafsiran individual.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah memang saksi kes Altantuya telah menerangkan ada gambar makan malam bersama DS Naxxx di Paris.

Memang orang yang disebut itu berhak membuat penafian, tetapi saya cuba balik kepada persoalan pokok; iaitu:

Perkara ini telah lama dibincangkan, malahan menjadi tajuk utama pilhanraya kecil Ijok bulan April’07. Anwar Ibrahim telah berulang-ulang kenyataannya di dalam dan luar negara, tetapi beliau masih pilihan mendiamkan diri.

Pihak pendakwaraya bukan sahaja tidak, malah enggan untuk mencabar kesahihan kenyataan saksi Mongolia tersebut di Mahkamah. Kenapa mereka enggan atau takut untuk mencabar kenyataan tersebut?

Kita perlu ingat membuat kenyataan palsu dalam Mahkamah adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara.

Ekoran daripada itu, masyarakat awam berpersepsikan bahawa kemungkinan besarnya adalah benar kerana pihak terlibat tidak atau takut untuk mengambil tindakan mencabar tuduhan ini.

Yang melucukan kita adalah orang yang terlibat membisu, tetapi ramai pengampunya heboh-heboh mendesak Tian mohon maaf, kalau dia pula boleh terima tuduhan, kenapa kaki sibuk pula melenting?

Saya yakin adalah lumrah, sesuatu yang tidak berani dicabar itu akan dianggap benar, walaupun ia mungkin sebeliknya.

Setujukah anda?

Tuesday, July 03, 2007

Polis Sendiri Kena Ugut!!??

Amat memeranjatkan kerana saksi utama dalam kes pembunuhan warga Mongolia telah memberikan keterangan bercanggah dalam mahkamah tinggi.

Saya bukan seorang peguam, demi untuk mengelakkan daripada dituduh menghina mahkamah; saya hanya ingin menekankan di sini:

a. Sejauhmanakah kerajaan serius atas kes ini kerana sudah berlaku:
- Pemadaman rekod imigresen.
- Pendakwa bantah pendedahan anggota gambar.

b. Kini, bagaimana kerajaan boleh bertolak-ansur seorang saksi diugut bunuh dalam kes melibatkan nyawa manusia?

c. Saksi tersebut sebagai seorang anggota Polis yang sepatutnya melindungi / menjaga keselamatan awam turut tunduk kepada tekanan? Kalau polis juga takut, bagaimana dengan kita sebagai rakyat biasa?

Oleh itu, marilah kita bersama-sama pantau apakah yang akan kerajaan lakukan untuk menegakkan keadilan, ketengahkan kebenaran dan melindungi kewibawaan Polis DiRaja Malaysia bahawa PDRM bukan senang dicabar.

Adakah semua kepincangan ini bertentangan dengan Konsep Islam Hadhari?

Apa pula akan Ketua kerajaan dan Menteri lakukan seterusnya? Tutup sebelah mata? Terus lawan untuk keadilan?

Apa pula pandangan anda?




Monday, July 02, 2007

Thailand Bukan Negara Buddha

Selepas membaca berita ini bahawa Suruhanjaya Perlembagaan Baru Thailand telah membuat keputusan tidak memasukkan Buddha sabagai agama negaranya. Ini bermakna, dari segi Perlembagaan, Thailand bukan Negara Buddha.

Saya memikirkan Suruhanjayanya memutuskan sedemikian mungkin kerana:

1. Cuba mengasingkan soal agama dengan politik.

2. Ingin menghormati kebebasan beragama oleh semua Rakyat Thailand.

3. Cuba mengelak orang politik menangguk ikan di air keroh atas isu agama.

4. Percaya dan yakin bahawa kepercayaan agama adalah keputusan individual, tidak perlu
paksaan Perlembagaan.

5. Walaupun hampir 95% rakyatnya beragama Buddha, mereka yakin agama Buddha tidak akan terancam kerana yakin dengan kepercayaan penganutnya; dengan itu "Tongkat" tidak diperlukan.

6. Cuba menonjolkan toleransi budaya agama Buddha.

7. Mereka yakin penyerapan nilai-nilai murni lebih penting dan bermakna dari melaung-laungkan menjadi wira perjuang mana-mana agama pun. Contohnya, rasuah adalah terkutuk oleh semua agama; dengan itu pelaksanaan membanteras rasuah adalah lebih bererti daripada mengelar diri sebagai Agama Buddha.

