Sunday, June 10, 2007

Selamat Pengantin Baru

Mengambil kesempatan ini tidak ketinggalan juga mengucapkan selamat pengantin baru kepada Perdana Menteri kita.

Lanjutan daripada itu, adakah menjadi harapan kita PM yang lebih bahagia berumah-tanggan ini akan dapat lebih memenuhi tuntuan rakyat agar ia lebih sejajar dengan Islam Hadharinya. Umpamanya:

1. Memenuhi tuntutan rakyat agar SPR lebih adil dan tulus dengan melaksanakan beberapa rombakan penting, seperti:

a. Menggunakan INK JARI.
b. Menghapuskan undi POS.
c. Sumpahan tidak undi "hantu tetapi kaki menyentuh bumi".
d. Berjanji tidak akan berulang "BUY-ELECTION" laig.
e. Tempoh kampaign yang lebih panjang.
f. Pemerintah tidak salah-guna jentera kerajaan untuk menindas pembangkang.

2. Memansuhkan dan membebaskan semua tahan ISA.

3. Bertekad memindahkan BPR di bawah pantauan Parlimen.

4. Bersungguh-sungguh membasmi Rasuah serta-merta dengan menyiasat semua kes yang libatkan dana awam. Ia termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat tuduhan Anwar Ibrahim ke atas TPM dalam urusniaga Shukoi dan Kapal Selam. Rakyat juga ingin tahu siapa dusta di antara dua tokoh pemimpin terkenal negara.

5. Memastikan semua projek kerajaan tidak "BOCOR" lagi.

6. Bersumpah dan menjawab semua persoalan yang berhubung kait dengan Kes Pembunuhan Altantuya kerana kepincangan menegakkan keadilan pasti akan mengaibkan nama baik dan kewibawaan negara selaku Pengerusi Negara-negara Islam serta mencemari kesucian slogan "ISLAM HADHARI".

Mungkin ada rakayt yang akan meminta lebih daripada ini, tetapi saya rasa kadar cukup untuk PM kita melaksanakan tugasan di atas dalam tahun ini. Tahun depan baru kita bagi target baru pula.
Kerajaan Takut Dialog Antara Agama?

Satu dialog di antara agama telah berjaya dilangsungkan minggu lalu di Hotel Armada Petaling Jaya. Jika berbanding dengan kerajaan BN / Islam Hadhari membatalkan dialog antarabangsa pada saat terakhir bulan lalu; jelas kita melihatkan NGO dan pembangkang lebih tulus dan ikhlas untuk memupuk persefahaman antara agama melalui perbincangan, runding dan bertukar-tukar pandangan / pendapat.

Sudah pasti "musyawarah" ini akan menyediakan satu platfom untuk rakyat bersemuka sambil mencari satu rumusan atau pencapaian untuk meminimakan salah-faham antara satu sama lain.

Sewajarnya ini adalah tugasan kerajaan, malangnya mereka seolah-olah teramat berat tulang walaupun telah berlaku perbincangan panas tentang beberapa kejadian yang memerlukan perhatian dan menyelesaian segera. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, pasti kita tidak akan menyudikan keadaan ini berlarutan.

Namun sedemikian, adakah anada tahu kenapa pihak kerajaan masih mendiamkan diri?
Anwar De-Factor Menteri Pendidikan?

Kenang kembali pilihanraya kecil Ijok bulan April'07, BN amnya dan MCA khasnya telah menuduh bahawa semua masalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim kerana beliaulah yang melaksanakan / mengenakan syarat-syarat yang ketat dan tidak-adil ke atas SRJKC.

Maka, tercetuslah krisis 1988 Gerakan Lalang. Sementara saya mengenepikan tingkah-laku Anwar pada waktu itu (bukan kerana memihak kepadanya, tapi sekurang-kurangnya beliau telah mengaku silap dan kata maaf), juga saya ketepikan apakah peranan dan pengaruh MCA dalam MCA dalam BN (bukan kerana saya tidak sokong MCA); namun apa yang berlaku pada hari di mana MCA dan Setiausaha Agong Pemuda MCA yang teramat lantang mengecam Anwar pada bulan April lalu; maka kini jawablah hari ini adakah Anwar masih Menteri Pendidikan pada hari? Kalau tidak kenapa tergedi yang sama berulang lagi? Kenapa Timbalan Menteri Pendidikan MCA terikat tangan tidak boleh selesaikan masalah ini serta-merta?

Nota: Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Guru Besar SRJKC menandatangan Surat Persetujuan untuk menerima tenaga pengajar yang tidak faham Bahasa Mandarin ke SRJKC. Atas desakan Jabatan, Gurubesar terpaksa tunduk kepada tekanan, namun MCA perlu menjawab adakan sekali lagi ini arahan Anwar Ibrahim. [Memang ada tenaga pengajar tidak faham Mandarin diagihkan ke SRJKC, tetapi ia hanya terhad kepada pengajaran Bahasa Malaysia dan English sahaja].

