Tuesday, June 12, 2007

Suara Hati Rakyat Kepada Pembangkang

Sebelum dan semasa pilihanraya kecil Ijok, telah kami nyatakan beberapa kali dengan jelas akan kepentingan pembangkang membentangkan satu “Manifesto – Pembaharuan Pentadbiran Kerajaan” akan parti pembangkang ketengahkan.

Hari ini, sekali lagi, pendudukan Pulau Pinang telah menyuarakan suara hati mereka melalui pertikan temubual pengundi di situ melalui ringkasan penterjemahan.

Petikan daripada: http://www.malaysiakini.com/news/68519

反对党毫无对策,只争曝光率

Pembangkan tidak mempunyai policy gentian, hanya pandai mencari publisiti

但是,黄文强也批判反对党在马华打出“民生牌”和“发展牌”时,根本没有对策回应,也因此对民生课题不那么关注,由非政府组织来推动。

Tetapi, Wong juga mengkritik parti pembangkan gagal membidas polisi “pembangunan dan masalah tempatan”, mereka tidak mempunyai strategi langsung, disamping itu juga kurang memberikan perhatian ke atas isu-isu tempatan yang lebih dipikul oleh NGO.

陈利威:反对党师出无名

Tan: Pembangkang Tiada Status

槟州土生土长的评论人陈利威就直接向反对党倒下一盆冷水,表示目前虽然吹起反风,但是并不如90年代般强烈。况且,反对党至今在槟州也无法提出任何让选民信服的竞选宣言。

Seorang penganalisa tempatan Tan secara terus terang mencurahkan air sejuk kepada pembangkang. Beliau menyifatkan sungguhpun sedang meniup angina pembangkan, tetapi ia tidak sehebat tahun 1990an. Lebih daripada itu, pembangkang hari tetap gagal menyakinkan pengundi atas polisi dan manifestonya.

他认为槟州反对党在这次大选中师出无名,而林冠英亲征槟州的说服力也不大。

Baliau berpendapat pembangkang tiada status, walaupun ia mungkin dipimpini oleh Lim Guan Eng kekal tidak berdaya mencipta keyakinan.

“很多时候,反对党还是纠缠于口水战,无法向选民提供一个明确的替代方案,甚至只能喊出‘保住华人首席部长’之类的口号。反对党现在的策略非常凌乱,并不如90年代非常明确。在90年代,行动党就高喊改朝换代,切合当时民众求变的心理。”

“Sering kali, pembangkang hanya handal menyorak, tidak mampu mempamerkan satu polisi yang kukuh menyakinkan, sebaliknya hanya melaung-laungkan slogan seperti “Pertahankan Ketua Menteri Cina”. Strategi pembangkang kelam-kabut, kurang jelas dibandingkan dengan 1990an. Pada 1990an DAP menyebut MASA UNTUK PERUBAHAN memang menarik perhatian rakyat.

槟城自救会负责人黄文强也认为,就算反对党能在下届大选中胜出,也不是靠本身的努力脱颍而出,而是依赖国阵施政错误所引起的民怨。

Jurucakap SOS Penang Wong berpendapat, jikalau pun pembangkang mencapai kemenangan pada pilihanraya akan dating pun, kemenangan itu bukan hasil daripada kekuatan mereka, sebaliknya lebih bergantung ke atas kesilapan dan kelamahan BN itu sendiri.

Oleh kerana itu, barisan kepimpinan pembangkang wajar mengambil perkara ini dengan serius agar boleh mencapai satu kejayan yang lebih besar pada pilihanraya ke-12.

Jangan pula, kita hanya sibuk dengan peragihan jawatan dalam parti, kerana jawatan parti itu hanya bermakna kita menang dalam pilihanraya. Jika tidak, hanya menjadi Jaguh Kampong.

Monday, June 11, 2007

Perhatian Kepada MPT - PKR

Merujuk kepada laporan Malaysiakini hari, saya tidak tahu asal-usul pertikaian politik melibatkan beberapa bahagian daripada negeri Kedah. Saya percaya kepimpinan MPT dan President berkeupayaan untuk mencari satu rumusan penyelesaian yang bijaksana.

