Sunday, November 11, 2007

Demam Kuning 2 - Suasana Depan Istana Negara

Perhimpunan ini bukti mengangkal kenyataan bila kumpul mesti kacau-bilau. Sebenarnya, hadirin-hadiran telah menunjukkan disiplin yang amat baik, sambil dibantu oleh Unit Amal yang berpakaian Baju Kemerahan. Petugas Amal ini berganding-bahu mengamal pergerakan orang awam.

Dengan ini sah bahawa rakyat memang pencinta keamanan, keadilan dan kebenaran; kecuali dihasut atau sabotaj oleh kumpulan penyamal untuk menghuru-harakan keadaan seperti berlaku di Pahang sebelum ini.
















Demam Kuning 3 - Keadaan Istana Negara

Walaupun rakyat dibasahi air hujan, dimandi air asid FRU (Masjid Jamek) namun semua tidak patahkan semangat bahawa tuntutan itu lebih penting daripada sedikit pengorbanan yang ditanggungnya.

Semua duduk dengan sabar di atas jalanraya sambil mendengar musik percuba (bunyi helikopter yang sengaja terbang rendah untuk membuat bising - entah ini patuhi peraturan penerbangankah?)

Selepas Memorandum berjaya diserahkan kepada wakil DYMM Yang DiPertuan Agong, rakyat mulai bersurai dengan aman.














Demam Kuning 4 - Dari Istana Balik Masjid Negara

Selepas penghantaran Memorandum oleh pemimpin, rakyat berjalan kaki pulang ke Masjid Negara, manakala separuh lagi pulang ke Pasar Seni.

Lengkaplah perhimpunan aman ini. Lihat sambutan yang rakyat, termasuk di atas jambatan belakang Ibu Pejabat KTM.














Saturday, November 10, 2007

Kesabaran Rakyat Pakistan Meletup!

Mana-mana warganegara adalah manusia biasa. Setiap manusia mempunyai kesabaran yang terhad walaupun setiap orang mempunyai tahap meletup yang berbeza-beza.

Namun sedemikian, perlu disedari bahawa pencapaian tahap meletup kesabaran mana-mana manusia bagaikan "Time Bomb". Apabila tekanan seseorang itu meletup, umpamanya maka berlaku pembunuhan murid-murid sekolah di Amerika Syarikat amnya.




Dalam konteks yang lebih luas, kesabaran rakyat di Pakistan telah mencapai takat didih akibat daripada ketamakan orang-orang politik menggadai kepentingan negara. Maka, ramai peguam telah turun jalanraya cuba menegakkan keadilan sosial.

Dari satu sudut yang lain pula, sebagai seorang pemerintah yang merasai keusangan riwayat politiknya, dia akan sanggup melakukan apa jua cara untuk memanjangkan jangka hayat politiknya. Prinsip, etika, kemanusian, hak asasi, peraturan dan ajaran agama tidak wujud lagi dalam sanubarinya. Maka, berlakulah kekejaman dan penindasan secara kuku besai, sepertimana kita saksikan di Myanmar dan Pakistan baru-baru ini.




Dalam pada itu, kenapa pula kepada pemimpin yang lain mempelajari daripada sejarah?

Kenapa pula mereka tidak boleh mengundur diri jika sudah tidak disukai oleh rakyat lagi?

Kenapa pula ramai pemimpin negara masih mengamalkan "sifat kemunafikan politik" jika inginkan jangka hayat yang lebih panjang?

Adakah ini sikap manusia yang mustahil dikikis?
Kenapa Takut Perkataan REFORM?

Petang tadi telah menyaksikan keberanian rakyat berhimpun merayu perhatian DYMM Yang DiPertuan Agong menangani masalah kepincangan sistem pilihanraya dan kedustaan SPR sebagai sebuah badan berkanun bebas dan berkecuali.

Forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam tepat pada masanya membicarakan krisis kehakiman yang membabitkan video klik yang didedahkan oleh salah seorang pemimpin pembangkang.



Perdana Menteri sudah berulang kali menyebut hasratnya untuk mendengar kata benar daripada rakyat. Akan tetapi, pada waktu yang sama juga, sejauhmanakah rintihan rakyat dipandang berat?



Bilakah Kerisauan rakyat diberikan perhatian yang sewajarnya?

Adakah kerajaan sungguh ikhlas untuk bertindak jika rakyat sudi berkata benar?

Lantaran itu, adakah kerajaan akan menyahut seruan bekas Ketua Hakim Negara selaku Sultan Negeri Perak untuk reform struktur kehakiman untuk memelihara kewibawaan negara dan memartabatkan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG serta KELUHURAN PERLEMBAGAAN yang termaktub dalam RUKUNEGARA?