Sekali lagi di sini, terbukti MCA hanya menjadi Pak Turut atau Pak Angguk dalam BN / UMNO sepertimana disebut oleh Anwar Ibrahim. Maka, kata Anwar yang perlu ditukar adalah SISTEM, bukan orangnya kerana jika sistem tidak berubah, siapa yang menyandang jawatan itu tetap akan mencangkam rakyat juga. Hujah Anwar.

Mampukah MCA mengubah sistem yang sedia ada?

Anti-Korupsi China vs Islam Hadhari

Akhbar hari ini melaporkan ketegasan kerajaan China dalam proses memerangi rasuah dan korupsi melibatkan wang rakyat. Di antara tahun 2000-2007, seramai 8 pegawai tertinggi telah dihukum "MATI" oleh mahkamah. Mereka termasuklah pangkat setanding dengan Malaysia seperti Menteri, Timbalan Menteri Besar (Deputy Province Governor), Ketua Setiausaha Menterian, Panglima Tentera, Ketua Pengarah Jabatan, ahli Parlimen dan sebagainya. (Keratan akhbar di bawah)

Berapa hari yang lalu, seorang pegawai tertinggi dari "Bandaraya Tian Chin" telah mumbunuh diri kerana takut disiasat korupsinya. (Keratan akhbar di bawah).

Lanjutan daripada gelombang anti-korupsi, ini bukan kali pertama koruptor membunuh diri. Sebaliknya telah banyak kali koruptor kerana takut dihukum, maka memilih untuk menamatkan hayatnya sendiri sebelum di tahan.

Memindah tumpuan dalam negara, slogan Islam Hadhari berkumandang lantang, tetapi tidak berhap satu jurung pun di tahan.

Yang nyata, Anwar Ibrahim telah berulang puluhan kali baik dalam negara mahupun di siaran televisyen antarabangsa membuat kenyataan, beliau ada bukti Menteri Pertahanan menerima komisan beribu juta ringgit.

Saya tidak tahu sejauhmanakan tuduhan Anwar itu sahih, tetapi yang anehnya kerajaan masih berpeluk-tubuh dan orang dituduh juga tidak berani mengambil tindakan balas kerana Anwar fitnah.

Maka sini telah timbul prasangka masyarakat atas kredibility kerajaan? Saya akan sokong kerajaan Anwar WAJIB dikenakan hukuman sekiranya beliau hanya kadar menfitnah orang lain semata-mata. Saya pasti anda akan setuju dengan saya bahawa: sejajar dengan Islam Hadari. FITNAH ITU ADALAH LEBIH BAHAYA DARIPADA MEMBUNUH.

Entah bagaimana tidak pihak berani dan mahukan keadilan ditegakan, lebih-lebih lagi nama bersih Menteri Pertahanan tidak boleh dibersihkan tanpa siasatan yang adil dan transparen.

Apa hang kata?


Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan Akta Bebas Maklumat

Minggu lalu membaca laporan Menteri Besar Kelantan telah menolak kedua-dua perkara di atas dengan alasan fakto kos perbelanjaan dan maklumat rasiah kerajaan tidak boleh diumumkan.

Secara langsungnya, nyata di sini pihak PAS juga mungkin berfikiran sama dengan BN / UMNO kerana BN juga enggan memulangkan hak undi ke-3 kepada rakayat untuk memilih kerajaan tempatan. Akibat daripada itu, rakyat sentiasa terkongkong dengan birokrasi kerajaan tempatan yang memang rendah akauantablitinya.

Umpamanya, Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya melapor kepada Perdana Menteri, Jawatankuasa Penasihat hanya atas nama sahaja tidak berfungsi langsung. Ekorannya, banyak masalah rakayt tidak boleh diselesaikan kerana kurang "check and balance" kuasa kerajaan tempatan.

Berhubungan dengan kebebasan amklumat pula, kita bukan minta kerajaan dedahkan semua dokumen; tetapi yang tidak melibatkan keselamatan kerajaan seperti perbadanan / penswastaan air tidak ada sebab kenapa tidak boleh didedahkan kepada umum sekiranya ia bebas dari sebarang kesangsian.

Pas sebagai kerajaan tunggal selain daripada BN sewajarnya memberikan keteladanan yang lebih baik dan nyata untuk memdesak BN dan UMNO mengolak langkah mengikut jejak Pas. Dukacitanya, janji BA kini tidak terlaksana, kemudian apakah kita akan menabur janji yang sama pada pilihanraya ke-12 akan datang?