Saya melihat ini adalah satu keputusan yang wajar kerana atas dasar kebebasan beragama sudah cukup untuk sesiapa cuba mengagamakan mana-mana kerajaan. Cuba saudara/i bayang sekiranya (andaian) kerajaan Thailand menetapkan peraturan yang boleh menyebabkan:

1. Keluarga bahagia tercerai atau kucar-kacir semata-mata hanya perbezaan kepercayaan. Suami-isteri diceraikan tanpa rundingan, sebaliknya penahan paksaan dikenakan.

2. Sesiapa yang menganut Buddha tidak boleh tukar agamanya tanpa kelulusan orang politik.

3. Penganut agama lain sentiasa disekat atau diganggu untuk mengamalkan kepercayaan individual, contohnya di Selatan Thailand.

4. Semua warga tanpa mengira apa agamanya dipaksa untuk pelejari agama Buddha dan menjadi Sami sementara atau berpakaian Sami.

5. Pegawai Jabatan Agama Buddha melarang rundingan antara agama.

6. Semua keturunan Siam diwajibkan beragama Buddha sahaja, keturunan lain boleh mengamalkan agama masih-masih; tetapi mereka tidak boleh bertukar agama selepas mereka menganut agama Buddha.

7. Menetapkan wasiat penganut Buddha tidak boleh diwarisi oleh keluarganya kecuali keluarganya turut menganut Buddha.

8. Menetapkan penukaran menganut agama Buddha akan membatalkan sebarang Pendaftaran Perkahwinan yang dibuat sebelum itu.

Adakah saudara/i percaya seandainya beberapa contoh di atas berlaku, keseluruhan Thailand akan aman dan sentosa?

Apakah yang mungkin akan terjadi dengan Narathiwat da mungkin beberapa daerah lain?

Adakah anda sanggup melihat kehuru-haraan / pergaduhan agama berlaku akibat daripada penentuan Thailand sebagai Negara Buddha?

Saturday, June 30, 2007

Simbolik Kes Altantuya

Di bawah ini adalah sekeping gambar 3D di mana anda boleh klik membuat pembesaran, kemudian lihat dalam jarak lebih kurang 10 inci daripada skrin dengan tumpuan sepenuhnya. Kamu akan dapat melihat sebuah kapal terbang yang terang dan cantik.

Pada permulaan mungkin ia mengambil sedikit masa untuk menemui kapal terbang tersebut. Tetapi cubalah sehingga berjaya.

Apa yang saya kaitkan dengan perkembangan kes pembunuhan warga Mongolia itu adalah, kita perlu lihat dengan tumpuan penuh seperti melihat kapal terbang ini, nescaya kes tersebut mempunyai banyak perkara yang sudah tersurat, tetapi masih lagi tersirat. Dengan itu, berlakulah rekod imigresen mereka dipadamkan.

Marilah kita bersembayang ikut cara agama masing-masing agar mereka ini insaf segera, jangan me-reka-reka cerita lagi. Dengan itu saya merasakan gambar di bawah sinonim dengan kes itu.

Seringan Untuk Perokok

Amboi, lihatlah mereka bersembunyi dalam lubang untuk merokok?

Sebenarnya tidak, ia hanya merupakan sebuah lukisan siling yang dinampakkan seolah-olah perokok tersembunyi dalam lubang besar. Kreatif juga pelukis ini.





Rafidah: Tekanan Darah Naik Bercakap Dengan Duta EU

YB oh YB, kamu rasa tekanan naik bila cakap dengan orang yang keras kepala (ikut fahaman kamulah). Pernahkah YB berfikir untuk rakyat yang sudah 50 tahun tekanan darah naik kerana kepincangan pentadbiran BN / UMNO yang semakin kuat korup dan rasuah walaupun melaung-laungkan slogan Islam Hadhari?

Kalau YB rasa tekanan darah naik kerana sepatah ayat Duta EU, berapa kali gandakah tekanan darah rakyat melambong ketika melihat dana rakyat digunakan bina bangunan kerajaan bocor, pecah dan runtuh merata-rata?

