Wednesday, September 19, 2007

04/09/07 Sejarah Melaka

Tangga 04/09/07 telah menjadi hari bersejarah kerana:

a. Paya Menkuang menjadi kampung paling selamat di seluruh Malaysia. Ia terbukti pada hari itu jenayah SIFAR tercapai ekoran daripada sumbangan kawalan 2,000 anggota beruniform dan BERSENJATA.

b. Hari ini merupakan hari sejarah kerana majoriti daripada penduduk kampung kali pertama berpeluang melihat keteguhan pasukan beruniform dan bersenjata seperti FRU. Sebelum ini, ramai di antara mereka hanya melihat reformis dikejar oleh FRU dalam proses reformasi.

c. Hari itu, penternak telah penuh insaf bahawa mereka sudah tertipu oleh BN/MCA selama puluhan tahun di mana semua janji-janji politik hanya omong-omong kosong semata-mata.

d. Hari itu dengan kurnia Tuhan memberikan keberanian kepada penternak untuk membantah pencerobohan pasukan beruniform untuk membunuh hasil ternak mereka dengan SATU HATI (Slogan Parti Gerakan). Penternak sedar, aktiviti ini adalah sumber rezeki mereka sejak turun-menurun. Penternak tahu mereka bukan perompak duit rakyat beratus juta melalui bayaran komisen membeli senjata, tidak koupkan duit rakayt seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara, mereka bukan penjenayah membunuh manusia dan mengebom mayat dan sebagainya. Penternak hanya mengharapkan sesuap nasi bukan ahli-ahli keluarga sambil membayar semua cukai-cukai & tols yang mencangkam kehidupan atas kesedaran mereka ada DAIF.

e. Hari itu telah sekali membuktikan teori UMNO sanggup menggadai kepentingan parti komponen BN khasnya MCA dan Gerakan. Ini kerana UMNO sengaja menghebohkan isu ini demi untuk mencari publisiti murah dalam parti, sungguhpun tempoh notis belum matang. Sekiranya pakatan BN itu duduk sama rendah dan diri sama tinggi, kenapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh selesaikan masalah ini dalam mesyuarakat mingguan? Kononnya wakil kerajaan Melaka adalah Ahli Parlimen / Timbalan Menteri Kerajaan Pusat, apa hubung-kait Timbalan Menteri Pusat dengan kerajaan negeri? Kalau Tim Menteri Pusat berkuasa mewakil kerajaan negeri, kenapa keputusan pusat (Kabinet) tidak patuhi 2 solusi yang telah ditetapkan?

Demi untuk mengingat “Sejarah 904“, satu majlis makan malam khas telah dianjurkan pada 16/09/07. Beginilah suasananya:

Banner-banner bantah dan gambar mengingati hari sejarah itu.


Sambutan segenap lapisan masyarakat seramai 1,500 orang telah membanjiri dewan Paya Menkuang.



Golong profesional daripada Johor Bharu turut mengecam tindakan kerajaan tidak munasabah dan salurkan pandangan.



Wakil masyarakat tempatan (Melayu dan India) membuktikan simpati kepada nasib malang ditimpa oleh penternak. Mereka tidak membantah kegiatan penternakan sambil menjaga kebersihan alam sekitar.



Wakil tunggal MCA di majlis Ahli Parlimen Kota Melaka Wong.



Masyarakat penternak bersama pemimpin NGO dan parti politik bersatu hati membantah kekejaman kerajaan BN. Di tengah termasuk Tian Chua, Yusuf Abdullah daripada Keadilan dan YB Loke daripada DAP.



Rombongan delegasi Parti Keadilan Rakyat meliputi Melayu, Cina dan India berdiri atas satu platform yang sama tanpa mengira kaum bersama menegakkan keadilan dan perangi kezaliman / kekejaman.