Sementara kita mengkritik BN, apakah yang akan BA lakukan selepas memperolehi mandat rakayt? Apa yang jelas kelihatan hari ini adalah Pas lebih mengkritik BN hanya bertumpu kepada proses untuk menang pilihanaraya, tumpuan tidak berikan kepada pembaharuan yang bakal dibawa selepas kemenangan.
Lagi Kongres PKR di Seremban

Kongres PKR di Seremban akhir bulan lalu jelas menunjukkan PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tergambar dalam barisan kepimpinan, malahan juga jelas kelihatan dalam percampuran perwakilan daripada segenap lapisan masyarakat, keturunan dan agama. Di sinilah medan paling sesuai untuk negara majmuk seperti Malaysia. PKR tidak ada ruang sedikit pun untuk orang fanatik dan ekstrimis baik perkauman ataupun agama.

Gambar berikut adalah penyertaan beberapa orang pimimpin keturunan Cina: dari kira Sdr. Lau Teik Hai (Ketua Biro Penerangan Angkatanmuda Pusat), Sdr. Tan Seng Toh (Naib ketua Angakatanmuda Pusat), Ming Khai (Exco Angkatanmuda Pusat) & Sdr Hee (Ketua Bahagian PJU, Selangor).

Sementara perwakilan daripada rombongan Bahagian Shah Alam pula, gambar di bawah menunjukkan sebahagian perwkilan. Dari kiri Sdr. Harriss (Naikb Ketua Bahagian), Sdr Nazmi (calon MPT dan Setiausaha Bahagian), Sdr. Nasir Khan (Ketua Bahagian), Sdr Bendari Bahagian & Sdr. Rozai (Ketua Angkatanmuda Bahagian).

Perwakilan yang tidak dalam gambar termasuklah: Pn. Animah, Dr. Daroyah, Pn Siti, Sdr. Richard, Sdr. Cheah SS & Sdr Tan.

Hanya orang MCA dan MIC kata PKR adalah sebuah parti Melayu yang tidak ada ruang untuk masyarakat bukan Melayu. Inilah bukti tuduhan mereka tidak benar sama sekali.
Anwar Tarik Dari Tanding President

Inilah beberapa detik ketika Anwar Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan President parti.

Berikut adalah waktu beliau membuat pengumuman dan menduduk atas kerusi mendengar hujah beberapa orang perwakilan.






Tetapi Anwar mungkin tidak tahu dan sedar berapa ramai perwakilan yang mahukan beliau berterusan agar jangan tunduk kepada tekanan ROS dan MPT yang bersikap pengelak risiko. Persoalan ini masih belum terjawab daripada Anwar.

Adakah ia akan menjejaskan semangat reformis yang tulin? Apa pula sikap MPT akan berubah mulai sekarang?

Pas sudah mengumumkan kesediaan untuk memimpin orang awam berhimpun di Putrajaya mendesak SPR melakukan pembaharuan pengendalian pilihanraya yang sememangnya pincang. Ekorannya, ia seolah-olah PAS telah mendahului langkahnya dalam proses gerakan reformasi yang selalu dipelopori oleh PKR?



































Wednesday, June 06, 2007

Kenapa MAS Tidak Boleh Unutng?

Yangtze Cruise & Tours merupakan sebuah agensi pelancongan yang terletak di Jalan Kolam Air, Of Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ia berusia hampir 10 tahun diasaskan oleh Presidentnya En. Tan. Di bawah pengurusan Tan, beliau mengawal satu lagi syarikat yang bernama Premium Travel yang terletak di Jalan Imbi, KL.

Yangtze pada peringkat permulaannya mengkhususkan pasaran negara-negara Asia, kini ia meliputi Europa, Australia, Amerika dan benua lain. Dengan layanan mesra serta reputasi dibena, lalu ia memperolehi kepercayaan semua rakan-rakan niaga samada dalam dan luar negara, Yangtze hari telah berkembang menjadi antara sebuah syarikat pelancongan yang terbesar dalam negara kita. Menurut laporan harian, Yangtze telah mencapai rekod menyewa sejumlah 500 penerbangan dengan MAS dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Namun sedemikian, apa yang cuba saya bicarakan disini adalah:

Kenapa MAS tidak mampu menujukkan prestasi peniagaan yang baik (kalau pun tidak banding dengan SIA – itu luar negara punya), sebaliknya sebuah syarikat pelancongan berkeupayaan menyewa begitu banyak bilangan penerbangan daripada MAS? Kenapa Yangtze mampu berdikari tanpa bantuan / peruntukan dana awam / kerajaan sebaliknya MAS hidup bergantung kepada TONGKAT BESAR daripada kerajaan?

* Nota: MAS hanya menujukkan sedemikian pencapaian kewangan selepas puluhan tahun tenat dan membazir ribuan juta wang rakyat. Kenapa itu boleh berlaku? Barisan Nasional Boleh?

