Saturday, February 06, 2010

Majlis Makan Malam Cabang Kajang

Malam 10/01/2010 ADUN Kajang YB Cikgu Lee telah mencatat sejarah kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Mesra Rakyat seramai 230 meja. Satu rekod sejarah di Kajang yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Penyokong darip segenap lapisan dan latar belakang hadir berikan sokongan dengan membeli tiket. Ramai pemimpin utama kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat meluangkan masa hadir sebagai tanda sokongan.

Mereka termasuklah Exco Selangor YB Dr. Xavier Jayakumar, YB William Leong, YB Tian Chua, Yg Berbgh Dato Zaid, YB Dr. Hatta Ramli, Exco Selangor YB Teressa Kok dan ramai Ahli-ahli Majlis PBT dalam Selangor.

Walabagaimana pun, Jawatankuasa Penganjur menghadapi masalah dengan pemohonan polis permit, ia mengakibatkan majlis makan malam terpaksa pinda ke dalam kampus New Era College.

Ahli Majlis MBSA En. Tan AK bersama dengan pemilik MediaRakyat merangkap Ahli Majlis MBPJ En. Chan Chee Kong.

Kenangan En. Tan dalam kampus New Era College.

Keluarga Pasukan Keadilan dan J/k Penganjur yang telah menjayakan majlis makan malam ini.

Tuan rumah YB Cikgu Lee bersalaman dengan penduduk Kajang.

YB Cikgu Lee sedang berikan ucapan alu-aluan.

YB Cikgu Lee menemani YB William Leong (kanan) dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR En. Low Chee Chong.

Ahli J/k Penganjur merangkap Ahli Majlis Kajang En. Lee Learn Eng (kanan) dan Ahli Majlis En. Ong.
YB William Leong sedang mengupas keadaan politik semasa kepada tetamu.

Exco Selangor YB Dr. Xavier Jayakumar turut hadir dan berikan penjelasan dasar-dasar Kerajaan Selangor.

Bendahari Pusat Pas YB Dr. Hatta Ramli mewakili Pas dalam majlis ini.

Veteren reformasi YB Tian Chua sudah pasti tidak boleh dikecualikan.

Sukarelawan sibuk promosikan Suara Keadilan versi Mandarin.

YB William Leong dengan wajah penuh keyakinan.

Yang Berbahagia Dato Zaid Ibrahim tiba di tapak majlis.

YB Dr. Hatta Ramli kata sesuatu menyebabkan YB Cikgu Lee dan En. Chan Chee Kong amat gembira.

YB Tian Chua sedang bisik sesuatu dengan YB William Leong.

Suasana majlis yang dipenuhi dengan 230 meja.


Disamping makan malam, Cabang Kajang juga mengambil kesempatan ini menubuhkan 25 Ranting baru.

No comments: