Monday, April 30, 2007

Bagaimana BN Menang di Ijok

Menurut kenyataan Dr. Lee BC, Naib President Parti Keadilan Rakyat Malaysia hari ini, kehilangan 143 undi di pilihanraya kecil Ijok 28/4/07 memang dalam rancangan BN.

Teori ini berfungsi seperti berikut:

1. Kumpulan pertama 143 orang pengundi masuk mengambil kertas undi dan bawa keluar tanpa dimasukkan ke dalam kotak undi. Setiap orang ini akan dibayar sepertimana dijanjikan.

2. Kesemua 143 kertas undi ini akan di bawa oleh satu lagi kumpulan lain masuk ke dalam dewan. Kumpulan ini akan memasukkan kertas yang sudah memangka BN yang dikeluarkan oleh kumpulan pertama tadi. Pada waktu yang sama, kumpulan kedua ini wajib membawa keluar kertas undi baru mereka pungut dalam dewan undi. Begitu juga, mereka akan diberikan ganjaran seperti mereka setujui.

3. Kertas undi yang dibawa keluar oleh kumpulan kedua tadi akan dipangka siap dan diserahkan kepada kumpulan ketiga untuk memasukkan kertas undi yang dikeluarkan oleh kumpulan kedua tadi sambil membawa keluar kertas undi kosong baru untuk kumpulan keempat.

4. Kerja yang sama akan diteruskan berulang sehinggalah kumpulan terakhir (contohnya kitar 20 kali) kumpulan ke-20 sudah tidak sempat lagi samada masa undi tutup atau tidak ada lagi orang untuk bekerja lagi; maka 143 kertas undi ini akan buang sahaja. Oleh yang sedemikian, dalam kotak undi akan kekurangan 143 undi (bandingan bilangan undi dikeluarkan dan bilangan undi dalam kotak).

Beginilah, Dr. Lee telah menjangkakan sekiranya 143 undi berpusing sejumlah 20 kali (pengganda 20 kali), maka kiraan konsevatifnya BN sudah beli dan kawal 2800 undi.

Saudara/i budiman yang bijaksana dan beriman, rakaman perbualan telepon dengan seorang Haji Ahmad telah tersebar dalam youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=eJSJM2ndbSo. Anda sendiri boleh cuba mendengar dan membuat penilaian sendiri kesahihan temubual tersebut

Oleh yang sedemikian, demi untuk membersihkan nama baik negara Islam Hadhari; amatlah tidak bijaksana SPR hanya takat menafi sahaja tanpa memberikan satu penjelasan yang jelas ke atas persoalan yang telah ditimbulkan oleh semua pihak (parti politik, permerhati politik dan NGO) kecuali BN sahaja.

Seruan Bekas Perdana Menteri untuk meneliti sebab-sebab kemenangan di Ijok itu tempat pada masanya. Samada kemenangan BN di Ijok memang bersih atau ada unsur-unsur lain seperti ugutan dan sebagainya.

Dengan itu, sekiranya khabar ini tidak benar; siasatan lengkap dan terbuka pasti akan boleh membantu BN menang dengan lebih megah lagi. Serentak itu juga, boleh membuktikan kepada seluruh dunia bahawa khabar itu tidak benar semata-mata.

Yang saya bimbang adalah, pihak kerajaan kurang bertekad / semangat untuk menyahut cabaran ini, maka ia akan menyebabkan lebih banyak khabar lain bertiup sana-sini. Tanpa maklumat lebih rapi, orang ramai akan beranggapan ini benar.
Wajar Orang Politik Dusta & Curang

Di dalam negara kita terdapat banyak serigala yang memakai kulit kambing untuk menipu fikiran kambing benar yang tulus dan ikhlas. Dengan kelicikan itu, serigala berjaya memburu banyak makanan. Oleh itu, untuk mengukuhkan pembangkang, kerja-kerja pendidikan perlu diperhebatkan agar kulit kambing itu boleh kita kupaskan dan membongkarkan 'Wajar Kemunafikan Politik' golongan ini selalu mengeksploitasikan isu perkauman demi kepentingan diri.

BN Tradisi Membela Rakyat???