Namun sedemikian, saya rasa adalah satu tanggungjawab dan keperluan untuk kepimpinan PKR di peringkat Pusat dan Negeri mengambil perhatian yang berat dan serius tentang rintihan penyokong bawahan bahawa:

1. Kepimpinan Pusat kurang prihatin terhadap perasaan ahli bawahan.

2. Kepimpinan Pusat kurang turun padang (takut risiko) telah saya huraikan panjang lebar sebelum ini. Mereka hingga tidak menggalakkan Anwar untuk menerajui Presiden parti.

3. Komunikasi dalam pentadbiran parti perlu diperbaiki. Ada rintihan bahawa berlaku kesukaran untuk berjumpa dengan peminpin secara amnya.

4. Mungkin ahli bawahan merasakan kepimpinan kurang menghargai pengorbanan dan sumbangan ahli akar-umbi. Lanjutan itu, pemimpin "payung-terjun" dirasakan kurang senang hati kerana mereka tidak / belum ada rekod dalam sumbangan kepada parti. Dalam soal ini, satu keseimbangan perlu dijaga agar tidak menawarkan hati pekerja bawahan parti yang juga mungkin berkelayakan untuk menjadi pemimpin, tetapi jarang diberi pengikhtirafan.

Sejuahmanakah kepimpinan menerima kritikan ini sedekit sebanyak akan mempengaruhi semangat perjuangan ahli akar-umbi.

Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya? Tolong 'habak kat orang MPT' bacalah cadangan dan pandangan blog ini tentang pengurusan parti. Ia mungkin lebih mencermin perasaan dan kehendak ahli parti secara umum.


________________________________________________

Petikan berita: http://www.malaysiakini.com/news/68466

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai dilanda krisis ekoran sebahagian besar bahagian parti itu tidak sehaluan dengan gaya kepimpinan pusat yang didakwa mereka lebih mengutamakan golongan "VIP" dalam parti itu.

PKR Baling dibubarkan minggu lalu dan bekas ketuanya, Radzi Md Lazim mendakwa ia sebagai membantah membantah sikap pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang mengutamakan golongan berkedudukan tinggi.

Ekoran sikap tersebut, dakwanya, pucuk pimpinan parti telah mengenepikan pemimpin peringkat bahagian yang berjuang dalam parti sejak PKR ditubuhkan pada 1999.

"Kami tidak minat dengan cara kepimpinan Anwar yang mengutamakan golongan tertentu, terutama korporat, dalam kepimpinan walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dan tidak pernah bergaul dengan rakyat," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.

Radzi berkata, beliau kecewa kerana pucuk pimpinan PKR tidak menghiraukan orang kebanyakan yang berjuang dan bergolok bergadai dalam parti sejak 1991, sebaliknya mengutamakan golongan yang berkedudukan.

Perkara ini, katanya, tidak berlaku semasa Anwar berada dalam penjara tetapi hanya terjadi setelah beliau dibebaskan dan diberi peranan sebagai penasihat PKR.

Gagal jumpa Anwar

"Seorang demi seorang orang korporat dibawa masuk ke dalam parti tetapi mereka ini tidak turun padang dan keadaan ini menyebabkan penyokong akar umbi merasa tersisih.

Sunday, June 10, 2007

TPM Tuduh SPR?

Menurut keratan akhbar ini, TPM Najib Tun Razak telah menuduh PAS memunggal pengundi untuk memastikan kemenangan di Kelantan.

Sebagai seorang warga yang waras, adakah kenyataan ini boleh diterima? Adakah beliau cuba membudak-budakkan atau membodohkan kepintaran rakayt?

Ini kerana sekiranya tuduhan ini benar berlaku, ini bermakna fakta pembangkang selama ini sahih di mana SPR telah GAGAL melaksanakan amanahnya sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang tulus dan adil? Lanjutan daripada itu, adakah TPM setuju Pengerusi dan Setiausaha SRP patut digantung kerja serta-merta kerana menyebelahi PAS? Kalau TPM tidak setuju kenapa?

Pada hakikatnya, memang sudah seperti 'bau bacang tidak boleh dibungkus lagi' SPR sudah lama menjadi peralatan UMNO dan BN sebagai boneka mereka.

Kepada siapa Pengurusi SPR bertanggungjawab?

Kepada siapa Pengerusi SPR melapor?

Siapa yang bertanggungjawab memberikan cadangan kepada DYMM Tuanku untuk dilantik menjadi Pengerusi SPR?