Kalau hanya ayat ini menyebabkan YB rasa tekanan darah naik, pernahkah YB fikirkan penduduk kampung yang daif rumah mereka dirobohkan secara kekerasan? Ia jelas sekali rujuk kepada Kampung Berembang, Rimba Jaya dan Kg Chubadak?

Kalau baginilah prihatin YB, adakah menjadi hasrat YB untuk melawat beberapa buah kampung di mana rakyat kita masih menderita kerana persubahatan kerajaan dengan pemaju sanggup menggadai hak asasai perumahan orang kampung?

YB oh YB! Inilah hakikat dan wajar sebenar kononnya perjuang hak rakayt!




Kehandalan Peguam Negara

Pada ingatan saya, Peguam Negara Malaysia memang sudah menunjukkan kepakaran semenjak tahun 1998 selepas kemunculan Reformasi. Sepanjang tempoh ini, Peguam Negara sudah mendakwa beratus-ratus tahanan, tangkapan dan pendakwaan yang bermotifkan bau politik.

Apa yang amat menyedihkan kita, seolah-olah Peguam Negara hanya handal dalam urusan kes melibatkan parti pembangkang kerana sudah banyak kes besar yang termasuk kes pembunuhan juga dibebaskan oleh mahkamah kerana kepincangan pendakwaan mereka.

Petikan berita daripada laporan akhbar hari:

a. Seorang bekas DPP (Penolong Pendakwa Raya) telah menyatakan: "sepanjang 11 tahun beliau berkhidmat dalam Jabatan Peguam Negara, 99% pendakwaannya disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Tetapi, hari ini beliau berkhidmat sebagai seorang peguam bela, 99% anak guamannya dibebaskan oleh mahkamah."

Apakah implikasi kenyataan bekas DPP? Dimanakah kualiti pendakwaan mereka? Adakah kegagalan mereka disebabkan tidak ada kepakaran? Atau kegagalan mereka disebabkan oleh faktor lain? Apakah faktornya?

b. Pada waktu Tan Sri Eric Chia meraikan kebebasannya akibat daripada kegagalan Peguam Negara memanggil saksi-saksi penting dalam kes Perwaja; juga mempunyai ratusan penganut Hindu berpiket di depan Peguam Negara kerana gagal menjalankan tugas mereka walaupun ratusan laporan polis telah di buat yang melibatkan perobohan kuil-kuil Hindu.

Apakah sebab-sebab menyakibat mereka seolah-olah buta dan pekak tentang laporan rakyat? Dimanakah hala-tuju keutuhan kerajaan seperti yang termaktub dalam ayat ke-3 Rukunegara: Keluhuran Perlembagaan?


Altantuya & Kawan: Pendatang Haram

Pendedahan ahli kelaurga mangsa pembunuhan Altantuya telah mendedahkan satu tragedi yang memerangjatkan kita.

Tiba-tiba rekod kemasukan mereka sudah diajabikan hilang (kena minta bantuan Seekers cara sebabnya??). Wakil Peguam Negara menjelaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menyiasat sebab-sebab kehilangan rekod imigresen.

Saya percara, sekiranya Altantuya dan kawanya jika masuk dengan cara haram, adalah menjadi KEWAJIPAN kerajaan dan Peguam Negara minta siasatan lanjut. Sekiranya sahih mereka telah mencerobohi tanah air kita, tindakan undang-undang PATUT dikenakan ke atas mereka.

Tetapi, saya kurang faham seolah-olah Peguam Negara sudah hilang gigi taringnya untuk menegakkan kedaulatan unadang-undang negara.

Kenapa Peguam Negara enggan siasat lebih lanjut?

Adakah pemadaman rekod imigresen itu cuba memnyelematkan pihak tertentu?

Adakah Peguam Negara diarahkan oleh pihak tertentu agar jangan mencampuri hal ini?

Kini, bapa Altantuya sudah membuat laporan polis, kita sama-sama lihatlah apa alasan kerajaan, polis dan Peguam Negara berhujah?

Kalau kemasukan dalam tanah air itu perkara remeh-temeh, kenapa pula kerajaan heboh-heboh untuk menjalankan operasi penangkapan pendatang haram? Kenapa kawan Altantuya diberikan keistimewaan tidak dikenakan tindakan?