Ucapan penuh semangat oleh seorang bekas ahli MCA (beliau dipecat daripada MCA kerana membantu suarakan rintihan rakyat) mencabar keikhlasan MCA dan hentikan manipulasi isu kerana sudi menjadi Pak Turut UMNO / Tukang Angguk UMNO.



Wakil Angkatanmuda Pusat Ginie Lim membincangkan sesuatu dengan mangsa kekejaman BN.



VK Lingam Lantik Ketua Hakim Negara!!!
http://www.merdekareview.com/news.php?n=4971



Pastikan panas dalam tempoh 50 Malaya dan 44 tahun Malaysia Merdeka. Sewaktu 45 tahun Malaya dan 39 tahun Malaysia merdeka, VK Lingam telah ME-REKA "kabel" untuk melantik "Gang-gangnya untuk menerajui KEHAKIMAN. Kenapa mereka berbuat demikian? Dengarlah perbualan mereka ketika me-reka: http://www.youtube.com/watch?v=yZ3mdYrJpwU dan http://www.youtube.com/watch?v=_oK5S3J-qlI Cukup sensasi.

The CJ said he is relative to now Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan, I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him.

He said PM is already very angry with him, he said no problem he is going to make you acting err.. confirm your position as PCA, working very hard then working very hard to get Tan Sri Mokhtar as CJM.

Ah, we just keep it confidential. I am working very hard on it. Then there is a letter, according to Tengku, I am going to see him tomorrow, there is a letter sent to CJ, I mean Tan Sri Dzaiddin, that Datuk Heliliah, Datuk Ramli, Datuk Ramli and Datuk Ma’roop be made judges, and he rejected Dr Andrew Chui and apa itu Zainuddin Ismail lah. Because Zainuddin Ismail condemned your appointment and Tan Sri Mokhtar’s appointment.

And then you also, you seems to wrote a letter for the remaining five be confirmed as judges. As per our memo I discuss with Tun Eusoff Chin and we sent the same memo to PM.

I just want to get a copy letter that that has been done.

And then Tan Sri Dzaiddin said he is going to recommend six people for the court of appeal, but until today the letter hasn’t come to PM. He never discuss, but neither he has sent the letter to PM. Yes he has not sent. I know it is under the constitution for judges all that is your job Datuk to send, but we don’t want to make it an issue now.

Ah. Ok Actually I told tengku adnan to inform PM, PM to call you for a meeting. I organize it so that Tengku Adnan will call you directly. And then I got your number, I will tell him to call you directly to for you to meet PM lah. So should be ok, then ar.. correct correct, it is very important that the key players must be there.

Correct x3. correct x2. You know that the same problem that Tun Eusoff Chin has. He tried to do all this and yet he has run out of soldiers. He couldn’t do it because many are from the other camp. Last time was unfortunate because Tun Daim was doing everything sabotaging, otherwise how are things with you - everything is ok?. No, don’t worry. You know sometimes Tan Sri Vincent that half the time they are talking about judiciary rather than doing the work. But if I don’t do this part my work will be useless.

Ha ha ha. Ah yes.Correct x5, right x3 correct. Ah right susah. You see he has now up for six court of appeal judges, so that he can put his men before he retires.

Correct x3, ah and then ah, correct. But never-mind, I will do this, I will get Tengku Adnan to arrange for PM to call you and Tan Sri Vincent Tan for PM to call you. And you know why, actually, I am very grateful with Tan Sri Vincent Tan you know why, I brainwash you so much even I quarrel with him. One day I went to Vincent Tan house, I fire him at the night in his house. I said very hell if you don’t do this who will do it?
All these people Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon all fought for that. Then he called Tengku Adnan. Tengku Adnan he said, saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah, you know. If the old man doesn’t want to listen to me, go to hell.

He quarreled with me. I said nevermind, nevermind, you talk to PM again tomorrow morning to put Datuk Ahmad Fairuz to CJM. So next day morning he went and he called me back 9.30 that he said PM has already agreed. So I said nevermind, we hope for the best. So I said no harm trying, the worst that it can happen is that you lose. Being the old man, he is 76 years old, he gets whispers everywhere, and then you don’t whisper, he get taken away by the other side. But, now PM is very alert because every time he gets letters from Tan Sri Zaidin, he called Tengku Adnan, he said discuss with Vincent, come and discuss.

Yes yes, ya. Correct x2, ya, but you see although I know PM, I am a lawyer in practice my views are.. I go through them, I go through them lah. Ah x4.

And then Zaidin will call them telling that you went saw PM and you make a big issue out of it. Oh ya, I think so, I think so.

Ok, fine x4 ok x4

Ah x2 correct x2. Now I heard Raja Aziz, Raja Aziz huh, spoke to my lawyer Thayalan, and another lawyer Ailan, in the high court, they have a case each other. So, Thayalan and Ailan asked Raja Aziz, how is Tan Sri Wan Adnan?

He said he is on his way down. But you know what is the shocking thing he said? Datuk Fairuz became CJM. He overruled everybody, in three months time, he is going be made VCA, and 6 months time he is going to be CJ. He said he cant think he shocked. He told us.

Ha, it seems that they are going to organize a campaign to run you down. But you just keep quite don’t say anything. Even the press asked, you said I leave it to God, that’s all. Don’t say. I really like your message. You said you work very hard, what can I do? I leave it to God.

That’s the best answer datuk that you can ever be.

Ah… I will also get Tan Sri to remind PM to put a Tan Sri ship this year lah. This will elevate you, you know.

Oh yes x4. ha. XX got so fast, Tan Sri Chong waited for whole year to get Tan Sri Ship.

Ah.. My god that’s why, ah. Correct x4, ya x4 right x3 correct x2

Don’t worry, we organize this. If Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to meet you privately, they will, I will call you. We organize in a private arrangement, in a very unusual place.

No don’t worry, Datuk, I know how much you suffer for Tun Eusoff Chin. And Tun said Datuk Ahmad Fairuz 110% loyalty. We want to make sure our friends are there for the sake of the PM and the sake of the country.

Not for our own interest, not for our own interest. We want to make sure the country come first. Well, you suffered so well, so much you have done. For the election, Wee Choo Keong, everything. How much, no body would have done all these.

Yes, you know. Good lah. Don’t worry. I am constantly working on this.

Ya ya, don’t worry x2. We work hard on this. And Datuk, and then if Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to see you, I will organize it in such a confidential place.

Ok Datuk very best. God bless you and your family.

Ok. Thank you thank you. Bye.

Tuesday, September 18, 2007

Seorang Setiausaha Agung Bodoh Politik

Amat meneranjatkan ketika membaca kenyataan Setiausaha Agung sebuah parti pembangkang yang berangan-angan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam konteks kerjasama, sebagai seorang pemimpin kanan mewakili sebuah parti yang kononnya mengelar diri sebagai parti pembangkang terbesar boleh mengeluarkan kenyataan bahawa “persetujuannya dengan Keadilan adalah hanya de factor Keadilan, President Keadilan dan Setiausaha Agong (beliau sendiri) sahaja boleh membuat kenyataan rasmi; ia tidak mengahdkan kepada kenyataan bilangan dan nama kawasan yang akan ditandingi”.

Memang benar, mungkin persetujuan mereka tidak menyebut tentang kenyataan menamakan kawasan Parlimen atau DUN secara tersurat; namun sedemikian, sebagai seorang pemimpin yang waras pasti tidak akan melakukan sebarang tingkah-laku yang boleh mencederakan rakan seperjuangan; KECUALI Setiausaha Agungnya hanya kadar ingin menjadikan Keadilan sebagai batu loncatan untuk suatu MUSLIHAT yang terselindung di sebalik batu.