Sesudah pilihanraya kecil berlalu pada 28/4/07, Ijok kembali seperti biasa sunyi dan hening. Pada tempoh seminggu kempen, seluruh dunia berkesempatan menyaksikan kesibukan BN menurap jalan walaupun tidak rosak lagi, memasang lampu jalanraya, kali ke-3 mengumumkan tutup tapak perlupusan sampah dan sebagainya.

Sewaktu YB Dominic Ng dari Padungan, Kuching, Sarawak turun padang memberikan bantuan kempen, YB Ng dengan mata yang tajam telah memcungkil satu masalah yang telah menyelubungi penduduk di Pekan Ijok sekian lama tidak pernah diperdulikan oleh BN. Sungguhpun menyedari penyakit denggi boleh mengancam nyawa manusia, tetapi YB Ng telah menyoal sekiranya BN prihatin dan giat membangunkan Ijok, kenapa sistem parit (longkangnya) mengeluarkan bau kerana hampir kesemuanya bertakungan air mati (tidak mengalir)? Buktinya adalah sepertimana tertunjuk dalam gambar di bawah:

Adakah BN hanya mementingkan kerja-kerja kontrak yang boleh mendatangkan publisiti sahaja?

Adakah BN hanya menjalankan kerja yang boleh mengaut keuntungan besar sahaja?

Kenapa masalah kebersihan setempat yang mengancam kesihatan rakyat tidak diperhitungkan sama sekali?

Bilakah wakil rakyat baru boleh menyelesaikan masalah ini? Satu minggu sudah mencukupi kerana mereka boleh buat kerja 24 jam sehari!!



Pejabat Wakil Rakyat Ijok / MB S'or

Sepertimana telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor bahawa beliau akan menubuhkan pejebat perkhidmatannya di Simpang Tiga Ijok. Pencerobohan kuasa Menteri Besar cara langsung ke atas kawasan DUN lain amat janggal sekali, mungkin kerana:

a. MB kurang yakin dengan kemampuan dan keupayaan YB Ijok sendiri, maka beliau terpaksa 'Back-Up'.

b. MB inginkan kuasa lebih menyeluruh dengan mencerobohi kawasan MIC sebagai wakil di Ijok semata-mata bimbang YB Ijok tidak berkhidmat untuk masyarakat UMNO.

Tanpa mengira apa sebabnya yang kita andai-andaikan (mereka sendiri sahaja tahu punca sebenarnya), daripada pengamatan kami, pejabat MB di Ijok yang terletak di jalan besar Pekan Ijok itu sebenarnya bangunan tersebut belum siap lengkap lagi. Hanya sebuah kedainya buka sahaja setakat ini.

Daripada gambar, jelas kelihatan sebaris kedai kesemuanya belim mendapat sambungan air, cuma unit tersebut disambungkan dengan sebatang paip hitam getah. Oleh itu, kita mengesyaki kedai itu belum memperolehi 'CF'. Sekiranya begitu ia bermakna Pejabat MB operasi secara haram di kedai tersebut?


Beginilah keadaan kedai lain yang sebenar paip airnya masih kosong lagi.






Sunday, April 29, 2007

Punca Kemenangan BN di Ijok

Kelmarin 28/4/07 kita telah menyaksikan satu pertandingan sengih di antara BN dan PKR. Keputusan yang memihak kepada BN dengan majoriti 1850 dengan sedikita peningkatan jika berbanding dengan pilihanraya 2004.

Di antara beberapa sebab utama telah membantu BN mencapai kemanagan termasuklah:

1. Propaganda yang berat sebelah.
a. BN telah memperalatkan semua media cetak dan pandang-dengar untuk menggambarkan PKR sebagai parti politik yang ganas. PKR disebut-sebut sebagai semua pencetus perselisihan. Walaupun calon PKR 2 kali diserang, tetapi media massa tidak pernah menyentuh sama sekali. Nalurinya, PKR hanya bergantung kepada media internet untuk melimputi laporan sebenarnya. Namun sedemikian, Ijok bukan satu bandaraya yang mempunyai kadar pengguna internet yang tinggi. Maka PKR telah rugi dari segi propaganda.

