Monday, February 15, 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010

Salamat Tahun Baru Cina

Semua warga Malaysia dijemput hadir Majlis Makan Tahun Baru Cina pada 27/02/2010 seperti di bawah:



Sunday, February 14, 2010

Penenrangan FITNAH 2 pada 07/02/2010

Atas kesedaran serangan politik oleh Barisan Nasional menerusi salah-guna agensi-agensi perundangan seperti Peguam Negara telah sekali lagi mengiknsafkan golongan reformis untuk bangkit semula menentang kezaliman demi tegakkan kebenaran.

Lantaran itu, dengan daya-usaha golongan reformis telah berjaya mengumpulkan ratusan pendokong reformasi yang telah berkorban pada 10 tahun yang lalu. Barangkali ada yang telah letih, ada yang pencen, ada yang telah usia tinggi, ada yang telah tukar haluan dan dokongan; semua ini adalah amalan biasa perjuangan politik.

Satu majlis "re-uninite reformist" telah berlangsung di ibu pejabat PKR yang terletak di Tropicana. Dari situ, bertemulah ratusan kawan-kawan seperjuangan yang mungkin jarang berjumpa kebelakangan ini.

Kumpulan reformis yang terhempas-pulas sejak 10 tahun lalu masih konsisten dengan pendirian dan harapan. Ia termasuklah yang telah dimandatkan menjadi YB seperti Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, ADUN Rawang YB Gan Pei Nie, ADUN Kajang YB Cikgu Lee dan ramai lagi yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dalam negeri Selangor.

Puteri Reformasi dahulu hari sudah berumah-tangga. Dari kiri Ahli Parlimen Pantai YB Nurul Izzah, Ahli Majlis MBSA En. Adzhar Maluddin dan En. Tan AK.

Orang yang telah dipopularkan oleh SPRM atas tahanan yang katakan terlibat dengan sindiket curi pasir dalam Selangor En. Hussein merangkap Setiausaha kepada Exco kerajaan Selangor.
Dari kiri Ahli Majlis MPSJ En. Cheah Sang Soon, bekas Ahli Majlis MDKL En. David Cheong, Ahli Majlis MPK En. Azmizam, Ahli Majlis MBSA En. Tan AK & Ahli Majlis MBPJ En. Tang FK.
Sukarelawan yang bertugas pada malam tersebut, kanan adalah Ahli Majlis MPS En. Chee Chu Sang.
Pemilik MediaRakyat merangkap Ahli Majlis MBPJ En. Chan Chee Kong sedang membuat rakaman untuk MediaRakyat.

Walaupun dalam kesibukan, Ketua Pembangkang Kerajaan Persekutuan YB Dato Seri Anwar Ibrahim turut singgah untuk bertemu golongan reformis sambil berikan kata-kata semangat.

Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua sedang berikan penerangan, manakala Ahli Parlimen Kapar YB Manikawasagam di sebelahnya.

Sekuarelawan tertungkus-lumus bantu menjayakan program ini.

YB Tian Chua sedang berucap.

YB Nurul Izzah sedang berkongsi maklumat.

Rombongan dari Dewan Negeri Sri Muda tidak berkecuali daripada sumbang tenaga.

Ketua MediaRakyat jalankan tugas rakaman dengan penuh perhatian,

Timbalan Angkatanmuda Pusat PKR En. Fariz Musa turut hadir berikan ucapan.

Wanita dari DUN Sri Muda sedia berlawan.

Ketua Angkatanmuda Pusat PKR En. Shamsul Iskandar berikan ucapan dengan penuh semangat.
Ketua dan Timbalan Angkatanmuda PUsat PKR mempamerkan baju khas lawan "Fitnah II".
Reformis terkenal En Puspa Lingam dan En Harris Bakar, kedua-duanya berasal dari Shah Alam menyahut laungan Reformasi dengan penuh nada.

Wanita reformis yang terunggul sejak peringkat awal lagi kembali semula, iaitu Cik Nora. Beliau merupakan reformis wanita yang paling berani berhadapan dengan pasukan polis, tangkapan-demi-tangkapan tidak pernah meruntuhkan semangatnya.

Kumpulan dan kawan-kawan En. Puspa Lingam dari Taman Sri Muda Sek 25, Shah Alam tetap penuh semangat berjuang.


Beginilah reformis-reformis yang tegas bukan seperti segelintir katak-katak lain yang menyertai parti hanya untuk mencari keuntungan diri.

Wednesday, February 10, 2010

Sudah Bacakah Cerita Ini?