Untuk makluman saudara/I budiman, 2 hari yang lalu beliau telah memberitahu media bahawa kawasan-kawasan sebutanya semua menjadi hak-milik mereka kerana ini tersebut daripada mulut Setiausaha Agong (China Press), keputusan ini muktamad dan tidak akan bertolak ansur kepada sesiapa pun.

Dalam temubual dengan media, beliau telah menyebut nama-nama kawasan yang tidak pernah atau bukan atau pernah dijual-belikan oleh wakil mereka pada tahun 2004. Contohnya Parlimen Segambut, Puchong, PJU, PJS & Dun Rawang.

Sepertimana yang disentuh dalam kenyataan Timbalan Pengerusi Negeri Selangor Parti Keadilan, umpamanya wakil parti tersebut telah menghilangkan diri pada saat-saat akhir pencalonan untuk kawasan DUN Rawang dan Subang Jaya. Kawasan ini juga menjadi rebutan mereka, namun sebab-sebab pengecutan hanya mereka sahaja yang fahu. Tepuk Dada Tanya Selera, saudara/I budiman fakir sendirilah kenapa mereka berbuat demikian….

Sebagai seorang rakan setia, pasti faham akan kepentingan untuk menyelesaikan rundingan peragihan kerusi secara tertutup, sengaja ingin menjadi hero (wira) akan membawa parah kerana Menang Jadi Arang, Kalah Jadu Abu.

Adakah beliau tidak faham akan falsafah ini?

Kenapa beliau sengaja berulang-ulang?

Apa muslihatnya berbuat demikian sehingga sangguh menggadai kepentingan rakannya?

Adakah ini suruhan pihak ke-tiga? Siapa pihak ke-tiga itu?

Perpatah juga menyebut: Ukur Baju di Badan Sendiri. Ingat, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke bumi juga, kerana janganlah kamu bermimpi-mimpi boleh menjadi Ketua Menteri TANPA kerjasama daripada parti-parti yang lain. Sebaliknya jika kamu mampu, kenapa sudah puluh tahun merdeka, masih ME-REKA mimpi-mimpi sahaja? Kalau ingatkan sudah cukup matang kenapa masih menjadi pembangkang sahaja hari ini?

Sebagai rakan yang karib, PERKONGSIAN sumber dan hasil itu amat penting sekali. Jika sekadar hanya ingin menjadi juara sesuatu kaum sahaja, malap harapan parti itu. Oleh kerana itu, dalam usaha mengutuk parti perkauman BN oleh Ahli Parlimennya, Setiausaha Agung Pemuda MCA telah melontarkan cabaran untuk mereka bertanding di Terengganu, jika mereka angkuh dengan sedikit tenaga yang dimilikinya.

Beranikah cabaran ini disahut demi untuk membuktikan kepada Pemuda MCA mereka benar-benar berkarisma untuk segenap lapisan masyarakat majmuk Malaysia? Jawapan sudah tahu... Tepuk Air Kena Muka Sendiri hari ini.


Dengan sikap yang angkuh, sombong dan hidung tinggi sebegini boleh kita mengharpakannya menjadi seorang ketua kerajaan yang peramah jika ditakdirkan mereka menang nanti?

Menang Bersorak, Tapi Kelabu Terbakar! Beginilah perangai dan sikap seorang Setiausaha Agung Politik yang boleh anda menaruh harapan?

Sunday, September 16, 2007

Impian Bulan Ramadhan

Dua hari yang lalu, saya menerima email daripada seorang kawan mengucapkan Salam Ramadhan walaupun beliau sedar saya bukan beragama Islam.

Namun demikian, saya tetap gembira kerana bermula daripada diri kita boleh melangkaui batasan agama dan kaum. Penerapan nilai-nilai murni wajar digalakan. Ini kerana semua agama hanya mengajar penganutnya bekerja amal, baik, prihatin dan sebagainya.