b. Propaganda mengeksploitasikan isu agama untuk mendengkikan penasihat PKR. Satu contoh yang paling jelas adalah mereka menggunakan sekeping gambar (saya tidak pasti kesahihannya gambar itu) bertajuk: Agen Yahudi! Bersama-sama dengan poster yang lain lagi, ia telah dilekat dengan berleluasa, dengan itu fikiran orang kampung yang mentah dan jujur mungkin telah menghantui sebahagian pengundi terutamanya Melayu / Islam.

c. MCA pula mengeksploitasikan masalah pendidikan 1987 ketika Anwar menjadi Menteri Pendidikan yang melibatkan SRJK(C). Sungguhpun Anwar telah menyuarakan kesedihan sekiranya keptusannya pada ketika itu tidak secocok. Akan tetapi, MCA akan lupa atas tanggungjawab kolektif wakilnya dalam Kabinet tidak membantah keputusan Kementerian ketika itu. Persoalannya, Anwar sanggup mohon maaf, bagaimana pula ahli-ahli Kabinet pada 1987 tetapi masih membisu sehingga hari ini? Adakah ini bererti wakil MCA akui mereka hanya menjadi tukang angguk dalam Kabinet? Kalau bukan tukang angguk, kenapa bantahan mereka dalam Kabinet 1987 tidak berbuahkan hasil?

Sewaktu kempen juga, Setiausaha Agong Pemuda MCA YB Wee ketika menjawab permintaan ahli SOS (Sekolah Rendah Damansara) membuka semula sekolah mereka. YB menjawab itu bergantung kepada keputusan pilihanraya. Semalam, BN telah menang besar, bolehkah YB wakil Pemuda MCA tunaikan janjinya membuka semula sekolah yang telah diarah tutuk / dibiarkan menjadi semak-samun selama 7 tahun? Jikalau MCA benar berpengaruh, tidak ada sebab untuk berdolak-balik lagi dengan membuka serta-merta sekolah Damansara yang memdiperlukan oleh masyarakat setempat.

Ini membuktikan bahawasanya, memang wakil MCA dalam kerajaan hanya sekadar persembahan semata-mata termasuklah tragedi 1987 yang tersebut di atas.

d. Apa erti: Gempur? Menurut Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (bahan rujukan rasmi Bahasa Malaysia) Gempur bereti Diserang dan Dibinasakan, Dihancurkan. Simtom / tanda-tanda keganasan sudah mulai bahangnya pada hari pencalonan lagi, di mana barisan penyokong telah cuba disekat, mereka hanya membenarkan calon memasuki tapak pencalonan. Kemudian ia disambut pula dengan hujan botol minuman berlebel BN dan kayu serta tiang bendera. Lanjutan daripada itu, calon PKR cuba diserang selepas bersarapan tengahhari dengan Jeff Ooi dan satu lagi percubaan menyerang ketika calon melawat suatu kawasan pengundi. Ini semua tidak dilaporkan, sebaliknya, Menteri Besar Selangor pernah menyifatkan ini mungkin sendiwara PKR sendiri. Akhirnya, kepada sesiapa yang mengunjungi Ijok, anda boleh lihat banner besar: Pemuda Gempur, PKR Terkubur. Adakah ini bererti BN telah secara tidak langusng mengakui merekalah yang selalu menjalankan kerja-kerja GEMPUR sepertimana yang ditafsirkan oleh Kamus Dewan?

2. Senarai Pungudi Yang Kurang Bersih.
Walaupun Pengurusi dan Setiausaha SPR tidak pernah mengaku kewujudan pengundi hantu, termasuk di Ijok. Akan tetapi, SPR juga tidak pernah menjawab / buat penjelasan sebab-sebab kewujudan pengundi yang hanya berusia 8 tahun dan melebihi 100 tahun masih banyak di Ijok? Begitu juga dengan kod negeri 16 yang kita tidak tahu tempat lahir pengundi tersebut (rujuk kepada karangan Generasi Baru Ijok). Menurut laporan Malaysiakini juga terdapat pengundi di mana namanya telah diundi oleh orang lain di Pekan Ijok. Apakah tindakan telah dan akan diambil oleh SPR atas semua kejadian sedemikian selain daripada penafian buta semata-mata.

