Thursday, August 23, 2007

Kepelbagaian Dalam Parti Keadilan Rakyat

Kebalakangan ini, UMNO dan MCA sudah lebih agresif untuk menunjukkan belang masing-masing sebagai jaguh keturunan masing-masing. Pemimpin UMNO mengertak MCA diam dalam isu Negara Islam umuman TPM.

Minggu lalu, Ketua Pemuda MCA pula membalas mengibarkan keris adalah tanda keganasan, sebeliknya pemimpin negara wajar mengibarkan Perlembagaan. Lebih daripada itu, teks ucapannya yang tidak diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia menyatakan: Orang Tidak Mencabar Saya, Saya Tidak Mencabar Orang; Jika Orang Mencabar Saya, Saya Pasti Mencabar Orang.

Lantaran itu, Timbalan Ketua Angkatanmuda Parti Keadilan Rakyat segera membongkarkan kehiproprikan UMNO dan MCA itu. Faris Musa menyatakan semua ini adalah satu permainan politik BN agar rakyat bertakutan dan UMNO / MCA terus menangguk ikan di air keroh dengan memecah-belahkan perpaduan rakyat.

Sebaliknya, gambar membuktikan kepelbagaian Parti Keadilan seperti berikut:

Timbalan Presiden Parti Dr Syed Husin, Ketua Angkatanmuda Shamsul Iskandar, Naib Ketua AMK Manikawasagam dan Shaidah.

Barisan kepimpinan dan penyokong Keadilan berbagai keturunan sentiasa bertemu, berbincang dan berkerja: Gunalan – EXCO AMK Pusat, Cheah Sang Soon – Niab Ketua AMK Selangor, Ming Kai – EXCO AMK Pusat, Khairul Anwar – Naib Ketua AMK Pusat, penyokong dan Nurin bekas Ketua AMK Johor.

Faris Musa – Timbalan Ketua AMK Pusat yang membidas sendiwara UMNO-MCA dalam merebut kejuaraan jaguh memainkan isu perkauman.

Cheah dan Shamsul bersalaman.

Low Teik Hai – Ketua Penerangan Angkatanmuda Pusat.
Sengsara Nelayan Pasir Penampang

Ini adalah merupakan petikan laporan akhbar atas isu penindasan kerajaan ke atas golongan nelayan di Pasir Penampang selepas berpiket pada ahad yang lalu dengan bantuan Timbalan Ketua Perhubungan Selangor Keadilan Hee LH dan YB Ng – Skinchan.

Program ini memdapat liputan yang meluas, lalu Jabatan Perikan teleah membalas bahawa penemuan dengan nelayan akan diadakan untuk mencari jalan penyelesaian.








Koridor Utara Mainan Politik?

Mingguan Keadilan telah menganalisa sejauhmanakah keberkesanan koridor utara akan memanfaatkan rakyat. Sila klik gambar untuk pembesaran, baca dan menilai sendiri.



Contoh Pencabulan Hak Asasi Manusia

Manusia yang bertamadum tanpa mengira apa agama pun wajar mempertahankan hak asasi manusia. Sebarang pencabulan wajib dikutuk seperti tahanan politik tanpa bicara, penyeksaan fizikal atau mental sewaktu tahanan, mengugut, menfitnah dan membelasah tahanan tanpa bicara yang adil.

Bagi ditaktor yang berkuasa pada hari ini perlu ingat; suatu hari nanti zuriat / anak-cucu pula suatu hari nanti akan diseka balas oleh orang lain. Tiada sesiapa yang akan berkuasa selama-lamanya. Oleh itu, insaflah segera sebelum terlambat kerana peneksaan adalah satu DOSA BESAR DI SISI AGAMA.














Tuesday, August 21, 2007

XPDC 'Belia Benci Rasuah' Oleh GERAK

Isnin (20/8) lalu, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah Berjaya menganjurkan Ekspedisi Solo Menjelajar Semenanjung sambil menyerahkan Memorandum “Merdeka daripada Rasuah” semperna meraikan hari kebangsaan hujung bulan ini.

Program ini dijalankan oleh Zainuddin dengan tajaan Gerak. Shah Alam adalah titik tolak yang pertama pada pukul 9.30 pagi. Begitu juga, memorandum yang pertama telah disampaikan kepada Menteri Besar Selangor mendesak kerajaan negeri menerapkan tekad pentadbiran bersikap ANTI KORUPSI.

Walaubagaimana pun, penyerahan di pejabat Menteri Besar Selangor tidak dipandang berat kerana wakil ekspedisi dan Pengerusi Gerak negeri tidak dibenarkan (apatah lagi dijemput masuk ke pejabat sebagai tanda hormat dan menyanjung gerakan anti korupsi) ke dalam kwasan pejabat. Memorandum itu hanya boleh diserahkan kepada Pegawai Media DU LAUR PINTU PAGAR. Beginilah sikap kerajaan negeri Selangor.

Ezam – Pengerusi Gerak Malaysia mengibarkan bendera sebagai tanda pelancaran.

Pengerusi Gerak memberikan kata-kata semangat kepada Zainuddin.

Ghani Haron - Penarah Program Ekspedisi memberikan galakan semangat kepada Zainudin sebelum bertolak.

Syed – rakan Zainudin turut mendoakan Zainudin selamat berekspedisi.

Nyanyian lagu Negaraku dimainkan sebelum Zainudin bertolah sebagai tanda cinta negara.

Pengarah Program ditemuduga oleh para wartawan telah ekspedisi ini.

Pengerusi Gerak membaca deklarasi – Merdeka Dari Korupsi.

Johari dan Zainudin – bersama menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar DI LUAR PINTU PAGAR.

Pegawai Media Menteri Besar Menahan di pintu pagar untuk menerima memorandum agar rombongan Gerak tidak masuk ke dalam pejabat.

Rombongan Gerak sedang berjalan menuju ke pintu pagar pejabat Menteri Besar.

Zainuddin ditemuduga oleh wartawan tentang impiannya agar Malaysia Bebas dari Korupsi dan Belia Benci Rasuah.

Rombongan yang hadir memberikan sokong kepada Zainuddin, termasuk Setiausaha Pengerusi Siti.

Memorandum yang telah dichop terima oleh Pegawai Media.






















Rombongan meninggalkan Baungan PKNS di belakang selepas penyerahan.

Monday, August 20, 2007

Warga Pasir Panampang Diseksa

Beginilah wajar dan kesedihan akibat daripada dasar BN yang menekan kumpulan orang miskin. Semangat Dasar Ekonomi Baru: Menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan nampaknya hanya slogan semata-mata.

Nasib penduduk Pasir Penampang bukan sahaja tidak pernah dibela, malahan terus ditekan dan dianaktirikan. Hari ini kehidupan mereka dalam keadaan tertekan, tidak ada harapan pada hari esok kerana kos kehidupan harian kian meningkat; lalu terus mencengkam orang kampung yang sudah putus sumber pendapat.

Dalam keadaan ini, wakil rakyat yang lantang laung di sini-sana sewaktu pilihanraya terus menghilangkan diri. Waktu kempen pilihanraya, calon masuk rumah, masuk kampong tengah malam; JKR buat kerja baiki jalan dan jambatan 24 jam sehari.... Lepas kemenangan, raykat terus sengsara akibat daripada dasar yang tidak tansparen.

Adakah masalah seumpama ini hanya boleh mendapat perhatian dan menyelesaikan pada waktu wakil rakyat situ mati atau ada pilihanraya kecil?

Ini bukan hati busuh rakyat, sebaliknya hanya untuk menuntut masalah orang miskin mendapat perhatian yang sewajarnya.