Sunday, May 20, 2007

Keadilan & Islam Hadhari

Malaysia sebagai Ketua Negara Islam sedunia dan salah sebuah NEGARA MAJU, tetapi jika merujuk kepada pilihanraya Philipin yang sepatutnya krang membangun daripada negara kita; namun negara itu menggunakan "Ink Jari" sepertimana boleh lihat dalam gambarajah di bawah.

Yan menyindirkan, negara Islam Hadhari yang memang sudah maju dukacitanya Suruhanjaya Pilihanraya tidak berani berbuat demikian kerana tidak diperkenan oleh Barisan Nasional / UMNO. Di antara sebab utamanya adalah sistem ini akan menyekat kebebasan penyelewengan yang bermaharajalela akibat daripada kepincangan sistem pilihanraya sambil SPR hanya kadar menjadi "Tukang Angguk" kepada UMNO semata-mata.

Sekiranya kita ikhlas dengan bertugas untuk keadilan sepertimana dituntut oleh keadilan sosian, keadilan perundangan dan keadilan oleh agama masing-masing. Kenapa ada pihak yang menentang? Apa motif mereka yang memang handal me-reka-reka.



Saturday, May 19, 2007

Kata Manis dan Kata Benar

Lidah manusia suka makanan manis;
Telinga manusia suka dengar kata manis;

Ubat mujarab selalunya tidak berasa manis;
Kata benar dan ikhlas lumrahnya kurang manis.
Ibu Pejabat Parti

Bangunan ibu pejabat lambang parti;
Bangga ahli kerana keberanian dan kesucian hati.

Lambang di pejabat sebesar sekeping kain topi,
Kenapa papan tanda parti juga takut dinaiki?
Imej Parti

Laungan Reformasi asas perjuangan parti;
Beribu-ribu berkorban kerana ini perjuangan suci.

Jika MPT dikuasai oleh golongan takut risiko tinggi;
Bagaimana rakyat anggap PKR sebagai si jantung-hati?
Cinta dan Pengurusan Parti

Perkahwinan Orang Barat memberi bunga mawar;
Perkahwinan Orang Melayu menepung tawar.

Jika reformis dan aktivis dihimpit hingga hati tawar,;
Ini cabaran besar kepada corak kepimpinanan Anwar.

Friday, May 18, 2007

Uji Keawasan Anwar Ibrahim

Pulau lagenda Pulau Langkawi;
Dahulu mundur kerana Sumpah Mahsuri.

Polis Malaysia suka ketuk-ketampi;
Nama negara mashyur kerana Islam Hadhari.

Ahli MPT ikut Penasihat sana-sini;
Tonjol muka hanya Penasihat ke mari.

Masing-masing sibuk hanya jawatan parti;
Semangat perjuangan asal mungkin dilupai.

Kalau ini budaya parti diwarisi;
Parti lemah bila matahari terbit esok pagi.

Anwar Ibrahim kalau tidak bermimpi;
Pandai-pandailah bezakan besi dan keluli.

Jika intan dan kaca sudah dicampuri;
Inilah masa uji keawasan Penasihat parti.

Bulan Lima Bulan mengundi parti;
Gunakanlah kebijaksana untuk pangka kertas undi.

Wednesday, May 16, 2007

Kalau Saya Jadi Menteri Kerjaraya

Merujuk kepada kenyataan beru-beru ini menyatakan: "Hanya di Malaysia untuk siasatan Bocor Air kerana ia masalah bocor ini berlaku di seluruh dunia, aneh".

Kalaulah saya jadi Menteri Kerjaraya, saya akan katakan:

1. "Kemalangan kenderaan berlaku di seluruh dunia, kenapa polis hendak saman".

2. "Masalah rasuah berlaku di seluruh dunia, kenapa pembangkang heboh sana-sini mendesak siasatan".

3. "Masalah bencana alam berlaku di seluruh dunia, apa perlu kita bimbang kerana itu takdir".