3. Kekaburan Misi PKR Yang Jelas.
Kelemahan yang nampak di pihak PKR adalah mereka tidak mempaparkan Misi mereka sekiranya PKR menjadi pemerintah nanti. Sebarnya, pilihanraya kecil Ijok adalah satu medan paling sesuai untuk PKR memperkenalkan Misi parti sebelum pilihanraya umum ke-12. Apakah perubahan yang akan PKR bawakan? Apakah perbezaan yang dijanjikan oleh PKR berbanding dengan BN? Apakah dan bagaimanakan manfaat rakayt akan dipertahankan di bawah misi PKR? Apakah alternatif pentadbiran yang bakal menggantikan BN untuk kemajuan ekonomi negeri? Dan sebagainya...... Ia penting kerana propaganda BN pernah menyebut kalau PKR tadbir pun benda yang sama akan berlaku seperti BN juga. Dalam ertia kata lain, PKR telah terlepas peluang keemasan itu, sebaliknya hanya lebih cenderung kepada serangan kelemahan-kelemahan pentadbiran BN tanpa formula gantian yang kukuh dan sahih / nyata.

4. Politik Wang.
Sewaktu kempen, ada pengundi telah menyuarakan ada sebahagian taman setiap rumah dapat wang RM200.00. Oleh kerana tidak ada saluran untuk aduan dan siasatan atas kesahihannya, maka telah timbul berbagai-bagai khabar angin ada yang menyatakan sesiapa yang berkesempatan mengambil gambar pangka BN dengan telepon bimbit akan diberi ganjaran RM200.00. Sungguhpun khabar-khabar angin sedemikian bertiup dengan kuat, namun kita tidak tahu agensi mana yang harus bertanggungjawab untuk siasatan? Adakah kerajaan serius atas khabar angin ini? Sejauhmanakah ketagasan kerajaan membanteras gejala ini untuk membersihkan nama baik pihak menang / kaya sekiranya ia tidak benar?

5. Sokongan Rakyat – terutamanya masyarakat India.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa BN juga mendapati sokongan besar terutamanya undi masyarakat India. Kawasan-kawasan penematan masyarakat India sentiasa cuba disekat bagi wakil PKR menyampaikan maklumat pertandingan. Ugutan mungkin berlaku.

Apakah langkah seterusnya harus PKR lakukan untuk merombak suasana yang mencederung satu belah ini? Akan bersambung.....

Wednesday, April 25, 2007

Kebahagian Ijok

Gambar ini diambil pada pukul 11.30pm di simpang Tiga Ijok di mana jentolak giat berturap jalan. Sebaliknya kalau wakil rakyatnya tidak meninggal, siapa ada kebahagian ini?


Generasi Baru Di Ijok

Percayakah inilah wajar baru penduduk di Ijok?

Walau bagaimanapun, sila rujuk kepada http://arifabdull.blogsome.com/2007/04/24/n11-ijok-bn-pasti-akan-menang-di-ijok untuk pengetahuan siapakah mereka sebenarnya.

Tidak ketinggalan juga anda wajib membaca http://ijok2007.wordpress.com/2007/04/25/tan-sri-khalid-dan-krishnasamy-diserang/ untuk ketahui siapakah pengganas sebenarnya.

Tidak kurang sensasi, tidak dapat tidak anda dijemput untuk membaca penerangan ini http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=4107 kemungkinan besar datuk dan nenek anda akan datang ke Ijok mengundi.

Dengan memetik karangan yang sama, memang benar kita bayar gaji pekerja SPR, perbelanjaan SPR tetapi SPR SANGGUP menjadi kerbau cucuk hidung UMNO dan BN kerana:

a. SPR menjual senarai pengundi dengan harga puluhan ribu (kalau tak silap saya, RM50,000 untuk sekeping CD). Adakah SPR satu pertubuhan orientasi keuntungan? Jika tidak kenapa menjual CD dengan harga lebih tinggi daripada sebuah rumah kos rendah yang hanya dalam lingkungan RM30~42,000? Apa motif penjualan ini, untuk menyusarkan parti yang jujur (maka miskin kerana tidak korup) kerana tidak mampu bayar?

b. Kandungan yang disalurkan kepada parti biasa tidak mempunyai maklumat lengkap seperti alamat penuh; tetapi SPR menyalurkan maklumat penuh kepada 'pemegang tali hidung SPR (UMNO/BN). Kenapa ini berlaku? Adakah ini bentuk keadilan Sistem Islam Hadhari? Mengapa pula SPR sudi dicucuk hidungnya???????