Dalam usaha memastikan tidak ada penyelewengan dalam pilihanraya, BN termasuk MCA, Gerakan dan UMNO jelas minggu lalu tidak berani memberikan sambutan baik atas cadangan menggunakan INK JARI pada pilihanraya yang akan datang. Seandainya BN dan TPM tulus dan ikhlas, kenapa tidak berani menyokong pelaksanaan INK?

Adakah penggunaan INK ini akan memihak kepada pihak pembangkang? Pastinya tidak, sebaliknya ia akan MEMATIKAN tektik kumpulan tertentu menaja orangnya mengundi beberapa kali di kawasan yang berlainan.

Kesimpulannya: tuduhan TPM ini nampaknya "tepuk air kena muka sendiri"!!!
Selamat Pengantin Baru

Mengambil kesempatan ini tidak ketinggalan juga mengucapkan selamat pengantin baru kepada Perdana Menteri kita.

Lanjutan daripada itu, adakah menjadi harapan kita PM yang lebih bahagia berumah-tanggan ini akan dapat lebih memenuhi tuntuan rakyat agar ia lebih sejajar dengan Islam Hadharinya. Umpamanya:

1. Memenuhi tuntutan rakyat agar SPR lebih adil dan tulus dengan melaksanakan beberapa rombakan penting, seperti:

a. Menggunakan INK JARI.
b. Menghapuskan undi POS.
c. Sumpahan tidak undi "hantu tetapi kaki menyentuh bumi".
d. Berjanji tidak akan berulang "BUY-ELECTION" laig.
e. Tempoh kampaign yang lebih panjang.
f. Pemerintah tidak salah-guna jentera kerajaan untuk menindas pembangkang.

2. Memansuhkan dan membebaskan semua tahan ISA.

3. Bertekad memindahkan BPR di bawah pantauan Parlimen.

4. Bersungguh-sungguh membasmi Rasuah serta-merta dengan menyiasat semua kes yang libatkan dana awam. Ia termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat tuduhan Anwar Ibrahim ke atas TPM dalam urusniaga Shukoi dan Kapal Selam. Rakyat juga ingin tahu siapa dusta di antara dua tokoh pemimpin terkenal negara.

5. Memastikan semua projek kerajaan tidak "BOCOR" lagi.

6. Bersumpah dan menjawab semua persoalan yang berhubung kait dengan Kes Pembunuhan Altantuya kerana kepincangan menegakkan keadilan pasti akan mengaibkan nama baik dan kewibawaan negara selaku Pengerusi Negara-negara Islam serta mencemari kesucian slogan "ISLAM HADHARI".

Mungkin ada rakayt yang akan meminta lebih daripada ini, tetapi saya rasa kadar cukup untuk PM kita melaksanakan tugasan di atas dalam tahun ini. Tahun depan baru kita bagi target baru pula.
Kerajaan Takut Dialog Antara Agama?

Satu dialog di antara agama telah berjaya dilangsungkan minggu lalu di Hotel Armada Petaling Jaya. Jika berbanding dengan kerajaan BN / Islam Hadhari membatalkan dialog antarabangsa pada saat terakhir bulan lalu; jelas kita melihatkan NGO dan pembangkang lebih tulus dan ikhlas untuk memupuk persefahaman antara agama melalui perbincangan, runding dan bertukar-tukar pandangan / pendapat.

Sudah pasti "musyawarah" ini akan menyediakan satu platfom untuk rakyat bersemuka sambil mencari satu rumusan atau pencapaian untuk meminimakan salah-faham antara satu sama lain.

Sewajarnya ini adalah tugasan kerajaan, malangnya mereka seolah-olah teramat berat tulang walaupun telah berlaku perbincangan panas tentang beberapa kejadian yang memerlukan perhatian dan menyelesaian segera. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, pasti kita tidak akan menyudikan keadaan ini berlarutan.

Namun sedemikian, adakah anada tahu kenapa pihak kerajaan masih mendiamkan diri?
Anwar De-Factor Menteri Pendidikan?

Kenang kembali pilihanraya kecil Ijok bulan April'07, BN amnya dan MCA khasnya telah menuduh bahawa semua masalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim kerana beliaulah yang melaksanakan / mengenakan syarat-syarat yang ketat dan tidak-adil ke atas SRJKC.