4. " Masalah penyalahgunaan dadah berlaku di seluruh dunia, kenapa kita hendak melawan".

5. "Masalah gangster berlaku di seluruh dunia, kenapa kita hendak mengharamkannya".

6. "Masalah penindasan orang miskin berlaku di seluruh dunia, apa yang kamu heboh-hebohkan".

7. "Masalah salah-guna kuasa berlaku di seluruh dunia, apa yang kamu menghairankan".

8. "Masalah politik wang berlaku di seluruh dunia, kalau anda tidak ada duit jangan masuk politik".

Anda faham? Jangan bising, selambe bisu seperti 9 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang tersebut sebelum ini.



Tuesday, May 15, 2007

Dahulu dan Sekarang


Gambar ini diambil daripada Pusat Komersial Taipan, USJ 10, UEP Subang Jaya, Selangor, Malaysia pada 15/05/07.

Dahulu rumah tak perlu kunci tiada pencuri masuk rumah;
Kini meter paip air pun jadi sasaran apatah lagi pintu rumah!

Dahulu pemimpin berkhidmat untuk masyarakat;
Kini pemimpin berkuasa mengaut kekayaan dari masyarakat!

Dahulu wakil rakyat takut dikritik;
Kini wakil rakyat kebal dikritik!

Dahulu kita buat pagar jaga padi;
Kini menjadi pagar makan padi!

Dahulu semua rakyat hidup aman-damai;
Kini parti politik perkauman takut rakyat aman-damai!

Dahulu ................
Kini ....................

Saturday, May 12, 2007

Berapa Usia UMNO Sebenarnya?

Semalam kita telah melihat sekali lagi President UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia menitiskan air matanya pada majlis meraikan ulang tahun 60 tahun UMNO.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah penitisan mata itu adalah tektik bekas Perdana Menteri kerana beliau telah menggunakan air mata untuk merais simpati dan sokongan.

Apa yang cuba saya cuba persoalkan di sini adalah, berapakah usia sebenar UMNO sekarang?

Bila UMNO (yang hidup ini, bukan yang telah DIHARAMKAN MAHKAMAH) sekarang didaftarkan secara sah?

Adakah is merupakan satu kesalahan (saya kurang pasti) sengaja salah-pandu usia sesebuah pertubuhan? Bagaimana pula dengan tanggungjawab social pertubuhan agar tidak memutar-belikan kenyataan?
Islam Hadhari Menghina Perempuan

Dewan Rakyat minggu ini sekali lagi memaparkan perangai beberapa orang ‘YB’ yang mewakili Kerajaan Islam Hadhari menghina kaum perempuan / wanita dengan pisang berbuah dua kali.

‘Kenyataan Perempuan Setiap Bulan BOCOR’ ketika dua orang YB ini cuba menonjolkan kesetiaannya kerapa BN sewaktu YB Kampar menimbulkan persoalan tragedy Parlimen bocor lagi.

Sebenarnya mereka ini ‘menepuk air kena muka sendiri’ menurut hujah YB Permatang Pauh kerana mereka juga mempunyai ibu, isteri dan anak perempuan masing-masing. Adakah ibu mereka, isteri mereka dan anak perempuan serta cucu perempuan mereka berbeza bentuk fizikal badannya dengan perempuan yang lain?

Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dalam wawancara dengan Malaysiakini menyatakan: ‘Saya adalah seorang Muslim, bukan seorang Muslim Hadhari…..’.


Wah, perjuang-perjuang Wanita UMNO, MCA, MIC & Gerakan pekak pula? Bisu?


Adakah ini pendirian kerajaan BN?

Adakah ini merupakan pendirian Islam Hadhari?

Sekiranya ia bukan pendirian BN dan Islam Hadhari, kenapa ketuanya berpeluk tubuh? Ataupun ketuanya juga berpegang kepada fahaman yang sama?

Apakah perbezaan antara Islam dan Islam Hadhari kerana sebagai rakyat Malaysia kita wajar tahu pendirian / system kerajaan kita setiap masa.