Menerusi bulan puasa ini, pada fahaman saya (kalau salah tolong kasi tau lah) bulan puasa adalah satu bulan di mana Islam menyeru penganutnya menginsaf akan kesusahan orang lain, membersihkan kerohanian individual sambil bertekad untuk menjadi seorang individual yang lebih sifat menyumbang kepada masyarakat dan negara.



Lantaran itu, sebaik sahaja merenung logo BERSIH yang disampaikan oleh rakan yang sama; saya mendoakan agar selepas bulan Ramadhan ini boleh menginsafkan semua pemimpin kerajaan, persatuan, parti-parti politik agar:

a. Jauhi sebarang sifat "kemunafikan politik" seperti kata orang kampung - cakap tidak serupa bikin.

b. Benar-benar bertekad memerangi korupsi menghilangkan wang rakyat. Semua penyelewengan termaktub dalam Laporan Audit Negara patut disiasat dan dihukum sesiapa yang sengaja pecah amanah.

c. Tidak ulangi kezaliman, penindasan, ugutan dan kecaman kepada golong yang daif ataupun tidak berpendapat sehaluan dengan orang berkuasa.

d. Menjaminkan satu proses pilihanraya yang telus, adil dan bersih daripada sebarang penipuan, kecurangan, kedustaan, berat-sebelah serta kebebasan media yang telin.

e. Asas mana-mana agama pun tidak membeza-bezakan manusia ikut perkauman; dengan itu adalah tidak memudaratkan sebagai seorang yang ikhlas biar kita sama-sama bertekad mengharamkan semua parti-parti politik perkauman yang sentiasa mencetuskan ketegangan.

Anda setuju dengan harapan saya?

Friday, September 14, 2007

Mona Frendy Balik???

Tiba-tiba menerima panggilan telephon daripada seorang kawan marah saya kerana membohongi beliau bahawa malam mempunyai siaran BBC Temubual dengan Menteri Luar, Malaysia.

Dengan kelam-kabut tidak mengetahui pangkal-hujung, selepas itu baru saya difahamkan siaran program tersebut di Astro telah hilang tiba-tiba. Sambil bergurau, mungkin Mona Frendy balik dan tunjukkan kuasanya menggangu siaran Astro! Memang ajaib, suatu rancangan siaran antarabansa hilang tiba-tiba di negara pusaka sendiri????

Temubual itu hanya untuk orang luar negeri???

Pengawal bimbang Rakyat Malaysia tidak faham apa yang dihujahkan dalam Bahasa English???

Rancangan tersebut hanya publisiti murah di luar negara semperna Tahun Melawat Malaysia?

Penganjur bimbang Rakyat Malaysia tahu ucapan sebenar Menteri Luar berhero di luar negara? Luar Biasa!!!

Entah sebab pembatalan (???), di sini kepada sesiapa yang mempunyai internet boleh melihat temubual itu di: http://www.bbc.co.uk/newsa/n5ctrl/progs/07/hardtalk/albar13sep.ram


Anwar Ibrahim pernah ditemubual oleh Aljazila cerita tentang kepincangan kerajaan Malaysia, khasnya skandal permintaan komisen membeli jet perang Shukoi dan Kapal Seram mencerca ribuan juta ringgit. Entah kenapa nama-nama yang disebut BERAT-TULANG mengambil tindakan mahkamah ke atas Anwar, sepertimana Anwar mendakwa Timbalan Ketua Pemuda UMNO menfitnah beliau sebagai agen Yahudi and Amerika.

Cukup aneh, temuduga Anwar boleh mendapat ruang siaran, tetapi temubual penyandang Menteri Luar kerajaan hilang? Tersekat? Rosak? Tergendala?

Siapa boleh berikan jawapan? Sebab-sebabnya bukan Rahsia Rasmi kut?
BN Memang Boleh!!!!

Berikut adalah petikan Laporan Audit Negara. Ia hanya sebahagian daripada laporan penuh.