Maka, tercetuslah krisis 1988 Gerakan Lalang. Sementara saya mengenepikan tingkah-laku Anwar pada waktu itu (bukan kerana memihak kepadanya, tapi sekurang-kurangnya beliau telah mengaku silap dan kata maaf), juga saya ketepikan apakah peranan dan pengaruh MCA dalam MCA dalam BN (bukan kerana saya tidak sokong MCA); namun apa yang berlaku pada hari di mana MCA dan Setiausaha Agong Pemuda MCA yang teramat lantang mengecam Anwar pada bulan April lalu; maka kini jawablah hari ini adakah Anwar masih Menteri Pendidikan pada hari? Kalau tidak kenapa tergedi yang sama berulang lagi? Kenapa Timbalan Menteri Pendidikan MCA terikat tangan tidak boleh selesaikan masalah ini serta-merta?

Nota: Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Guru Besar SRJKC menandatangan Surat Persetujuan untuk menerima tenaga pengajar yang tidak faham Bahasa Mandarin ke SRJKC. Atas desakan Jabatan, Gurubesar terpaksa tunduk kepada tekanan, namun MCA perlu menjawab adakan sekali lagi ini arahan Anwar Ibrahim. [Memang ada tenaga pengajar tidak faham Mandarin diagihkan ke SRJKC, tetapi ia hanya terhad kepada pengajaran Bahasa Malaysia dan English sahaja].

Sekali lagi di sini, terbukti MCA hanya menjadi Pak Turut atau Pak Angguk dalam BN / UMNO sepertimana disebut oleh Anwar Ibrahim. Maka, kata Anwar yang perlu ditukar adalah SISTEM, bukan orangnya kerana jika sistem tidak berubah, siapa yang menyandang jawatan itu tetap akan mencangkam rakyat juga. Hujah Anwar.

Mampukah MCA mengubah sistem yang sedia ada?

Anti-Korupsi China vs Islam Hadhari

Akhbar hari ini melaporkan ketegasan kerajaan China dalam proses memerangi rasuah dan korupsi melibatkan wang rakyat. Di antara tahun 2000-2007, seramai 8 pegawai tertinggi telah dihukum "MATI" oleh mahkamah. Mereka termasuklah pangkat setanding dengan Malaysia seperti Menteri, Timbalan Menteri Besar (Deputy Province Governor), Ketua Setiausaha Menterian, Panglima Tentera, Ketua Pengarah Jabatan, ahli Parlimen dan sebagainya. (Keratan akhbar di bawah)

Berapa hari yang lalu, seorang pegawai tertinggi dari "Bandaraya Tian Chin" telah mumbunuh diri kerana takut disiasat korupsinya. (Keratan akhbar di bawah).

Lanjutan daripada gelombang anti-korupsi, ini bukan kali pertama koruptor membunuh diri. Sebaliknya telah banyak kali koruptor kerana takut dihukum, maka memilih untuk menamatkan hayatnya sendiri sebelum di tahan.

Memindah tumpuan dalam negara, slogan Islam Hadhari berkumandang lantang, tetapi tidak berhap satu jurung pun di tahan.

Yang nyata, Anwar Ibrahim telah berulang puluhan kali baik dalam negara mahupun di siaran televisyen antarabangsa membuat kenyataan, beliau ada bukti Menteri Pertahanan menerima komisan beribu juta ringgit.

Saya tidak tahu sejauhmanakan tuduhan Anwar itu sahih, tetapi yang anehnya kerajaan masih berpeluk-tubuh dan orang dituduh juga tidak berani mengambil tindakan balas kerana Anwar fitnah.

Maka sini telah timbul prasangka masyarakat atas kredibility kerajaan? Saya akan sokong kerajaan Anwar WAJIB dikenakan hukuman sekiranya beliau hanya kadar menfitnah orang lain semata-mata. Saya pasti anda akan setuju dengan saya bahawa: sejajar dengan Islam Hadari. FITNAH ITU ADALAH LEBIH BAHAYA DARIPADA MEMBUNUH.

Entah bagaimana tidak pihak berani dan mahukan keadilan ditegakan, lebih-lebih lagi nama bersih Menteri Pertahanan tidak boleh dibersihkan tanpa siasatan yang adil dan transparen.

Apa hang kata?


Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan Akta Bebas Maklumat

Minggu lalu membaca laporan Menteri Besar Kelantan telah menolak kedua-dua perkara di atas dengan alasan fakto kos perbelanjaan dan maklumat rasiah kerajaan tidak boleh diumumkan.