Kesimpulannya: mungkin keadilan yang sebenar hanya boleh dituntut di Akhirat untuk menghukum mereka yang curang daripada amanah rakyat. Dukacita kita membaca berita demi berita keganasan demi keganasan, lempar batu sembunyi tangan sehingga calon telah dua kali diserang oleh orang XXXX/XX.

Adakah ini tamdun kita?

Adakah ini budaya kita?

Adakah ini ajaran agama kita?

Adakah ini warisan nenek-moyang kita?

Adakah ini teladan kepimpinan ketua kita?

Adakah ini keadilan yang dilaung-laungan oleh semua pemimpin kita?

Perbanding Antara USJ dan Ijok

Berikut adalah gambar diambil di atas Jejantas Jalan Kewajipan USJ (depan Hotel Submit USJ) yang membayangkan kebersihan sebenar kawasan ini yang sepatutnya merupakan bandaraya yang slesa.

Di manakah kesilapannya? Masalah kesedaran sivik pengguna jejantas? Masalah kurang menyelenggaraan MPSJ?


Dengan nyata kalau kita banding dengan suasana Ijok minggu ini, bukan kerana wakil rakyat USJ bermimpi; tetapi oleh kerana kita mengamalkan System Buy Election.

Di bawah sistem ini, sekiranya pilihanraya kecil juga berjalan di USJ, saya pasti kontraktor akan bertugas melakukan kerja pembersihan walaupun pada pukul 1.oo pagi.

Dengan andaian: andaikata saya menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri suatu hari, kerja pertama saya adalah untuk mengubal undang-undang bagi MENGHARAMKAN SEBARANGAN KERJA BELI UNDI / BUY-ELECTION serta-merta. Dalam tempoh pilihanraya, kerajaan saya akan wajib membekukan sebarangan kontrak, peruntukan dan janji-janji yang berunsurkan niat menjatuhkan pihak lawan saya.

Saya rasakan ia penting kerana HANYA melalui cara inilah rakyat akan BERHENTI BERDOAKAN WAKIL RAKYAT CEPAT-CEPAT ATAU BERAMAI-RAMAI PULANG KE DUNIA SATU LAGI. Sebaliknya, mengikut sistem sedia ada, rakyat sengsara, ditindas, dilambakan janji-janji manis jika tiada pilihanraya kecil.

Adakah anda sudi menjadi wakil rakyat yang diharapkan pemergian oleh rakyat setiap hari kerana mendahagakan gula-gula pilihanraya?

Tuesday, April 24, 2007

Pilihanraya di Ijok Perkara Penting?

Semalam TPM telah membuat 2 kenyataan penting:
1. Kerajaan masih tegas dalam usaha memerangi barah rasuah.
2. Rakyat Ijok perlu berhati-hati dalam pilihanraya kecilnya.

Memang benar, menurut sistem perundangan seseorang itu adalah bebas sehingga ia disabitkan kesalahan oleh mahkamah (kecuali dalam kes Anwar Ibrahim kerana affidavit Pendakwaraya telah diumumkan sehari sebelum ia difailkan dalam Mahkamah).

Naib manusia ada pasang-surut, naik-turun mengikut aliran masa. Kini, TPM pula disyaki terlibat dalam penerima komisen pembelian senjata Kapal Selam dan Kapal Perang serta prasangka tentang pengeboman Cik Altantuya.

Minggu lalu Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan undang-undang ke atas YB Setiausaha Agong Pemuda MCA keran pada tafsiran Anwar YB telah menfitnahnya melalui ayat menyifatkan Anwar 'depan dan belakang pun boleh'.