Boleh klik gambar di bawah untuk pembesaran memudahkan bacaan.


Saturday, February 06, 2010

Bantah Tukarguna Tanah Dekat Perumahan 03/01/10

Masalah yang ditinggalkan oleh bekas pentadbir / kerajaan Barisan Nasional di USJ 6 telah menimbulkan kontroversi tempatan.

Permasalahan asas adalah bekas kerajaan dengan kerjasama GLC telah membenarkan tukarguna sebidang tanah di USJ 6 sepetautnya kawasan lapang walaupun dimiliki oleh GLC menjadi "9 tingkat Commercial Tower".

Tukarguna ini dibantah oleh penduduk USJ 6 di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa di mana Seksyen 21(6) menyatakan hak jiran untuk membantah.

Wakil rakyat USJ YB Hanna Yeoh bersama dengan beberapa rakan sejawatnya termasuk YB Tony Phua, YB Khalid Samad, YB Edward, YB Dr. Nasir dan pemimpin persatuan penduduk telah sekali lagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Dato Menteri Besar melalui YB Hanna Yeoh.


YB Khalid Samad, YB Edward & YB Hanna Yeoh turun padang menemu penduduk USJ 6.

Pemimpin persatuan penduduk USJ En. Melvin.

Wartawan sibuk membuat catatan ucapan, ada seorang di belakang memakai cermin mata yang tidak dikenali hanya merekod rakaman video. Anda kenalinya?

YB Khalid Samad berikan kenyataan akhbar.

YB Edward berikan ucapan sambil disaksikan oleh YB Hanna Yeoh & YB Dr. Nasir.
YB Dr. Nasir berikan kenyataan.
Wakil Persatuan Penduduk menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Dato Menteri Besar melalui YB Hanna Yeoh.

Majlis Makan Malam Cabang Kajang

Malam 10/01/2010 ADUN Kajang YB Cikgu Lee telah mencatat sejarah kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Mesra Rakyat seramai 230 meja. Satu rekod sejarah di Kajang yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Penyokong darip segenap lapisan dan latar belakang hadir berikan sokongan dengan membeli tiket. Ramai pemimpin utama kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat meluangkan masa hadir sebagai tanda sokongan.

Mereka termasuklah Exco Selangor YB Dr. Xavier Jayakumar, YB William Leong, YB Tian Chua, Yg Berbgh Dato Zaid, YB Dr. Hatta Ramli, Exco Selangor YB Teressa Kok dan ramai Ahli-ahli Majlis PBT dalam Selangor.

Walabagaimana pun, Jawatankuasa Penganjur menghadapi masalah dengan pemohonan polis permit, ia mengakibatkan majlis makan malam terpaksa pinda ke dalam kampus New Era College.

Ahli Majlis MBSA En. Tan AK bersama dengan pemilik MediaRakyat merangkap Ahli Majlis MBPJ En. Chan Chee Kong.

Kenangan En. Tan dalam kampus New Era College.

Keluarga Pasukan Keadilan dan J/k Penganjur yang telah menjayakan majlis makan malam ini.

Tuan rumah YB Cikgu Lee bersalaman dengan penduduk Kajang.

YB Cikgu Lee sedang berikan ucapan alu-aluan.

YB Cikgu Lee menemani YB William Leong (kanan) dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR En. Low Chee Chong.

Ahli J/k Penganjur merangkap Ahli Majlis Kajang En. Lee Learn Eng (kanan) dan Ahli Majlis En. Ong.
YB William Leong sedang mengupas keadaan politik semasa kepada tetamu.

Exco Selangor YB Dr. Xavier Jayakumar turut hadir dan berikan penjelasan dasar-dasar Kerajaan Selangor.

Bendahari Pusat Pas YB Dr. Hatta Ramli mewakili Pas dalam majlis ini.

Veteren reformasi YB Tian Chua sudah pasti tidak boleh dikecualikan.

Sukarelawan sibuk promosikan Suara Keadilan versi Mandarin.

YB William Leong dengan wajah penuh keyakinan.

Yang Berbahagia Dato Zaid Ibrahim tiba di tapak majlis.

YB Dr. Hatta Ramli kata sesuatu menyebabkan YB Cikgu Lee dan En. Chan Chee Kong amat gembira.

YB Tian Chua sedang bisik sesuatu dengan YB William Leong.

Suasana majlis yang dipenuhi dengan 230 meja.


Disamping makan malam, Cabang Kajang juga mengambil kesempatan ini menubuhkan 25 Ranting baru.