Secara langsungnya, nyata di sini pihak PAS juga mungkin berfikiran sama dengan BN / UMNO kerana BN juga enggan memulangkan hak undi ke-3 kepada rakayat untuk memilih kerajaan tempatan. Akibat daripada itu, rakyat sentiasa terkongkong dengan birokrasi kerajaan tempatan yang memang rendah akauantablitinya.

Umpamanya, Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya melapor kepada Perdana Menteri, Jawatankuasa Penasihat hanya atas nama sahaja tidak berfungsi langsung. Ekorannya, banyak masalah rakayt tidak boleh diselesaikan kerana kurang "check and balance" kuasa kerajaan tempatan.

Berhubungan dengan kebebasan amklumat pula, kita bukan minta kerajaan dedahkan semua dokumen; tetapi yang tidak melibatkan keselamatan kerajaan seperti perbadanan / penswastaan air tidak ada sebab kenapa tidak boleh didedahkan kepada umum sekiranya ia bebas dari sebarang kesangsian.

Pas sebagai kerajaan tunggal selain daripada BN sewajarnya memberikan keteladanan yang lebih baik dan nyata untuk memdesak BN dan UMNO mengolak langkah mengikut jejak Pas. Dukacitanya, janji BA kini tidak terlaksana, kemudian apakah kita akan menabur janji yang sama pada pilihanraya ke-12 akan datang?

Sementara kita mengkritik BN, apakah yang akan BA lakukan selepas memperolehi mandat rakayt? Apa yang jelas kelihatan hari ini adalah Pas lebih mengkritik BN hanya bertumpu kepada proses untuk menang pilihanaraya, tumpuan tidak berikan kepada pembaharuan yang bakal dibawa selepas kemenangan.
Lagi Kongres PKR di Seremban

Kongres PKR di Seremban akhir bulan lalu jelas menunjukkan PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tergambar dalam barisan kepimpinan, malahan juga jelas kelihatan dalam percampuran perwakilan daripada segenap lapisan masyarakat, keturunan dan agama. Di sinilah medan paling sesuai untuk negara majmuk seperti Malaysia. PKR tidak ada ruang sedikit pun untuk orang fanatik dan ekstrimis baik perkauman ataupun agama.

Gambar berikut adalah penyertaan beberapa orang pimimpin keturunan Cina: dari kira Sdr. Lau Teik Hai (Ketua Biro Penerangan Angkatanmuda Pusat), Sdr. Tan Seng Toh (Naib ketua Angakatanmuda Pusat), Ming Khai (Exco Angkatanmuda Pusat) & Sdr Hee (Ketua Bahagian PJU, Selangor).

Sementara perwakilan daripada rombongan Bahagian Shah Alam pula, gambar di bawah menunjukkan sebahagian perwkilan. Dari kiri Sdr. Harriss (Naikb Ketua Bahagian), Sdr Nazmi (calon MPT dan Setiausaha Bahagian), Sdr. Nasir Khan (Ketua Bahagian), Sdr Bendari Bahagian & Sdr. Rozai (Ketua Angkatanmuda Bahagian).

Perwakilan yang tidak dalam gambar termasuklah: Pn. Animah, Dr. Daroyah, Pn Siti, Sdr. Richard, Sdr. Cheah SS & Sdr Tan.

Hanya orang MCA dan MIC kata PKR adalah sebuah parti Melayu yang tidak ada ruang untuk masyarakat bukan Melayu. Inilah bukti tuduhan mereka tidak benar sama sekali.
Anwar Tarik Dari Tanding President

Inilah beberapa detik ketika Anwar Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan President parti.

Berikut adalah waktu beliau membuat pengumuman dan menduduk atas kerusi mendengar hujah beberapa orang perwakilan.






Tetapi Anwar mungkin tidak tahu dan sedar berapa ramai perwakilan yang mahukan beliau berterusan agar jangan tunduk kepada tekanan ROS dan MPT yang bersikap pengelak risiko. Persoalan ini masih belum terjawab daripada Anwar.

Adakah ia akan menjejaskan semangat reformis yang tulin? Apa pula sikap MPT akan berubah mulai sekarang?

Pas sudah mengumumkan kesediaan untuk memimpin orang awam berhimpun di Putrajaya mendesak SPR melakukan pembaharuan pengendalian pilihanraya yang sememangnya pincang. Ekorannya, ia seolah-olah PAS telah mendahului langkahnya dalam proses gerakan reformasi yang selalu dipelopori oleh PKR?



