Serentak dengan itu, Anwar pula telah banya kali menegur dan mencabar TPM mengambil tindakan mahkamah terhadapnya. Memang kita WAJIB sokong TPM sekiranya Anwar telah menabur fitnah dan ia hanya dapat pengesahkan melalui pembicaraan di mahkamah terbuka. Adalah tidak merugikan TPM segera berbuat demikian sementara Anwar telah menggunakan pilihanray kecil Ijok untuk mendesak TPM mengikut jejak mengambil tindakan undang-undang ke atas Setiausaha Agong Pemuda MCA.

Sebarang penangguhan akan memberikan impak negetif ke atas TPM walaupun MUNGKIN beliau tidak melakukan apa yang disifatkan oleh Anwar Ibrahim. Yang anehnya adalah kenepa TPM emgnambil masa terlalu lama untuk menimbangkan tindakan susulannya.

Sepertimana telah sebut sebelum ini, sekiranya saya adalah Menteri Pertahanan yang dituduh oleh Anwar, saya akan
http://maibincang.blogspot.com/2007/04/jika-saya-menteri-pertahanan.html .

Sepertimana telah saya sebutkan dalam karangan awal selepas pendedahan YB Ng Sikinchan bahawa 9 ADUN membisu dalam Dewan Undangan Negeri: maka kita perlu menyoal Anwar Ibrahim dan Najib Razak

a. Sejauhmanakah mereka boleh menjamin kebisuan dalam Dewan tidak akan berulang kerana ia merupakan satu tingkah-laku mengaibkan dan membodohkan rakyat?

b. Sejauhmanakah keikhlasan kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh BN/UMNO sudi memberikan ruang yang memcukupi untuk Wakil Rakyat bersuara? Ini kerana rekod menunjukkan sidang Dewan biasanya hanya beberapa jam sahaja sambil semua rang undang-undang di luluskan tanpa bahasa (gesa-gesa)!

Berikut adalah 9 orang yang bisu dalam Dewan:

Berikut ada 9 orang ADUN yang membisu menurut YB Ng:

Y.B Dato' Haji Salamon Bin Selamat DPMS., SSA., AMS., PJK,.Kawasan : ADUN N41 Batu TigaAlamat : No. 24A, Jalan Wau C11/C, Seksyen 11,40000 Shah Alam Tel : 03-55105245 / 55106560 Fax : 03-55133564E-mel : salamon@selangor.gov.my

Y.B Puan Kamalam a/p Anasamy Kamalaganapathy KMN., PPT.
Kawasan : ADUN N49 Seri Andalas
Alamat : Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat ADUN Seri Andalas,
Lot 6672, Jalan Dato' Mohd. Sidin, Off Jambatan Connaught,
41000 Klang
Tel : 03-33743615 Fax : 03-33743615
E-mel : kamalam@selangor.gov.my

Y.B Dato' Liew Yuen Keong DSSA., SMS.
Kawasan : ADUN N28 Kawasan Seri Kembangan
Alamat : Pusat Perkhidmatan ADUN Seri Kembangan, Pejabat MCA Bahagian Serdang, No. 21-3, Jalan BS 4/2, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-89411668 Fax: 603-89439668

Y.B Tuan Soohaimi Bin Abdul Rahman ASA., JP.
Kawasan : ADUN N13 Kuang
Alamat : Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuang, Batu 18 1/4 Jalan Kundang, Kampung Setia Kuang, 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-60384167 Fax : 03-60384389

Y.B Dato Haji Ismail Bin Kijo DPMS., AMS., PJK., PPN.
Kawasan : ADUN N20 Lembah Jaya
Alamat : Pejabat UMNO Bahagaian Ampang, No. 100, Jalan Lembah Jaya, 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-42959277 Fax : 03-42959278

Y.B Dato Ei Kim Hock DSSA., AMS., PJK.
Kawasan : ADUN N52 Teluk Datok
Alamat : Tingkat 1, Bangunan UMNO,
Lot 190, Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Kuala Langat
Tel : 03-31879313 Fax : 03-31818313
E-mel : hock@selangor.gov.my , eikh@pd.jaring.my