Sila klik gambar untuk pembesaran dan baca kandungannya yang berkaitan dengan Kementerian Belia & Sukan. Nampaknya penyandang Menteri kata itu kontrak berlaku sebelum lantikan beliau, sebaliknya zaman oleh "Menteri Petunjuk Keris" yang kononnya perjuang untuk bangsa Melayu.

Dahulu: Cemerlang, Gemilang, Terbilang; sekarang jadi "TEMBELANG".






















Thursday, September 13, 2007

Benar – Jika Semua Ikut Undang-undang

Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Penerangan UMNO menyatakan XXXXXXX dapat dielak jika undang-undang dipatuhi.
Dengan itu, saya ingin menyatakan sokongan saya kepadanya yang pernah berdebat dengan Ketua Pengarang Malaysia Today sebelum ini:



1. Penubuhan Audit Negara dapat dielakan jika undang-undang dipatuhi. Ini kerana memang tidak ada penipuan dan penyelewengan akan berlaku oleh ketua-ketua kerajaan dan menteri-menterinya. Maka perbelanjaan tidak perlu diaudit lagi, seterusnya menjimatkan belanja pengurusan Audit Negara juga.

2. Pertuduhan di antara Timbalan Menteri keselamatan Dalam Negeri dengan Ketua Polis Negara dapat dielak jika SEMUA ORANG TIDAK MERASUAH DAN KORUP. Memang perkara ini tidak akan berlaku jika mereka patuh kepada Akta Pencegahan Rasuah, bukan saling bantu-membantu pakat tutup penyelewengan masing-masing. (Laporan di bawah ini)



3. Kejadian pegawai tinggi polis miliki harta RM27,000,000.00 (27 juta) dapat dielak jika undang-undang dipatuhi. Ia merujuk kepada Akta Polis dan Akta Pencegahan Rasuah. (laporan di bawah ini)



4. Ancaman membunuh dapat dielak jika undang-undang dipatuhi. Selepas hampir semua Menteri memporak-perandakan isu Negarakuku dengan berbagai-bagai ancaman, kutukan, ugutan, hasutan dan sebagainya. Kini, isu ini lenyap, ia boleh dielakkan jika sejak permulaan lagi ia diuruskan ikut undang-undang.

Kepada sesiapa yang salah, baik bunuh, bom mayat, rasuah dan korup, menipu, melarikan anak perempuan orang, membakar bendera, membuat video di youtube ..... patut dibicarakan secara terbuka dengan adil berasaskan fakta dan bukti; bukan ikut kehendakan pemimpin berkepentingan politik perkauman.

Dalam isu ini, apakah pendirian kerajaan dan Menteri yang pernah heboh-heboh sebelum ini ke atas ancaman cuba membunuh oleh sekumpulan orang kepada pengubah lagu Negarakuku? Kerajaan setuju dengan cara penyelesaian ini? Kenapa pula membisu?
Menteri Dahulu Beli Punya!!!!

Syabas Ketua Pengarah Audit Negara kerana membentangkan satu laporan telus dan berani. Ini jelas, rakyat bersyukur kerana Audit Negara masih bebas daripada pencemaran politik korupsi kerajaan BN.



Persoalan yang asas patut ditangani adalah siapa patut bertanggungjawab?

Perdana Menteri Jepun letak jawatan semalam kerana ketanggungjawaban dan perasaan MALU kerana gagal melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab kepada rakyat Jepun.

Dasar Pandang ke Timur (Jepun dan Korea) yang sudah berjalan puluhan tahun, adakah kita juga mencontohi semangat berani bertanggungjawab ini?

Menteri Belia dan Sukan menyatakan semua pembilan yang penuhi penipuan, kepincangan dan penyelewengan itu berlaku sebelum perlantikan beliau.

Adakah Menteri sekarang boleh lepas tangan sahaja kerana masa itu bukan pentadbirannya? Jika demikian, siapa yang patut bertanggungjawab?