Penerangan: Gambar-gambar di bawah merupakan acara tandantangan Yangtze menyewa 29 penerbangan daripada MAS ke China dalam tempoh separuh ke-dua tahun 2007. Acara ini turut disaksikan oleh Menteri Pengakutan, President MAS dan Duta China di Malaysia.



Tuesday, June 05, 2007

Pertandingan Karaoke Anjuran PKR

Pertandingan akhir karaoke anjuran PKR telah berjaya dilangsungkan pada 02/06/2007 di Taman Cheras, Kuala Lumpur. Acara ini telah dirasmikan oleh President parti YB Datin Seri Wan Azizah dan pertandingan akhir ini turut dihadiri oleh YB Tan Kok Wai, MP Cheras dan Sdr. William Bendahari PKR.

Sempena dengan pertandingan, perlancaran derma kilat juga dijalankan untuk menambah dana pembangunan New Era College. Keseluruhannya, PKR berjaya mengumpul dermaan hampir RM2,000 daripada hadiran-hadirin.

Berikut adalah sebahagian sedutan pada malam pertandingan:




Sedutan Pertandingan Karaoke

Dua Pengadil Yang Profesional.


Peserta yang penuh bersemangat menghiburkan tetamu sambil bertanding.

Salahguna Kuasa Oleh Polis

Untuk makluman, mahkamah Johor Bharu telah menganugerahkan pampasan RM60,000.00 kepada seorang warganegara kerana penyalahgunaan kuasa oleh polis, salah tangkap, telanjang dan menyiram cecair di kemaluan tahanan ketika kedua-dua tangannya digali di belah batang besi.

Kejadian ini berlaku pada 04/09/2000, pukul 11.00 pagi oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan rakan sejawatnya.

Entahlah apakah hukuman tatatertib yang diambil oleh PDRM kerana akibat salah-laku mereka, rakyat terpaksa menanggung ganti-rugi RM60,000.00 dari pendapatan cukai.

Keluarga Saya Mungkin Terpaksa Bayar RM20

Saya sekeluarga bersama dengan 3 orang anak kemungkinan besar akan terpaksa menanggung bayaran lebih-kurang RM20 kerana adalah orang tertinggi yang menjalankan pembunuhan dan pengeboman mayat seorang warga Mongolia.

Ini kerana kemungkinan besar pihak plaintif akan menang dan keluarganya sedang menuntut pampasan RM100,000,000.00 (100 juta) yang akan dikongsi beban oleh lebih-kurang 25 juta penduduk di Malaysia.

Orang besar / pegawai kerajaan membunuh, rakyat kena tanggung: Keadilan Islam Hadhari?

Maibincang di NST Singapura

Penulisan Maibincang-bincang turut mendapat liputan NST dari Singapura pada 21-04-2007 berkaitan dengan pilihanraya kecil Ijok. Ini bermakna, memang seluruh dunia sedang mengamati sistem Islam Hadhari di Malaysia.




Monday, June 04, 2007

PAS, DAP, PKR & SPR

Merujuk kepada laporan bahawa PAS telah meluluskan resolusi menganjurkan kumpulan 10,000 orang untuk mendesak SPR melakukan perubahan yang boleh menjamin ketelusan pilihanraya yang sudah lama memincang dan berat-seberat. Malahan ada pemimpin PAS / bekas YB pula ingin melihat penambahan daripada 10,000 kepada 50,000 ahli di Putrajaya.

Sementara itu, mendengar juga Penasihat dan de-factor PKR juga turut menyuarakan sokongan ke atas resolusi tersebut. Ini merupakan satu petanda baik kerja-sama antara dua parti yang pasti akan boleh lebih menyakinkan rakyat tentang semangat permaufakatan mereka.

Sementara itu, kita juga teringat bahawa sebelum ini terwujud ura-ura bahawa ahli-ahli MPT PKR yang kurang pro-aktif, turun-padang dan dilihat tercenderung kepada pengelak risiko dari pelbagai sudut.

Oleh itu, adalah memanfaatkan parti sekiranya Anwar Ibrahim boleh memimpin barisan penuh ahli MPT di hadapan bersama pemimpin PAS ke Putrajaya untuk mendesak SPR sambil menyedarkan rakyat tentang kepincangan sistem yang sedia ada. Dengan sedemikian, pasti akan boleh menangkis salah percepsi yang negetif terhadap barisan MPT PKR yang baru terpilih minggu lalu.

Bagaimana pula dengan pendirian DAP, adakah mereka akan menghulurkan sokongan atas isu ini atau sebaliknya mengasingkan diri daripada berita dieksploitasikan oleh media BN bahawa DAP telah bersepakat dengan PAS?

Saturday, June 02, 2007

Jaminan Kebebasan Islam oleh Al-Baqarah



[256] Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.