Y.B Dato Liew Chee Khong @ Liew Chee Choong DSSA., AMS., JP.
Kawasan : ADUN N56 Kawasan Sungai Pelek
Alamat : 82, Jalan Besar Sungai Pelek, 43950 Sepang
Tel : 03-31411293 Fax : 03-31411293 PA : 012-2654725

Y.B Dato Haji Ahmad Bhari Bin Abdul Rahman DSSA., PPT., JP.
Kawasan : ADUN N15 Taman Templer
Alamat : No.12B, Jalan 2/6, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-61368358 Fax : 03-61360536

Y.B Dato' Dr. Hj Karim bin Mansor DPMS, ASA, PJK , MPH , MD.
Kawasan : ADUN N54 Kawasan Tanjung Sepat
Alamat : Pejabat ADUN Tanjung Sepat, Jalan Besar, Batu Laut, 42800 Tanjung Sepat
Tel : 03-31481006 /03-55447017 Fax : 03-31481016/03-55190032(PA)

Sila rujuk kepada
(i)
http://maibincang.blogspot.com/2007/03/kenapa-9-adun-membisu-di-dun-selangor.html

(ii)
http://maibincang.blogspot.com/2007/03/kenapa-9-adun-membisu-di-dewan.html untuk analisa sebab-sebab Wakil Rakyat membisu!
Penyokong Setia Tan Sri Khalid

Inilah keadaan hari pencalonan DUN Ijok di mana penyokong setia Tan Sri Khalid penuh bersemangat walaupun mereka tidak dijanjikan sebarang pulangan / ganjaran kewangan / imbuhan gaji. Namun demi prinsip perjuangan mereka tetap penuh semangat, ia mencermin penyokong tulin semata-mata.



Monday, April 23, 2007

Intipan Universiti Di Ijok

Pada hari pencalonan 19/4/07 di Ijok, saya berkesempatan mengambil gambar berikut daripada universiti untuk menakutkan mahasiswa bersuara. Yang menyindirkan adalah UMNO & MCA sendiri memperalatkan mahasiswa di luar negeri melalui penubuhan Kelab-kelab UMNO dan MCA.

Adakah UMNO dan MCA percayai hanya mahasiswa luar negeri sahaja cerdik, malahan mahasiswa tempatan tidak?

Adakah mereka beranggapan mahasiswa tempatan tidak setanding dengan yang berada di luar negeri?


Lihat Siapa Diri Atas Pagar

Sila klik gambar untuk pembesaran dan cuba teka siapa yang mendiri di atas pagar penghalang jalan?

Apa yang cuba beliau lakukan?

Kenapa beliau berbuat demikian?

Akibatnya jadilah begini di gambar ke-tiga. Kesemua gambar di ambil semasa pencalonan DUN Ijok pada 19/4/07 di mana lemparan botol minuman dan kayu serta tiang bendera ke arah penyokong PKR mengakibatkan dua orang tercedera.







Sunday, April 22, 2007

Kertas Pencalonan DUN Ijok
(Boleh klik untuk pembesaran gambar)
Kertas pencalonannya basah kerana hujan pada pagi hari itu.


Friday, April 20, 2007

Inilah agenda politik Wanita MCA

Perjuangan politik Manita MCA adalah:
a. Kelas Memasak.
b. Kelas Menari.
c. Kelas Menyulam.
d. Kelas Berhias.
e. Kem Kesihatan Keluarga.




Hadiah Sumbangan UMNO di Ijok

Dengan jelas banyak botol minuman berisi air dilemparkan kepada penyokong PKR, PAS & DAP pada hari pencalonan pilihanraya kecil DUN Ijok pada 19/4/07 disaksikan oleh mata penulis mata sendiri.

Sebenarnya, penyokong BN patut berada di padang lebih jauh tetapi mereka mencerobohi ke kawasan PKR dan cuba menghasut penyokong PKR dengan berbagai cara. Akhirnya, mereka tidak tahan mendengar lagu gubahan khas 'Altantuya, Kapal Seram dan Kapal Shukoi', maka berlakulah lempahan ................ (sila klik gambar pertama untuk pembesar dan lihat apa yang anda boleh lihat hadiah sumbangan BN dilangit)









Sumbangan Teman Lelaki Altantuya