Monday, August 31, 2009

Perkahwinan Anak YB Dr. Xavier

Pada 12/07/09, ADUN Sri Andalas (N49) Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakah majlis makan di Dewan Majlis Perbandaran Klang sempena perkahwinan anak perempuannya.

Majlis ini turut dihadiri oleh pelbagai lapisan pemimpin masyarakat daripada pelbagai keturunan.



Laporan Polis Perarkan Kepala Lembu

Kejadian mengarakkan kepala lembu pada 28/08/09 oleh kumpulan tertentu ke Pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah menimbulkan pelbagai masalah kontroversi.

Adalah ditafsirkan bahawan perarakan kepala lembu ini berunsur menghina penganut agama Hindu. Turut dilaporkan kumpulan ini juga memijak-pijak dan meludah kepala lembu yang diarakkan di depan pintu masuk SUK Selangor.

Atas kesedaran memelihara kesejahteraan masyarakat majmuk khasnya di Bandaraya Shah Alam, selain daripada golongan prihatin; Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut membuat laporan polis.

Ahli Majlis MBSA daripada PKR, Pas, DAP, PSM & NGO telah bersatu hati hadir di Balai Seksyen 11 Shah Alam membuat laporan polis, mohon perkara ini disiasat dengan serius serta dikenakan tindakan tegas demi keamanan masyarakat tidak tergugat akibat provokasi kumpulan tidak bertanggungjawab yang berbau politik untuk menghuru-harakan kesepakatan Pakat Rakyat Selangor.

Lanjutan daripada itu, laporan Ahli-ahli Majlis MBSA oleh ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dibuat pada 29/08/09 pagi. Mereka termasuklah: En. Sow Kim leng - DAP; En. Kamaruzaman, En. Sabestine Rao, En. Najmi, En. Azmizam (Ahli Majlis MPK) - PKR, En. Sivarajan - PSM; En. Suyatzi - Pas; dan En. Uthayasorian - NGO telah membuat laporan serentak.

Dari kiri En. Najmi, En. Kamaruzaman, En. Harris (berucap) dan En. Tan AK memberikan kenyataan akhbar selepas laporan polis depan balai.

Dari kiri juga hadir En. Sivarajan dan En. Sabestine dalam sidang media tersebut.

En Azmizam dan rakan-rakan sedang membuat laporan dalam Balai Sek 11, Shah Alam.


En. Sow Kim Leng sedang membuat laporan depan kaunter balai.

En. Sivarajan (baju merah), En. Harris dan En. Azmizam sedang bincang sesuatu ketika buat laporan.

Ketua Pas Kawasan Kelana Jaya selaku Ahli Majlis MBSA En. Izham ditemuduga oleh wartawan tentang isu perarakan kepala lembu depan balai; manakala En. Kamaruzaman (baju putih) menemaninya.

Pemimpin agama Hindu turut hadiri di balai waktu yang sama.

En. Uthayasorian Ahli Majlis MBSA (baju hitam) sedang berikan taklimat pendek kepada pemimpin masyarakat yang hadir.


Pemimpin pelbagai parti dan masyarakat turut hadir berikan sokongan moral kerana tidak setuju dengan perarakan kepala lembu.

En. Izham dan En. Najmi sedang menunggu rakan-rakan lain menyiapkan laporan polis di luar pintu masuk balai.

Thursday, August 20, 2009

Operasi Penguatkuasa MBSA



















Treasure Hunt Kota Kemuning

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kota Kemuning telah berjaya menganjurkan program Treasure Hunt pada pagi 16/08/09.

Treasure Hunt ini mengambil masa lebih kurang 5 jam antara 7.00am ~ 1.00pm dengan perjalanan sejauh hampir 50 kilometer mengelilingi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan melebihi sasaran.