Pendedahan Koruspi Menteri UMNO

Berikut adalah gambar ekslusif ketika Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor menyerahkan buku laporan korupsi yang melibatkan seorang Menteri Kanan, Lalaki dari UMNO yang masih menyandang jawatan Menteri.

Buku laporan tersebut setebal 632 mukasurat yang memuatkan segala rekod hasil pengumpulan Gerak tempoh selama 6 bulan.

Apakah harapan anda ke atas Ketua Kerajaan Islam Hadhari?

Adakah anda percaya Menteri itu akan digantung kerja sementara tunggu siasatan?

Adakah anda yakin Menteri itu akan dikenakan dakwaan seperti pencuri wang saku?

Adakah anda yakin sungguhpun ada pendakwaan, tetapi masih dibebaskan kerana Pendakwa Raya gagal memanggil saksi penting untuk memberi keterangan seperti yang berlaku dalam Kes Eric Chia?

Adakah anda percaya kes ini juga akan disapu bawah kain carpet seperti ratusan kes sebelum ini?







Bagaimana Dengan Korupsi?

Ketika melabuh minum di Putrajaya semalam, kebetulan saya terlibat sebuah papan tanda yang memetik Surah Al-Baqarah 195 seperti gambarajah di bawah.

Sebenarnya kita sedar dan memang tahu bahawa punca kegagalan memerangi salah-guna dadah adakah kerana FAKTOR KORUPSI @ RASUAH. Kefahaman saya adalah sejajar dengan seruan / kenyataan Gerak (http://www.gerakmalaysia.org/) di mana tanpa kewujudan rasuah, dadah sudah lama dibanteraskan.

Hati saya tertanya-tanya, kenapakah kerajaan kita tidak tukar tajuk ini kepada: Rasuah Haram Di Sisi Islam - dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan [Al-Bawarah 195]?

Adakah adna setuju dengan penghapusan rasuah itu akan meredakan masalah penyalahgunaan dadah kerana penguatkuasaan akan membantutkan bekalannya?

Dengan itu, kita bersama-sama serulah kerajaan serta-merta mengyistiharkan Rasuah Haram Di Sisi Islam.


Saturday, June 23, 2007

Amaran kepada Amin dan Cikgu Bad

Pada 13 June 2007 (http://maibincang.blogspot.com/2007/06/demokrasi-yang-tulin-di-korea-gambar.html) saya sudah membicarakan keberanian Amin dan Cikgu Bad kerani berani mendesak kerajaan Korea panggil balik tentera mereka daripada Irag.

Dalam perbincangan yang sama, saya juga memohon mereka boleh tolong memberitahu kita kenapa kerajaan Korea tidak tuduh mereka campur urusan dalaman negara kerana mereka bukan warganegaranya. Dalam komen ditulis oleh Cikgu Bad, beliau menyatakan kesudiannya untuk memberitahu kita selepas komputernya berfungsi semula.

Memang dalam jangkaan, Tim PM hari sudah menegur 'Ambassador and Head of European Commission Delegation to Malaysia Theirry Rommel’s' kerana mengkritik DEB sudah ditafsirkan sebagai melanggar etika diplomat dan campur tangan urusan dalaman negara.

Boleh kita cadangan mana-mana yayasan daripada Korea memberikan satu tajaan sepertimana yang dinikmati oleh Cikgu Bad meneruskan pengajian Sarjana di Korea sambil mempelajari selok-belok tadbir kerajaan dengan dada yang lapang terus menjdai juara kampung?

http://www.malaysiakini.com/news/69034
Najib: Euro rep ‘interfering’ in our affairs
Jun 23, 07 6:37pm Adjust font size:

Deputy Premier Najib Abdul Razak today expressed regret over Ambassador and Head of European Commission Delegation to Malaysia Theirry Rommel’s comments on the New Economic Policy (NEP).

“Normally, an ambassador or envoy does not comment on the affairs of the country to which they are accredited.

“This has been the practice because when we comment on the policies adopted by the country concerned, it means we are interfering in the affairs of the host country,” said Najib according to Bernama today.

He said Rommel had contradicted the diplomatic practice and principles adopted by Malaysia.

Najib did not rule out the possibility of lodging an official protest against Rommel’s comments.