Wednesday, June 06, 2007

Kenapa MAS Tidak Boleh Unutng?

Yangtze Cruise & Tours merupakan sebuah agensi pelancongan yang terletak di Jalan Kolam Air, Of Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ia berusia hampir 10 tahun diasaskan oleh Presidentnya En. Tan. Di bawah pengurusan Tan, beliau mengawal satu lagi syarikat yang bernama Premium Travel yang terletak di Jalan Imbi, KL.

Yangtze pada peringkat permulaannya mengkhususkan pasaran negara-negara Asia, kini ia meliputi Europa, Australia, Amerika dan benua lain. Dengan layanan mesra serta reputasi dibena, lalu ia memperolehi kepercayaan semua rakan-rakan niaga samada dalam dan luar negara, Yangtze hari telah berkembang menjadi antara sebuah syarikat pelancongan yang terbesar dalam negara kita. Menurut laporan harian, Yangtze telah mencapai rekod menyewa sejumlah 500 penerbangan dengan MAS dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Namun sedemikian, apa yang cuba saya bicarakan disini adalah:

Kenapa MAS tidak mampu menujukkan prestasi peniagaan yang baik (kalau pun tidak banding dengan SIA – itu luar negara punya), sebaliknya sebuah syarikat pelancongan berkeupayaan menyewa begitu banyak bilangan penerbangan daripada MAS? Kenapa Yangtze mampu berdikari tanpa bantuan / peruntukan dana awam / kerajaan sebaliknya MAS hidup bergantung kepada TONGKAT BESAR daripada kerajaan?

* Nota: MAS hanya menujukkan sedemikian pencapaian kewangan selepas puluhan tahun tenat dan membazir ribuan juta wang rakyat. Kenapa itu boleh berlaku? Barisan Nasional Boleh?

Penerangan: Gambar-gambar di bawah merupakan acara tandantangan Yangtze menyewa 29 penerbangan daripada MAS ke China dalam tempoh separuh ke-dua tahun 2007. Acara ini turut disaksikan oleh Menteri Pengakutan, President MAS dan Duta China di Malaysia.



Tuesday, June 05, 2007

Pertandingan Karaoke Anjuran PKR

Pertandingan akhir karaoke anjuran PKR telah berjaya dilangsungkan pada 02/06/2007 di Taman Cheras, Kuala Lumpur. Acara ini telah dirasmikan oleh President parti YB Datin Seri Wan Azizah dan pertandingan akhir ini turut dihadiri oleh YB Tan Kok Wai, MP Cheras dan Sdr. William Bendahari PKR.

Sempena dengan pertandingan, perlancaran derma kilat juga dijalankan untuk menambah dana pembangunan New Era College. Keseluruhannya, PKR berjaya mengumpul dermaan hampir RM2,000 daripada hadiran-hadirin.

Berikut adalah sebahagian sedutan pada malam pertandingan:




Sedutan Pertandingan Karaoke

Dua Pengadil Yang Profesional.


Peserta yang penuh bersemangat menghiburkan tetamu sambil bertanding.

Salahguna Kuasa Oleh Polis

Untuk makluman, mahkamah Johor Bharu telah menganugerahkan pampasan RM60,000.00 kepada seorang warganegara kerana penyalahgunaan kuasa oleh polis, salah tangkap, telanjang dan menyiram cecair di kemaluan tahanan ketika kedua-dua tangannya digali di belah batang besi.

Kejadian ini berlaku pada 04/09/2000, pukul 11.00 pagi oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan rakan sejawatnya.

Entahlah apakah hukuman tatatertib yang diambil oleh PDRM kerana akibat salah-laku mereka, rakyat terpaksa menanggung ganti-rugi RM60,000.00 dari pendapatan cukai.

Keluarga Saya Mungkin Terpaksa Bayar RM20

Saya sekeluarga bersama dengan 3 orang anak kemungkinan besar akan terpaksa menanggung bayaran lebih-kurang RM20 kerana adalah orang tertinggi yang menjalankan pembunuhan dan pengeboman mayat seorang warga Mongolia.

Ini kerana kemungkinan besar pihak plaintif akan menang dan keluarganya sedang menuntut pampasan RM100,000,000.00 (100 juta) yang akan dikongsi beban oleh lebih-kurang 25 juta penduduk di Malaysia.

Orang besar / pegawai kerajaan membunuh, rakyat kena tanggung: Keadilan Islam Hadhari?