Apa peranan Perdana Menteri dalam perkara ini? Jawapan saya tidak tahu boleh masuk akal?

Apakah tindakan PENDAKWAAN [bukan penyiasatan kerana siasat tanpa pendakwaan adalah satu pembaziran wang rakyat kali ke-2 dan sendiwara semata-mata. Kalau tidak berani bertindak, apa bezanya dengan membiarkan ia berterusan sahaja]?

Mungkin kita akan mencapai satu lagi rekod dengan Peguam Negara membuat satu kenyataan: semua kementerian / jabatan bersih dan kes-kes semua ditutup?
Siapa Bakar Bendera?

Kepada seseorang ahli politik yang mempunyai otak fikiran yang waras, pasti dia tahu dan sedar perbuatan membakar bendera akan memkuburkan riwayat politik dalam budaya politik tempatan.

Begitu juga dengan seorang PEMIMPIN TINGGI parti pemerintah negara melaung-laungkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam itu akan MENGGADAI kekuatan rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional. Ini kerana BN sudah puluhan tahun mengutuk objektif Pas ingin memdirikan sebuah negara Islam. Kutukan mereka telah Berjaya seurang-kurangnya:

1. Memecah-belahkan pakatan Barisan Alternatif – DAP menarik diri selepas kejayaan BN pada pilihanraya 1999.

2. Menakut-nakuatkan pengundi bukan Melayu amnya agar tidak mengundi BA, mahupun DAP atau Keadilan. Kononnya: ‘mengundi kumpulan ini akan membawa orang Cina masuk Melayu’, ‘kemenangan pembangkang akan memupuskan pembekalan daging babi sebagai makanan’ dan sebagainya.

Berbalik kepada isu pembakaran bendera negara, semua aktivis dan reformis atau kepada sesiapa yang pernah menghadiri atau menyaksikan perhimpunan rakyat, tanpa mengira penganjurnya (pembangkang, ngo, persatuan), semuanya berjalan lancer. Ini kerana:

1. Penganjur program 200% sedar dan insaf, selangkah kesilapan akan membawa parah kepada mereka sendiri.

2. Setiap program atau perhimpunan akan dikelilingi / dihadiri puluhan atau ratusan anggota polis (berunifom dan tidak berunifom). Anatara mereka ada yang memantau, buat catatan, bergambar, rekod video kamera dan sedia membuat tangkapan bila-bila masa.

Dalam keadaan ini, beberapa persoalan yang penting tidak boleh diketepikan:

1. Ada khabar kata polis sudah mengumpul semua kamera wartawan. Kenapa?

2. Dengan kehadiran ratusan pengawal keselamatan, kenapa tangkapan serta-merta tidak dilakukan, sedangkan menurut laporan ada penduduk kampung yang dikejar beratus-ratus meter jauh?

3. Bolehkah kerajaan membuka semua rekod video kepada masyarakat untuk sama-sama menangkap orang ini? Jika tidak, kenapa (kecuali kerajaan akui tidak berhasrat untuk mencari orang ini, jika begitu kenapa)? Dengan mengenal-pasti siapa orang itu, semua persoalan akan terjawapan seperti: parti at jabatan mana orang ini hadir? Kenapa dia buat demikian? Siapa yang suruh / hasut?

4. Memang kita semua akui ia merupakan satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan dan mungkin menyalahi undang-undang, maka segera membuat penangkapan dan pendakwaan serta-merta. Adakah petugas polis malam tersebut cuai kerana melepaskan pesalah berleluasa?

5. Kenapa kerajaan dan polis enggan mewajibkan pegawai bertugas mamakai uniform? Dengan pemamakian uniform pasti lebih menyenangkan rakyat untuk kenal-pasti dan minta bantuan apabile sesuatu perkara berlaku? Sengaja untuk mencampur-adukkan keadaan? Sendiri segan dengan uniform?