Friday, May 11, 2007

Keputusan Pilihanraya Kecil Ijok 28/5/07

Daripada keputusan berikut kita boleh membuat beberapa rumusan penting:

1. PKR menang dalam golong muda (saluran 1 adalah warga paling emas).

2. Kehilangan undi yang serius tetapi SPR termakan ubat bisu pula kali ini. Kenapa SPR tidak menjelaskan kenapa ada kertas undi hilang begitu banyak?

Punca dan taktik kotor BN guna-pakai sila rujuk kepada karangan lebih awal.

Telah dianggarkan keseluruhan BN telah membelanjakan RM100,000,000.00 (100 juta) dimana sebahagian besar adalah untuk penyogokan golongan pengundi tertentu. Ancaman demi ancaman, ugutan demi ugutan, sogok demi sogokan, terturap jalanraya 240 jam sehari (kerana mereka menggunakan puluhan kereta turap jalan), mesin jahit demi mesin jahit dan ........................ Beginilah cara kerja Islam Hadhari.

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan besar penyokong PKR di saluran 2, 3 dan 4 menampakan harapan PKR melalui peraliran masa pada masa akan datang.

Setuju tak?

Kecaman Pemuda MCA Atas Anwar Ibrahim

Disyaki Pemuda MCA menurut arahan Pemuda UMNO, telah mengadakan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Terutamanya Pemuda MCA telah menuduh DAP cuba membela Anwar atas arahannya ketika menyandang Menteri Pendidikan. Anwar merupakan pangkal-usul kepada semua masalah SRJK(C) hari ini.

Seandainya tuduhan ini benar dan sahih, adakah Pemuda MCA akui bahawa:

Dahulu, sekarang dan akan datang Pemuda MCA hanya berfungsi sebagai tukang angkat-kaki pemimpin UMNO?

Ia jelas kerana MCA lupa akan tanggungjawabnya dalam BN / Kabinet, kenapa mereka tidak melarang Anwar berbuat demikian?

Adakah mereka tidak berani bersuara atau tidak pernah diberikan ruang untuk bersuara?

Kenapa isu ini ditimbulkan hampir 10 tahun lepas Anwar dipecat, MCA masih gagal menyelesaikan masalah pendidikan SRJKC? Sekiranya semua masalah berpunca daripada Anwar, 10 tahun tidak cukup untuk membuat perubahan?

Kenapa pula semua tuduhan hanya ditujukan kepada Anwar seorang sahaja? Timbalan Menteri makan gaji buta tidak perlu dipersalahkan bersama? Menteri-menteri yang lain pula lumpuh tidak berfungsi?

Sekiranya kata MCA benar, kenapa pula SRJK Damansara diarahkan tutuk selama 7 tahun? Ini merupakan arahan Anwar juga?

Atas dasar tidak berniat untuk membela Anwar atas kelakuan sebelum ini, kenapa MCA tidak berani mendesak pemimpin UMNO lain baik yang sudah bersara mahupun masih berkuasa mengikut jejak Anwar bermohon maaf sekiranya ada sebarangan kelakuan yang kurang susuai? Berani dan mampukah MCA berbuat demikian selain daripada maki-hamun pembangkang?
Perjuangan J/kuasa SRJK Damansara

Sekolah ini telah ditutup oleh Barisan Nasional yang turut dianggotai oleh MCA dan Gerakan. Ia sudah tertutup dan dibiarkan menjadi semak-samun walaupun bangunan sekolah itu masih jauh lebih kuat dan kukuh daripada BANGUNAN MAHKAMAH DAN PARLIMEN yang setiap hari dilandai berbagai-bagai CERITA DONGGENG akibat BN Boleh.

Lantang MCA tuduh Anwar sebagai pemangkin masalah pendidikan, MCA masih terhutang penjelasan kepada masyarakat Malaysia (bukan Cina sahaja) kerana kenonnya mereka adalah perjuang bangsar. Kenapa ia ditutup walaupun Anwar sudah dipecat? Kenapa tidak boleh buka guna-pakai kalau Anwar sokongnya?

Buatlah penjelasan MCA dan Pemuda MCA serta-merta!!!!




Perbandingan PAS dan BN

MCA, Gerakan dan MIC khasnya memang garang dan champion dalam usaha mengeksploitasikan isu negara Islam, terutamanya kepada masyarakat bukan Melayu. Kononnya, DAP telah menggadai maruah dan hadapan bangsa kerana bersekongkor dengan PAS dan Keadilan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Dengan memetik kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah (yang baru letak jawatan kerana ditindas dan dianak-tirikan oleh UMNO) telah membuat kenyataannya bahawa: ‘Kerajaan PAS Kelantan membenarkan pembinaan Buddha yang terbesar di dunia dalam negeri Kelantan, tetapi Ketua Menteri Sabah dan UMNO membatahkan kelulusan membina sebuah tokong di Kudat’.

Tidak ketinggalan juga termasuk UMNO, apakah pendirian isu di Sabah ketika menonjol jari menuduh keekstriman PAS? Saya di sini bukan untuk membela pihak PAS, tetapi perbandingan telah jelas membuktikan siapa yang jujur, ikhlas sebaliknya siapa yang pandai selamba dan sentiasa berkata bohong?

Pemuda MCA yang teramat lantang dalam isu royalty lagu PPM dan menyerang Penasihat Parti Keadilan sebagai pemunca semua masalah pendidikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, kenapa Ketua Pemuda dan Setiausaha Agong yang memang cekap mengambil publisiti murah membisu?

Adakah MCA memang termakan ubat bisu kerana ADUN di Dewan Undangan Negeri Selangor pun memang selalu bisu (lihat karangan awal)?

Monday, May 07, 2007

Dinding Kolam Pelupusan Runtuh

Beberapa minggu ini, kita sibuk mendengar cerita-cerita dan berita-berita bangunan kerajaan runtuh baik baru pakai mahupun sebelum guna-pakai. Ini merupakan satu lagi sumbangan kepakaran kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat.

Berhijrah dari pusat kerajaan Putrajaya, penyakit berjangkit keruntuhan bangunan ini turut berjangkit ke Jalan Datu, Bangunan Mahkamah. Tidak luar biasa bagi mereka yang sudah lali dengan sikap 'Pagar Makan Padi'. Yang lebih buruk lagi adalah Menteri Kerjaraya tetap menunjuk jari kepada silap orang lain, ia termasuklah perselisihannya dengan Menteri Kesihatan dari MCA.

Bagi saya tidak kira kementerian mana yang bertanggungjawab, ia kekal dan tetap akauntabiliti kepada Ketua Kerajaan Islam Hadhari iaitu Perdana Menteri. Tanp mengira siapa silapnya, yang gagal melaksanakan amanah rakyat adalah Barisan Nasional.

Daripada keseluruhannya, bebera ribu juta wang rakyat telah membazir kerana kecuaian, kelalaian, kedustaan dan kecurangan orang yang dipertanggungjawabkan.





Mengalir perhatian kepada masalah tempatan pula, minggu lalu pagar kolam pemprosesan najis yang diselenggara oleh Indah Water di USJ 12 juga turut runtuh. Sungguhpun sudah hampir dua minggu berlalu, namun masih belum nampak bayang pembaikan dimulakan.

Keruntuhan pagarnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Keruntuhan kerana dihempak pokok jatuh seperti berikut:



2. Keruntuhan yang tidak tahu sebabnya kerana tidak ada tumbuhan di tepi pagar pun.



Daripada keseluruhannya, daripada gambar jelas kelihatan hampir kesemua pagar kolam ini TIDAK DITANAM DALAM BUMI. Tiang-tiang yang runtuh jelas kelihatan pagar ini hanya kadar MELATAK DI ATAS TANAH SAHAJA. Barnagkali oleh kerana itu, pagar itu jatuh kerana tiupan angin!!!

Siapa boleh beritahu sebabnya?