Tuesday, September 11, 2007

Laporan Audit Negara

UMNO + MCA + MIC + PPP + SUPP + PBS = BN = ReformBasi kerana penyelewengan, kedustaan, penipuan, kepincangan, kebocoran & penyogokan.

PKR + PAS = BA = Reformasi = Membuat pembaharuan untuk mengebumikan ReformBasi!




Monday, September 10, 2007

KENYATAAN MEDIA GERAK - 10-09-2007


Sejajar dengan Slogan Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi (GERAK) iaitu RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA; sekali lagi GERAK menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan BPR dalam proses penyiasatan ke atas aduan penyelewengan Majlis Sukan Negara.

GERAK akan terus membantu dan mendorong Cik Yap Yee Yin atau sesiapa yang mempunyai maklumat korupsi atau sebarang tingkah-laku yang melanggari Perkara 2 Tafsiran “SUAPAN” berani tampil ke depan membuat pendedahan membantu negara mencapai korupsi sifar.

Justeru itu, GERAK akan mengambil langkah proaktif memantau perjalanan proses penyiasatan aduan Kementerian Belia & Sukan sentiasa tegas, telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575).


Lantaran itu, kami berharap usaha GERAK patut dihargai oleh agensi penguatkuasa kerajaan. Sebarang tanggapan negatif terhadap GERAK wajar dikikis sama sekali. GERAK akan terus berpegang kepada prinsip undang-undang di mana sebarang penyelewengan atau korupsi wajib diharamkan sepenuhnya tanpa tolak-ansur.

Sekali lagi GERAK menyeru BPR menjalankan penyiasatan yang menyeluruh ke atas operasi Majlis Sukan Negara; ia bukan hanya terhad kepada pembayaran elaun jurulatih, sebaliknya juga meliputi proses pembelian peralatan sukan dan perbelanjaan Dana Awam lain yang diamanahkan kepada Majlis Sukan Negara.

GERAK menyokong usaha Menteri Belia dan Sukan mengambil inisiatif melaporkan perkara ini kepada BPR. Maka, sekiranya rumusan siasatan menemui unsur-unsur penyelewengan, tindakan tegas wajib dikenakan kepada sesiapa yang terlibat, tanpa mengira pangkat atau status masyarakat.



Tindakan juga wajar dikenakan ke atas sesiapa yang bersubahat atau melanggar Perkara 17, Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Kewajipan Untuk Melaporkan Transaksi Penyogokan].

Demi menyahut hasrat Menteri dan menghargai sumbangan Cik Yap kepada sukan negara, Gerak menyeru Lembaga Pengurus MSN dan Persatuan Gimnastik Malaysia memberikan sokongan padu kepada Cik Yap. Demi memelihara Piagam MSN, penyiasatan ini perlu disegerakan dan memberikan maklumbalas kepada Cik Yap demi kepentingan inudstri sukan negara.

“RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA”

Ghani Haroon
Pengarah Program

Sunday, September 09, 2007

Pengenalan Majlis Sukan Negara

Sejak hujung bulan lalu, Majlis Sukan Negara menjadi satu nama yang panas dan terkenal akibat daripada laporan Menteri Belia dan Sukan berkaitan dengan penyelewengan kewangannya.

Industry sukan negara juga dalam keadaan umbang-ambing kerana pencapaian sukan negara kain merosot. Akhir-akhir ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak juga melepaskan jawatan. Lantaran itu, suatu pemilihan baru selesai beberapa hari yang lepas.

Dengan itu, di sini perkenalkan sedikit sebanyak maklumat Majlis tersebut.

Majlis Sukan Negara tertakluk kepada pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan. Dalam karangan sebelum ini, saya telah mencadangkan kementerian ini menukar slogannya daripada "Belia Benci Dadah" kepada "Belia Benci Rasuah".



Senarai Mantan & Penyandang Ketua Pengarah Majlis.


Piagam Majlis.



Perlantikan Ketua Pengarah yang terbaru.



Senarai Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara.